Salam semua. Nama aq Rania (bukan nama sebenar), umur 25 tahun. K cukup intro pasal aku. Rasanya semua dah tahukan perkongsian apa yang aku nak share ni. Yup, pasal nak muka flawless gitu. Lol. Aku ni nak kata flawless xda laa flawless mana. Tapi umur aku dh 25 sekarang dan boleh dikatakan kulit wajahku ibarat budak darjah 3 gitu. Ada orang pernah ingat aku macam baru lepas spm gitu.
Kulit xnipis dan xberminyak. Nak kata genetik, tak juga sbb ayah aku kulit muka berminyak. Mak aku pula berjeragat banyak sangat. Aku pulak bukan jenis yang jaga muka sangat. Orang lain ada macam2 krim muka, pencuci, pelembab dan lain2. Aku pakai pencuci muka pun jarang2 sebab aku rasa tak perlu dan muka aku memang tak memerlukan penjagaan yang rapi.
Aku puas mencari apa rahsia diri aku ni, tak jaga muka sangat tapi kulit aku lawo je. Aku rasa mungkin kerana aku ni pembersih orangnya. Pada aku, untuk dapatkan kulit muka yang bersih umpama masih kanak2 ni, ia banyak berkait dengan kebersihan. Izinkan aku share tips penjagaan kebersihan diri yang orang susah nak nampak. Minta maaf andai ada tips yang tidak berkaitan dan tidak berkenan pada pembaca. Tapi inilah realitinya, kebersihan itu keutamaan diri dan no1 bg aku.
1) Masuk toilet biasakan pakai selipar. Jangan berkaki ayam sebab toilet tu kan tempat kotor. Plus it sunnah.
2) Kalau balik dari mana2 dan dalam keadaan kotor, jangan terus naik atas katil. Kita tak tahu kita bawak balik apa dan macam2 kuman ada di pakaian dan tubuh kita. Benda2 kuman tu boleh hinggap kat katil yang mana kita guna di waktu lain untuk tidur, rehat dan sebagainya. Dan mungkin ketika inilah boleh menyebabkan jangkitan ke dalam kulit muka.
3) Jangan biasakan tangan dalam keadaan kotor even melekit sikit2. Selalu pastikan tangan dalam keadaan kesing dan bersih. Kecuali kalau tangan anda jenis yg berpeluh dan basah selalu tu. Yang ni lagilaa kena betul2 jaga. Sebab bakteria memang suka dan aktif di area basah dan lembap.
4) Jangan letak barang kita di tempat yang tidak pasti kebersihannya walaupunnampak kering aje. Sebab apa, barang itu kita ambil dan letak dan pegang, dan mungkin barang itu sudah terjejas dengan kekotoran tempat yang kita letak barang tadi. Paham ke? Lagi satu kecuaian yg selalu sy tengok ialah ramai org suka letak barang dekat kwsan sinki di tandas awam tu. Especially brg make-up. Kotor kut.. nk flawless kan? Silalah alert sikit.
5) Jangan campurkan pakaian yang kita sudah pakai dengan pakaian yang masih bersih. Asingkan. Misal kata kita dah pakai tudung tu tadi, tapi masih belum terlalu kotor untuk dibasuh dan kita nak pakai lagi kejap2 lagi atau esok, maka letaklaa dahulu di atas rak atau penyidai, tapi jangan campurkan dengan pakaian2 yg belum dipakai.
6) Nak lipat kain biarlah beralaskan tikar khusus untuk lipat kain shj, bukan atas lantai rumah yang kita pijak2 tu..even atas katil sekalipun sebab bila kita tidur, beribu2 sel mati atas katil kan. Kecuali kalo kita yakin katil kita tu bersih dan telah dikebas.
7) Basuh kepala jika kepala berpeluh pada hari tu
8) Selalu tukar baju. Jangan pakai berhari2 pakai baju yg sama tanpa basuh.
9) Pastikan persekitaran kita kering dan tidak lembab. Contoh meja dan perabot jgn dibiar kotor atau melekit. Towel yg basah jgn diletak atas katil kerana ia menyebabkan pembiakan bakteria pula jika katil tu basah. Kita nak spend masa yg bnyakkan untuk tidur atas katil tu. Jadi pastikan katil tu bersih.
10) Jaga penjagaan diri. Biar kuli sentiasa kering dan bersih. Maksud saya kering tu bukan kering sampai kuli menggelupas. Ala kadar janji bersih gitu. Dan tidak pulak berminyak. Gunakan penjagaan kebersihan diri yang sesuai.
11) Barang2 jangan biarkan bersepah dan merata letaknya. Ambil berat tentang kebersihan tempat kpd barangan itu. Contoh kita letak handfone kat atas tembok. Padahal tembok tu bekas taik burung kering ke apa mcm tulaa..
12) Hidup jgn terlalu berkongsi barang dengan orang lain. Tetapi kalau nak berkongsi juga, pastikan barang2 kita tu terjamin kebersihannya. Saya selalu kalau orang pinjam bahu, mesti saya akan basuh balik hahaha..tak pun baju saya tu, saya tak akan campur dengan baju2ahli keluarga yg lain. Baju kita, kita je tahu sejauh mana kekotoran/kebersihan baju kita tu.
13) Alert dengan persekitaran, contoh kesalahan biasa yg saya lihat ialah bila nak buang sampah. Kadang2 kuman dari plastic sampah tu boleh berterbangan dan menitik (cecair sampah) pada lantai atau persekitaran. Sebab itu kalo tak yakin, masukkan plastik berisi sampah tadi ke dalam plastik lain pula. Ataupun bila nak buang sampah tu (bg yg tong sampah kecik jelaa) bolehlaa angkut sekali tong sampah tu ke luar rumah. Baru keluarkan plastik sampah tu. Haa gitu..over ke? Hahaa..depends memasing mcm mana nk handle.
14) Kaki yg kotor dan tidak berbasuh, jangan pijak2 atas katil atau sofa. Kadang2 tapak kaki dah hitam pun x sedar ish3..
15) Pastikan pinggan mangkuk sudu bersih tidak berminyak.
16) Bahan masakan macam sayur ikan ayam telur pun biarlah berbasuh sebersihnya. Ada yang letak tak beralas dalam sinki, pastu basuh ala kadar sahaja..ee?
17) Tuala yg kita guna tu biarlah bersih selalu. Kalau dah busuk tu tukar ler. Tak kiralah baru pakai seminggu ke apa. Macam aku, pakai sebulan dua macam tu baru basuh sebab tuala aku memang tak berbau. Dan xnak bagi tuala berbau, bersihkan badan sebetul2nya baru lap dengan tuala.
18) Pakaian dalam dan anak tudung tu, especially yg perempuan, janganla pakai banyak kali. Sebab yg dalam2 tu yg banyak terdedah kepada kulit yg berpeluh.
19) Biasakan merendam pakaian yg nak dibasuh. Sebab dlm bnyk kes, baju yg terdapat kesan kotoran degil susah nak tanggal even tak nampak dengan mata kasar. Rendam dulu lagi bagus, baru masukkan ke dalam mesin.
20) Kalau pegang sesuau barangan yg dah banyak tangan pegang, contoh mcm public fon, tombol pintu tandas awam, tmpat pegang troli, dan sebagainya tu, pastikan tangan kita dibasuh terlebih dahulu baru pegang boleh nak pegang kulit muka ni.
21) Tak sedar pakaian yg terlalu labuh dan mencecah lantai. Pastu kita balik rumah, seret sekali dengan kotor2 yg ad pada pakaian di area yg labuh tu. Sedar x?
Sebenarnya banyak lagi, tapi kalau nak kaji balik apa yang aku buat hari2 macam complicated pulak hahaha.. setakat ni, ini shj tips yg aku dapat shara kenapa muka aku mcm budak darjah 3 even aku dah. Aku hanya dapat kesan yg aku ni pembersih kikikii.. Maaf sekali lagi kalau ada yg x berkenan. Aku yakin ada yang akan kata post ini sesuai dinamakan “tips penjagaan kebersihan” bukan “tips flawless” hehe.. tapi inilah kenyataan dari aku. Nak kulit lawo? Kebersihan diri dan sekeliling pun kene lawo. Tapi tak bermaksud org yg kulit muka xbrapa nak lawo tu pengotor pulak. Dan juga tak bermaksud semua org yg kulit lawo tu pembersih.
– Rania (bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit