Assalamualaikum w.b.t. Terima kasih aku ucapkan kepada admin jika cerita aku ini di siarkan dipage ini. Jika tidak, terima kasih kepada admin kerana sudi baca kisah aku.
Coretan yang bakal aku kongsikan ini, merupakan kisah benar lagi benar. Kerana ini adalah kisah hidup aku, yang aku kongsikan agar ianya jadi pengajaran buat pembaca sekalian.
Kisah ini bermula dari umur aku seawal sekolah rendah. Dah pandai mula bercinta cintun. Orang kata cinta monyet. Tapi waktu tu tak serius. Masih budak-budak kan, apa tahu. Main-main jelaaah lebih.
Tapi ada anak orang paling kaya dekat kampung aku, suka aku. nama dia Hanafi. Hari-hari dia bagi aku coklat, duit, jajan, jam tangan, belanja makan kat kantin sekolah. Bukan aku ja dia belanja, dengan adik-adik aku sekali dapat duit belanja.
Benda paling mahal hanafi bagi aku, telefon bimbit. Tapi aku terima je. Waktu tu bangga sebab ada telefon bimbit. Orang lain tak ada. Pergi trip sekolah, hanafi belanja tambang, duit makan, belanja kat sana.
Tapi, bila naik sekolah menegah aku mula lost contact dengan hanafi. Sebab aku dengan dia berlainan sekolah. Aku couple bertukar-tukar dengan kawan sekelas, kelas sebelah, sekolah belakang dll.
Masa tu, asal naik waktu rehat ada ja coklat, hadiah, surat, key chain dll dalam beg, bawah meja. Aku ni nak dikategorikan cantik, tak laah cantik mana pun.
Tapi mungkin lelaki tengok manis tu ada. Kot lah, perasaan sendiri.! Ada yang kata muka aku ada mirip babe rexha yang nyayi lagu meant to be. Cubalah google dulu. Ini semua pandangan orang, bukan aku yang kata.
Hanafi memang serius dengan aku. Dia cari aku semula. Tapi, allah lebih sayangkan dia. Dia meninggal dunia akibat kemalangan masa nak hantar adik dia ke sekolah. (Mohon sedekahkan al-fatiha buat arwah Hanafi)
Masa berlalu, dari seorang ke seorang lelaki. Bak kata orang playgirl. Itu laah aku. Tak serius pun, just suka-suka. Tapi timbul kesedaran pada diri. Sampai bila nak couple putus, couple putus, lepas tu senang sangat terima lelaki dalam hidup.
Aku mula serius. Kenal dengan Irwan, dia budak sekolah menengah agama. Memang serius laah. Dah terbayang masa depan. Dia sebagai imam yang sepatutnya membimbing aku yang jahil ini.
Aku pula ada berkawan dengan lelaki lembut budak sekolah panggil dia sotong. Beza umur kami 4 tahun. Dia lebih tua. Aku tak sangka dia serius dengan aku. Dia dapat tahu aku dengan lrwan.
Satu hari dekat sekolah, waktu bulan puasa dia ajak aku jumpa. Sotong ini ajak aku selesaikan cara baik katanya. Ada benda dia nak bagi aku. Aku ini, jenis yang berani. Pergi jumpa dia seseorang, sebab rasa tak ada apa pun.
Nasib aku tak baik dia cuba nak buat benda tak elok kat aku. Dia dah tarik aku, aku jerit sekuat hati aku. Dia kata, jangan ingat dia sotong takada nafsu. Tapi, nasib aku baik, kawan aku ternampak.
Mula tu rasa trauma, dia mesej aku cakap dia tak akan lepaskan aku. Dan dia kata dia akan tunjukkan yang dia jantan sejati. Waktu tu, aku takut sangat nak pergi sekolah. Tapi, aku nekad kalau dia apa-apa kan aku, aku report dekat cikgu.
Masa berlalu, mungkin si sotong ni pun dah give up. Aku masih lagi bercouple dengan irwan. Kami jarang jumpa, hanya call or mesej je jika rindu. Tahun berganti tahun, aku dan irwan nak SPM. Jarang sangat jumpa, call or mesej.
Hati aku mula tertanya dan syak yang bukan-bukan. Last-last, stalk punya stalk jumpa kat fb dia couple dengan budak bawah dia, satu sekolah dengan irwan, ain namanya. Waktu tu tuhan saja tahu, remuk hati. Dengan nak hadap SPM.
Aku cuba buang perasaan ini jauh-jauh terhadap irwan. Selidik punya selidik, irwan dan ain ini pernah tidur sama, sebab ain ada bagitahu aku dan irwan mengaku. Dan hampir 4tahun dia couple dengan ain ni.
Jadinya aku di tipu mati-mati dengan irwan. 4 tahun di tipu! Aku mula move on dan lupakan irwan. Kecewa, sakit hati, semua ada. Tapi cuba bangkitkan diri dan lupakan jantan tak guna.
Aku masuk form 6. Konon taknak dah bercinta cintun dah. Tiba-tiba kawan sekelas form 6 aku, Azad luahkan perasaan. Ajak couple. Masa tu dah tepis-tepis dah. Sebab dah serik. Tapi lama-lama terima jugak.
Habis STPM, apply masuk universiti. Alhamdulilah. Rezeki aku, dapat masuk IPTA. Masih lagi dengan azad, dia pun sambung belajar di kolej swasta di JB. Memang dah macam-macam laah perancangan kita orang.
Dalam masa yang sama setelah sekian lama, irwan cari aku semula. Katanya menyesal buat aku macam tu. dan dia dan ain dah takada apa-apa. Lagipun ain dah ada lelaki lain. Dia kata karma. Sebab buat macam tu dekat aku.
Tiba aku masuk tahun kedua di IPTA. Azad macam dah berubah, kurang jumpa, whatsapp, call. Kalau aku whatsapp kadang tak reply, kadang dah berhari2 baru reply, kadang bluetick. Jadi aku mula curiga, sakit hati, sedih.
Aku cuba tanya kawan-kawan azad kot kot dia ada perempuan lain ke. Semua kata tak ada. Jadinya aku cuba selesaikan dengan azad. Tanya dia sendiri. Dia kata dia busy, banyak assignment, test, dia serabut.
Azad minta aku bagi ruang dan masa dekat dia. Jadi aku pun malas nak pikir bukan-bukan. Aku pun bagi peluang dekat dia. Macam yang dia nak. Ruang dan masa.
Lepas kena tegur dia okay, tapi tak lama pun. Dalam beberapa bulan gitu, dia hilang langsung tanpa khabar berita. 3 bulan tak contact aku langsung. Aku cari whatsapp pun dia bluetick, call tak angkat. Jadinya aku mula move on.
Tiba-tiba dalam masa tu, ada classmate aku cuba usya-usya aku. Nama dia Ahmad. Aku class rep untuk subjek universiti. Kami bergabung antara fakulti dalam universiti. Jadinya, apa-apa semua classmate akan contact aku.
Aku mula rapat dengan ahmad. Boleh kata tiap-tiap hari call, whatsapp dengan dia. Kadang bukan cakap pasal study, kongsi masalah masing-masing. Lama-lama aku jadi confius, samada ahmad serius dengan aku atau main-main.
Dating makan dekat cafe universiti. Macam dalam drama cinta cintun dekat kolej. Konon study dekat library, pergi jogging dekat tasik, bla bla. Macam-macam buat sama-sama kat universiti.
Ahmad care sangat dekat aku. Last, dia luahkan perasaan dia. Dia cakap dia sayang aku, dia nak ke stage yang lebih serius. Tapi, aku layan ahmad ni umpama macam aku nak lupakan azad ja.
Aku rasa serba salah. Tapi ahmad macam serius. Aku cuba buka hati untuk ahmad, dan aku berdoa jika ahmad adalah jodoh yang terbaik. Maka permudahkan hubungan kami ini.
Tapi, aku dengan ahmad tak lama pun. Masalah kami tentangan ahli keluarga ahmad. Aku akur dengan keputusan ahmad. Dia pilih keluarga dia berbanding aku. Sebab kami berlainan negeri.
Ahmad asal utara, aku asal selatan. Tak lama, lepas tu azad cari aku semula. Aku pun, terima azad semula. Sebab dia dah janji tak akan ulangi lagi apa yang pernah dia buat.
So, aku teruskan hubungan dengan azad. Lagipun banyak sebab aku terima azad semula. Antaranya, Sebab family dan family dah kenal. Kami rancang nak tunang pada tahun 2018.
Dalam pada waktu itu, aku dapat mimpi pelik-pelik. Mimpi ular, budak-budak, aku nampak kelibat macam-macam di rumah sewa aku. Tapi aku tak layan semua tu. sebab malas nak layan benda yang bukan-bukan.
Tiba satu hari tu, cuti sem. Semua orang balik kampung. Rumah sewa kosong. Tapi aku antara balik awal kat rumah sewa. Tiba aku nak masuk toilet aku nampak ada longgokan tanah hitam.
Dalam tanah tu, ada paku, duit, rambut, tanah hitam dll. Aku tak pikir panjang. Rasanya mungkin tikus. Tapi bila aku bersihkan benda tu. aku tergerak nak ambil gambar. Tapi aku dah buang separuh.
Waktu hujung minggu aku balik kampung, tunjuk dekat mak abah aku. Abah aku jumpa kawan dia yang pandai tengok. Alangkah terkejutnya aku, ustaz tu kata, ada orang dengki dengan aku.
Dia cuba hantar santau angin dekat aku. Sebab aku ganggu pakwe dia. Padahal aku tak pernah ganggu pakwe sesiapa. Waktu tu aku dah syak mungkin ade perempuan cemburu aku dengan ahmad.
Aku mula sesi berubat untuk buang benda yang tak elok. Dalam pada waktu tu, aku selalu penat nak tidur ja. Jadi aku dengan azad pun jarang contact. Azad tak tahu keadaan aku.
Tapi bila ustaz ini bagi ciri-ciri lelaki dan perempuan yang cuba santau aku. Aku rasa aku takada kenal dengan lelaki macam tu. Aku cuba minta kepastian ahmad. Kali ini aku yakin bukan ahmad lelaki tu.
Lama kelamaan, aku baru teringat akan seorang classmate aku waktu tahun 1. Kelas agama. Dia pernah ajak aku keluar makan, padahal dia dah ada makwe. Kebetulan aku terjumpa dia sebelum cuti sem.
Kali ini aku yakin, dia lelakinya. Tapi sumpah ingatan aku lepas kena tu, aku lupa siapa nama dia. Banyak benda aku lupa. Exam pun aku banyak mengelamun. Aku selalu menangis.
Tapi, perancangan nak tunang dengan azad hanya mimpi. Azad hilang lagi tanpa apa-apa berita pada akhir tahun 2017. Aku dah malas nak fikir, nak meraih simpati. Terhegeh-hegeh cari dia. Sedangkan dia tinggalkan aku macam tu ja.
Aku teruskan hidup, Alhamdulilah tahun 2018, aku dapat praktikal di bandar JB. Jauh dari kampung. Apa yang aku fikir nak habiskan belajar, dapatkan segulung ijazah dan cari kerja. Bina kerjaya sendiri.
Kahwin semua letak tepi dulu. Irwan masih cari aku, tapi kali ini dia kata dia dah nak tunang. Tapi hati perasaan dia masih kat aku. Dia terima perempuan tu sebab, dia kata perempuan tu ada ciri-ciri yang ada pada aku.
Irwan kata, walau dia dah kahwin sekalipun. Dia tak akan lupa cinta pertama dia, iaitu aku. Aku tanya, dia tak ada rasa serba salah ke dekat bakal isteri dia nanti. Dia kata, hati dan perasaan tak boleh paksa.
Jadi aku tak nak datangkan masalah. Aku minta irwan lupakan aku dan teruskan dengan bakal tunang dia. Dan walau apa pun, aku takkan terima irwan lagi. Walaupun tak ada dendam.
Setiap kali ada dengar sedara-mara, kawan, cikgu yang nak buat umrah, haji aku mesti kirim doa buat aku dan keluarga. Dalam doa tu, aku selitkan supaya aku dipertemukan dengan insan yang benar menyayangi aku.
Semoga aku berjumpa dengan jodoh yang terbaik buat aku. Tiap kali solat, aku selitkan. Aku minta mak ayah aku doakan untuk aku juga. Supaya aku jumpa jodoh yang betul-betul terbaik untuk aku dan masa depan aku.
Sebab, aku dah penat nak bercinta. Penat nak kenal orang baru. Penat nak mula semula. Macam-macam dah aku alami. Jadinya aku nak cinta yang terakhir adalah jodoh buat aku. Lagipun umur aku bukan muda lagi.
Kali ini. Aku rasa aku betul-betul diuji dengan cinta. Aku banyak berfikir. Kenapa ujian cinta buat aku, tak habis-habis. Waktu aku praktikal ini, aku ramai kawan lelaki. Sebab officemate aku ramai lelaki.
Aku ada join satu program talent, 30 orang peserta. Dalam ini aku boleh dikatakan rapat dengan kesemua lelaki ini. Sebab kami di minta untuk buat kerja berkumpulan.
Tiba satu masa tu, dalam program ini shah, jar dan uddin antara yang aku selalu contact dan minta tolong. Sebab kami selalu satu team. Aku anggap berkawan sahaja. Tapi dia orang anggap lebih.
Aku rasa tak selesa selepas tu, kalau jumpa aku akan lari-lari dari dia orang. Aku cuma tak nak, dia orang bergaduh sesama sendiri. Sebab kami satu kumpulan. Taknak timbul apa-apa masalah personal.
Aku cuba berterus terang dekat kesemuanya. Aku tak sedia, dan kalau ada pun aku tak akan terima antara kalangan lelaki dalam program talent ini. Jadi shah, jar dan uddin akur dengan aku.
Tak lama tu, aku ada join sukarelawan pembinaan rumah. Aku jumpa si Izz. Aku banyak buat kerja sama-sama dengan si izz ini. Tapi, umur dia jauh lebih muda dari aku. Beza kami 5 tahun.
Tapi kegigihan si izz dapatkan no telefon aku, cari aku. Memang aku appreciate sangat-sangat. Tapi, aku dapat nasihat dari kawan-kawan aku. Tak salah untuk terima izz. Lagi pun dia kata, dia nampak izz ni bersungguh sayang aku.
Yang berat hati aku pasal izz ni, dia bawah umur. Kiranya adik-adik. Tapi, aku cuba positif. Bila aku dengan izz aku rasa dia sangat hargai aku. Dan aku berharap izz adalah jodoh yang terbaik allah tetapkan buat aku.
Fatin kawan aku pernah kata, mungkin izz adalah jodoh yang allah tetapkan untuk aku. Dan mungkin doa aku allah dah dengar dan perkenankan. Tak salah kalau aku beri peluang dan ruang untuk izz.
Dan aku minta jasa baik pembaca dan admin doakan kami berjodoh. Amin. Setiap apa yang jadi mungkin ada hikmahnya. Dan apa yang aku ceritakan adalah benar. Tiada rekaan semata-mata.
Sekian.
– Cinta Nur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit