Assalamualaikum. Aku mohon admin siar confession ni sebab aku rasa aku perlu bagitahu orang yang benda ni bukan benda main-main.. Kalau admin siar, Alhamdulillah, terima kasih sangat-sangat. Awal-awal aku minta maaf kalau post ni seakan membebel dan panjang. Tapi lately aku berasa kecewa dengan beberapa perkara yang aku nampak dan dengar.
Sejak Chester bunuh diri, dan diikuti pulak dengan kes Jonghyun, seakan Malaysia ni dapat satu wave baru dalam isu mental health. I know, everyone berpusu-pusu nak spread awareness tentang sakit ni. Aku happy sebab at least dua artis yang mempengaruhi hampir seluruh jiwa rakyat Malaysia ni dapat buka mata masyarakat dan create satu persepsi baru terhadap pejuang jiwa. Tapi, yang aku nampak, kesan positif nya tak sebanyak kesan negative yang berlaku sekeliling aku.
Aku tengok, ramai yang ambil kesempatan. Aku sebagai salah sorang survivor aku nampak benda ni seakan-akan satu isu yang boleh dipermainkan. Ada sesetengah manusia yang anggap, “eh beb, zaman sekarang kalau kau takde depression tak up to date lah. Semua orang ada tau, apesal kau takde.”
Korang faham tak apa yang aku cuba sampaikan? People thinks, mental illness ni macam sakit demam yang kalau kau tak pernah demam kau manusia pelik. Meh sini aku nak clearkan benda ni untuk orang-orang yang macam ni, mental illness ni BUKAN SAKIT YANG SEMUA ORANG ADA dan tak mustahil kau ada…
Aku andaikan pada kau, kalau jiran kau ada kanser, tak semestinya kau pun ada kanser. Satu lagi, tak semestinya jiran kau ada kanser, dia happy dia ada kanser hanya sebab orang sekeliling bagi perhatian lebih pada dia.. Eh, pernah ke kau nampak orang ada kanser tu happy? Hatta orang yang kena serang demam pun, tak ada masa nya dia nak layan gurauan kau masa dia tengah sakit. Aku pelik kenapa diorang claim diorang ada mental disorder sedangkan itu hanya tekanan? Semua orang dah cuba sebarkan info bahawasanya tekanan dan kemurungan itu dua benda yang berbeza.
Kalau kau breakup dengan boyfriend atau girlfriend, or assignment belambak-lambak tak siap ke then tertekan tak lebih dari 2 weeks dan berlarutan sampai berbulan bertahun, anda bukan depression, malah mild depress pun anda tak layak. Tertekan itu semua orang pernah alami, tapi itu tak melayakkan anda dikategorikan sebagai manusia yang ada mental disorder.
Kenapa aku emo? Orang nasihat aku untuk abaikan orang-orang macam ni, tapi tahu tak, kebanyakan survivor tak selesa dengan keadaan yang dicetuskan orang-orang yang claim diorang ada mental disorder ni. Diorang tak ada kad kuning, tak pernah appointment psikiatri, tak pernah alami heavy cycle, mania etc, tak pernah keluar masuk ward, tak pernah rasa ubat antidepressant,stabilizer etc tapi diorang claim diorang ada mental disorder hanya dengan baca simptom-simptom yang ada pada gambar yang di-share di media sosial & buat ujian online.
Kalau anda rasa anda ada simptom, walaupun SATU je, tolong ke klinik berhampiran, dan bukan selfclaim. Anda fikir sakit mental ini benda trend? Itu belum kira lagi yang jenis selfclaim memperbodohkan pesakit-pesakit yang bersusah payah nak teruskan hidup hari-hari. Kalau anda di diagnose, dan pernah terikat dengan ubat, anda takkan tulis ayat-ayat yang menyentuh perasaan pesakit.
Anda sedia maklum bagaimana rasanya berada dalam situasi yang orang lain tak pernah rasa. Please stop this self claim mental disorder. Selagi anda tak didiagnose, dan takde rekod perubatan di mana-mana hospital kerajaan atau swasta, itu bermakna anda tak sakit. Berhenti guna frasa Depresi dalam semua situasi yang tak berkaitan. Kemurungan adalah kemurungan dan itu takkan boleh sama sekali disamakan dengan tekanan. Ia bukan sesuatu yang bersifat sementara. Semua pesakit itu ada rekod dan history untuk doktor diagnose ada mental disorder bukan dengan senang-senang baca symptom buat ujian sikit dan wallah, aku sakit!.
Dan ayat-ayat seakan :
“aku depress jugak tapi takde lah nak bunuh diri macam kau”
“aku rasa kau ni jauh dari Allah sebab tu kau macam ni”
“aku depress tapi aku tak makan ubat pun boleh lega.”
“jumpa psikiatri buat apa, lama-lama boleh lega sendiri lah weh, aku pun penah depress macam kau jugak”
ANDA TAK FAHAM.
ANDA TAK CUBA FAHAM.
ANDA TAKKAN FAHAM.
“Isu ni isu terpinggir, tak payah la nak tulis confession bagai”. Bagi aku tak. Kalau dah certain artis tu sanggup gimik kan isu kesihatan yang bagi orang lain serius, bagi dia tak, maksud nya benda ni bukan isu terpinggir. Ketahuilah bahawa spesis macam ni raaaaamai sangat! Atas alasan apa diorang sanggup mempermainkan benda yang bagi aku serius. Macam orang mempersenda manusia-manusia yang ada kanser, sakit jantung, etc. Aku pernah bermessenger dengan sorang hamba Allah yang selfclaim, dia sendiri mengaku bila dia bagitahu orang dia ada mental disorder dia rasa diri dia special sebab ada sakit macam ni. Aku terkelu dengar jawapan dia. Apa yang special? Sepanjang aku hidup lawan sakit aku sendiri, aku tak pernah pun rasa diri aku istimewa ada sakit ni. Malah, selepas aku di diagnose, aku berada dalam keadaan denial agak lama.
Its so hard to accept that you need to live your life dalam keadaan yang tak pasti. Nothing special at all. Even sampai sekarang aku fight alone hanya dengan terapi dan ubat tanpa sokongan kawan dan family. Kalau nak perhatian dan kasih sayang dari orang, say it clearly to them. Not pretending like anda ada sakit yang kononnya anda akan suicide bila-bila masa. Ingat semua survivor ni seronok ke ada masalah mental health. Anda tak pernah dengar history kami, sewenang-wenang nya anda permainkan isu yang berat bagi kami? Macam lah mental disorder ini just sebab putus cinta sahaja. Orang-orang yang macam ni hanya akan menambah stigma yang lagi teruk pada survivor. Kalau betul anda sakit, follow appointment betul-betul dan bukan selfclaim.
Orang yang paling hampir dengan manusia yang suka claim diri dia sakit itu ini, please! Bawa diorang ke hospital, sehingga doctor buktikan benar atau tak diorang sakit. Aku tak pasti apa yang dikejar oleh orang-orang yang macam nie, tapi at least, bila diorang dengar dari mulut doktor sendiri yang diorang tak sakit mungkin diorang boleh terima hakikat sebenar.
Pakar berusaha sebarkan kesedaran bukan untuk diambil kesempatan, tapi untuk kita pantau orang sekeliling kita dan diri sendiri sebelum terlambat. This is not a joke. Kelakar ke bagi korang??? Kalau kau sakit kenapa takut nak ke klinik??? Macam mana kau pergi klinik waktu kau demam, macam tu jugak kalau kau rasa kesihatan mental kau tak stabil. Seek profesional help, jangan takut! Bila datang suatu keadaan yang kau sendiri tak dapat kawal, ia nya akan bahayakan diri kau sendiri. Lebih baik kita rawat awal dari berlarutan sampai kau tak nampak lagi hidup ni suatu keperluan. Hitamnya hidup pesakit mental ni bukan macam yang kau nampak di tv dan kau baca di poster awareness. Berhentilah jadi pakar psikiatri untuk diri sendiri, takde faedah apa-apa pun.
– FY
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit