Assalamualaikum semua…
Malam-malam ni saya nak buat luahan ringkas berkaitan wanita yang ada rupa atau cantik ni. Saya terpanggil nak merespon luahan berkaitan lelaki ni pandang rupa je ke? Teori saya wanita cantik ni perangainya hodoh. Mungkin kenyataan ni tak boleh digeneralisasikan sebab dah namanya teori, tapi masing-masing boleh buat pemerhatian peribadi sendiri.
Kenapa saya cakap macam ni? Sebab saya terkesan dengan kata-kata seorang pak cik dalam kereta api semasa saya masih belajar dulu. Dia cuba nak tarik perhatian saya dengan memulakan perbualan, tapi saya macam malas nak layan sebab ngantuk. Tapi saya tersentak masa dia cakap, ‘Adik ni mesti tak pernah kena marah dengan orang kan? Sebab muka adik lawa.’
Dia punya jujur tu buat saya terdiam dan terfikir sama ada betul atau tak kenyataan dia. Seingat saya…macam betul. Tapi saya tak tahu lah sama ada sebab rupa saya atau apa sehinggalah pak cik ni point out statement camtu.
Saya memang tak pernah la berhadapan dengan situasi kena marah in public atau dengan orang asing kecuali mak abah saya. Sekali dua je dengan cikgu. Jadi saya mula buat pemerhatian terhadap kawan-kawan saya yang so called lawa-lawa ni. Ingat-ingat balik most of them memang jenis kepala angin.
Mungkin apa yang pak cik tu cakap ada benarnya. Orang jarang marah orang lawa ni sebab sedap mata memandang muka dia. Mak saya cakap saya lagi marah lagi lawa…adoiii la mak.
Tapi kalau orang yang kurang lawa buat perangai, kita mesti selalu dengar ayat ni ‘dahla muka tak lawa, perangai pun huduh’. Saya pernah dengar pak sedara saya cakap macam ni dekat kerani pejabat agama masa ada masalah nak setel urusan pernikahan saya. Mak saya cukup angin kalau orang cakap macam sebab mak saya kata ‘habis tu, kalau orang lawa buat perangai huduh tak pa la??!’
Sebab tu tak pelik kalau kita semua jumpa orang yang muka lawa ni still ramai tergila-gila walaupun perangai hodoh suka mencarut bagai. Orang laki rasa macam lagi cantik bila dia mencarut kot. Dan lagi tak pelik kalau kita jumpa muka lawa tapi kahwin tak sampai setahun dah bercerai berai. Sebab yang menjamin utuhnya sebuah rumahtangga adalah akhlak yang baik, bukan rupa paras. Tapi semua orang tak nak tahu tentang ni sampailah sendiri merasa kena hadap muka lawa tapi perangai hodoh hari-hari lepas kahwin.
Arwah nenek saya seorang yang cantik dan panas baran. Saya pun pernah kena marah dengan dia walaupun dia terlantar sakit atas katil. Mak cerita dia pernah kahwin sampai lapan kali.
Sebab itulah ada seorang anak rakan saya yang kacukan mat saleh dan cina, bila saya puji rupa anak dia yang cantik, dia marah. Dia cakap, buat apa puji rupa, rupa tak boleh ubah, perangai boleh. Jadi lebih baik puji perangai dia baik, jadi dia akan berusaha jadi lebih baik.
Jadi, awal-awal lagi saya cakap kat suami orang cantik ni perangai hodoh. Dia cakap, habis tu awak ni kira perangai teruk la ni? Saya akui je. Cuma saya tak tahulah sejauh mana dia boleh bersabar. Nak ubah perangai yang dah bertahun terbina ni ambil masa. Antaranya tak reti mengaku salah sendiri dan selalu rasa diri betul sebab tak pernah kena tegur.
Jadi sesiapa yang ada anak cantik tu, jangan bila dia buat salah, nampak comel je terus tak jadi tegur. Melentur buluh biarlah dari rebung.
Itu je luahan saya. Teori ni walau bagaimanapun tak apply kat lelaki ok.
Sekian.
– Cantik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit