Assalamualaikum, nama saya Jojo, umur 26 tahun dan sudah bekerja di sebuah syarikat swasta. Saya nak confess pasal kemusykilan yang bersarang dalam hati saya, dan inginkan pendapat korang semua pasal hal ni.
Saya ada sorang roomate, dia ni orangnya cantik, memang kulit flawless dan kurus. Orangnya pula suka bersolek dan nampak cantik sentiasa. Dia kerja di sebuah kilang yang agak besar juga. Memang ramai peminat di tempat kerja. Dia pernah bercerita dengan saya, ramai pekerja lelaki yang cuba call dan usha dia, ada yang sampai tunggu di luar pagar untuk hantar dia balik. Setiap malam lepas balik kerja, dia mesti on the phone dengan lelaki. Lepas 2-3 bulan dia masuk kerja di kilang tu, akhirnya dia tersangkut juga dengan salah seorang rakan sekerja yang usha dia tu.
Ok, sekarang ni, apa yang saya pelik, cara percakapan dia dengan bf dia tu memang sangat kasar. Kalau dia gaduh dengan pakwe dia, dia akan menengking dan akan ‘cursing’, contohnya perkataan bod**, ba*i, beng***, tu memang makanan dia je setiap kali otp dengan bf dia. Contohnya, kalau bf dia lambat datang pick up, dia akan naik angin dan cakap,
“Kau kat mana bodoh? Kau tau tak sekarang dah pukul berapa, bodoh? Kalau aku lambat pergi kerja jap gi siap kau!”
Ayat ni memang saya tak buat-buat, sebijik2 saya tulis ikut apa yang saya dengar dengan telinga saya sendiri. Roomate saya ni suka loudspeaker bila on the phone, so saya memang boleh dengar respon orang sebelah sana. Walaupun percakapan dia kasar macam tu, bf dia tak kisah dan still respon dengan agak baik la.
Roomate saya memang panas baran, dia cepat marah dan tinggi suara. Pernah sekali bf dia belikan barang yang bukan saiz dia, dia memang mengamuk habis-habisan dan cakap,
“Aku dah cakap kan saiz sekian2, apsal kau beli saiz lain hah? Kalau tak nak tolong belikan cakap je lah daripada awal!! Taklah menyusahkan aku!”
Bila gaduh, memang bf dia tu akan kena curse habis-habisan dan dia cuma akan ugut tak nak angkat call je, bf/ lelaki2 lain akan takut dan mengalah. Pernah sekali dia gaduh besar dengan bf dia, kisahnya pasal pakwe dia tersalah cakap apa ntah saya pun x sure, dia memang tak layan call dan kalau dia angkat pun, dia akan biar bf dia cakap sorang2. Bf dia sampai menangis ,merayu-rayu dan asyik tanya apa salah dia sebenarnya. Dan dia akan respon,
“Salah sendiri takkan tak tahu? Takkan semua benda nak kena bagitau, bodoh? Apa ke bodoh lembap sangat kau ni hah?’
Sekali lagi, ayat di atas saya takde tambah apa-apa, semua original perkataan yang keluar dari mulut dia.
Bf dia memang merayu-rayu nak berbaik-baik, dan asyik confess, selama hidup dia, tak pernah menangis sebodoh itu untuk seorang perempuan, roomate saya tu lah orang yang pertama dia sayang sangat-sangat.
Selain bf dia, ada juga beberapa lelaki berbeza yang asyik call dia setiap malam. Semua lelaki tu memang nak merebut cinta dia. Berdasarkan perbualan yang saya dengar setiap malam, (sebab dia suka loudspeaker) ada beberapa lelaki, dalam 2-3 orang yang bergaduh di tempat kerja sebab berebutkan dia. Sampai roomate saya ni memang tak terlarat nak layan segala phone call tu.
Untuk pengetahuan korang, bukan masa gaduh je keluar perkataan tak elok dari mulut roomate saya tu, tapi memang cara percakapan dia macam tu. Dia suka mencarut, tambah2 perkataan bodoh. Ramai juga lelaki yang ajak dia kawin, tapi roomate saya ni taknak, dengan alasan masih muda.
Jadi persoalan saya, lelaki memang hanya pandang rupa je ke sebenarnya? Sebab itu lah conclusion yang saya dapat based on apa yang berlaku depan mata saya. Ataupun, lelaki-lelaki yang ajak dia kawin tu dah set boleh ubah perangai mencarut dan panas baran dia tu selepas kawin ke macamana?
Saya yang memang betul-betul nak tahu…
– Jojo
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit