Salam. Aku tak pandai sangat nak cerita-cerita ni tapi aku harap kisah ni boleh bagi pengajaran atau memberi jalan keluar bagi yang masalah macam keluarga aku ni. Aku dulu pun tak percaya benda-benda mistik ni, tapi bila jadi kat depan mata sendiri dan melibatkan ahli keluarga sendiri, baru aku start buka mata.
Kisah yang aku nak ceritakan ni dari belah ayah aku. Family belah ayah aku ni rumit sikit sebab Tok aku kahwin 3 kali dan ada 5 orang anak, 4 lelaki 1 perempuan. Ayah aku anak pertama dan ada 2 adik-beradik sama ayah iaitu Mak Cik N dan Pak Cik L. Lagi 2 orang Pak Cik J – 1 ayah dan Pak Cik C – 1 ayah. Tok Wan-tok wan ni semua dah lama meninggal so tinggal Tok aku je la.
Ok sebelum aku cerita, aku kena akan bagi penjelasan bagi panggilan. Panggilan ni standard bagi orang utara. So takut yang bukan orang utara akan konfius pulak.
Nenek = kitorang panggil Tok
Datuk = kitorang panggil Tok Wan
Ayah kepada datuk = anggap je la kitorang panggil Moyang sebab tak pernah jumpa.
Dan kisah ni berkenaan ayah kepada Moyang = TOK NANG
Cerita ni bermula bila adik aku kena hysteria kat rumah sewa dia. Masa tu dia study diploma dan 1 rumah kena kacau. Start dari situ kakak aku perasan yang bila adik aku tidur malam, dia akan main gigi. Korang tau tak yang gigi bergesel-gesel tu. Setengah orang panggil mengetap gigi. Dan itu adalah salah 1 tanda orang tu ada saka!!
Terkejut? Aku pun terkejut bila kakak aku bagitau. Dan aku start google pasal benda tu dan memang betul.
Kakak aku ni jenis yang pentingkan family sikit. Mungkin tu memang ciri-ciri anak sulung kot. Kalau pasal keluarga besar belah mak dan ayah aku, semua dia tahu. Dan dia suka korek cerita dari adik beradik Ayah dan Tok aku. Dan bila dia tahu adik aku tidur ketap gigi tu, dia start korek pasal nenek moyang kitorang. Dan dari situ baru aku tahu yang arwah ayah kepada moyang aku, iaitu Tok Nang ni, dia Dukun Diraja. Kalau zaman dia dulu memang dia sangat hebat dan ilmu dia sangat tinggi. Tapi takde siapa pun dalam keluarga ayah aku yang dapat ilmu tu. Lagipun kami sekeluarga memang tak percaya sangat benda-benda mistik ni, terutamanya ayah aku, memang kirim salam je la.
Tapi semua benda ni tiba-tiba terbongkar bila sesuatu jadi kat adik aku bila dia sambung degree. Awal tahun ni, adik aku baru bagitahu family yang dia kena depression yang teruk. Sangat teruk sampai dia tak dapat tidur malam, selalu ponteng kelas, kena pegi jumpa Dotor dan makan ubat. Kami anggap mungkin dia takde kawan atau dia dapat kos yang dia tak minat sebab bila dengan family dia nampak ok je. Tapi bila keadaan dia makin teruk, which is lecturer suruh dia tangguh pengajian sebab takut dia kena tendang dari U, kami start berikhtiar sesuatu.
Sebenarnya anak kepada Pak Cik N aku pernah kena depression juga. Dan Pak Cik N bawak berubat kat perawat Islam dan lepastu dia ok balik. So kami pun suggest kat parents aku untuk ikhtiar kat perawat Islam juga. Then, kami pun decide untuk bawak adik aku berubat. Dan bermula la terungkai satu persatu sejarah keturunan silam yang kami tak pernah tahu. Bukan kami adik beradik je yang tak tahu, Tok aku yang umur nak masuk 80 tahun pun baru tahu.
So bermula la siri bawak adik aku berubat. Cerita ni sebenarnya sangat panjang tapi aku tak tahu lagi cerita ni akan disapprove ke tak. So kalau cerita ni di post dan readers nak aku sambung, baru aku sambung. Kalau tak sia-sia je aku mengarang ayat panjang2 ni. Believe me, the rest of story lagi dasyat bila satu-satu kisah terungkai. Till then. Thanks.
– NN
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
ok macam best