makanan hipster – https://iiumc.com/forumv2/
Assalam. Ok first sekali aku nak cakap jgn kecam aku sbb ini cuma apa yg aku fikir dan terfikir. Confession ni takde kaitan dgn org terlajak kaya dan org kaya. Ok aku ni jenis suka tengok gambar org. Tak kiralah lawa atau tak tp mmg aku suka tengok. Nak2 pulak gambar makanan yg jenis hipster tu mcm lawa je kan,kalau makanan tu depan aku mmg syg nak makan kahkah. Sedang asyik scroll gambar dekat IG orghipster ni,aku terfikir satu benda. Makanan hipster ni mmg mahal bagi aku yg sederhana ni. Tapi aku tgk ramai je akak2 hipster ni makan makanan hipster dekat cafe hipster. Kalau kadang2 ok lagi sbb biasalah tekak manusia ada je benda nak makan.Tapi aku tgk hari2 upload gambar makanan hipster. Tak main ah gerai warung tepi jalan nak masuk gambar dlm IG pun rs tak gempak kan sbb warung je pun takde istimewanya. Kalau makan kat warung pun takde nya nak upload masuk IG. Yg aku peliknya,hari2 makan makanan mahal sedangkan byk benda lagi yg nak dibuat dgn duit tu contohnya simpanan utk emergency dan masa hadapan. Kita tatau satu hari nanti kita sengkek jatuh muflis ke apa. Aku tak kisah org nak makan mahal2 duit diorang kan.Tapi tu lah makan mahal2 kalau bekerja aku fhm lagi.Ini tak bekerja. Tp yg bekerja pun sama. Drpd makan makanan mahal dgn tujuan nak masukkan dlm IG sahaja aku rasa macam…..tatau lah. Serius aku rasa seram tgk org mcm ni.
Sekali lagi benda ni tak berkait dgn org terlajak kaya dan kaya sbb aku faham diorang ada duit berlambak2 tujuh keturunan. Aku hanya fokus kpd yg tak berapa kaya tapi asyik makan mahal tanpa fikir masa hadapan. Lagipun benda ni dah mcm trend. Seolah2 macam kau riak nak tunjuk yg hari2 kau makan kat cafe hipster. Aku tak jeles aku cuma pelik dan terfikir2. Org mcm ni buatkan aku rs seram lah. Knp kita tak bersederhana saja dan lebihkan simpanan utk masa hadapan dgn duit yg ada? Sesungguhnya kita tatau bila masa kita akan jatuh. Oleh itu simpanlah duit jgn bazirkan sgt makan kat cafe hipster demi nak cun kan lagi ig korang. Aku fhm mungkin ada pendapat org lain tak sama dgn aku like diorang punya duit sukahati lah. Yes aku tahu tapi terfikir tak betapa pentingnya masa depan dgn keadaan ekonomi yg mcm skrg ni? Dan mungkin confession ini tak berkait dgn org yg dah ada simpanan berpuluh ribu. Kadang2 bukan fikir pasal masa depan kita je. Fikir juga pasal ibubapa dan adikberadik. Let say ibubapa atau adikberadik dlm kesusahan yg memerlukan wang? Siapa lagi nak bantu kalau bukan kita yg asyik spend duit kat benda mahal2 ni. Ni lah apa yg aku terfikir haha. Bila nak tengok lagi gambar akak2 hipster ni rasa makin seram dgn dress up nya Ya Allah takut tengok. Tapi tu lah suka jugak tgk gmbr org haha. Tapi org zaman skrg seperti berlumba2 nak jadi hipster nampak macam waaaaaa. Hahah. Ok cukuplah. Cukup dgn fikir mati boleh buatkan niat nak ikut trend hipster tu terbantut. Maaf kalau ayat macam rojak.
– mawar merah