Ayah Aku II

Hi readers hi admin. Terima kasih sebab sudi publish confession aku hari tu. Kepada readers, aku mintak maaf sebab banyak typo dan buat cerita tergantung macam tu. Aku menulis ni pun kat handphone, tak perasan pulak typing error. Baiklah aku sambung cerita aku.

Kehidupan aku di alam university ni tak sama dengan orang sebab aku dari kecil sudah di trained untuk tak berkawan dengan orang. Dan disebabkan sikap aku yang kera sumbang ni, aku tak berapa tahu cara untuk survive di university. Aku juga tidak terjebak dengan social media. Info yang aku dapat hanya berpunca dari pembelajaran di tempat belajar, pesan mak bapak aku, dan beberapa bahan bacaan.

Ops lupa bagitahu, walaupun aku bukan jenis ulat buku, aku rajin membaca asalkan bukan berkaitan akademik. Aku ada habit yang boleh dianggap sebagai penyakit iaitu aku tak boleh menerima arahan. Bila aku mendapat sesuatu arahan, secara automatic minda aku akan menolak arahan tersebut. Aku rasa aku trauma sebab sepanjang aku membesar aku terpaksa menurut segala arahan bapak aku. Aku memberontak dalam hati je. Masa aku kecik, aku takut nak confront dengan bapak aku sebab dia selalu ugut tak nak bela dan nak buang aku kalau tak ikut cakap dia. Ok balik ke kisah aku di university.

Aku bercadang tak nak cerita detail tapi takut cerita aku tak sampai pulak. Terpaksa la aku dedahkan sikit2 detail tu. Kalau ada yang kenal aku, harap jangan tag aku atau buat apa-apa. Sepanjang belajar di university, sepanjang semester awal-awal aku tak ada laptop. Boleh bayangkan tak kesusahan aku dizaman belajar. Aku Cuma merasa laptop sendiri pada separuh tempoh pengajian aku. Tu pun laptop sendu yang tahun 90an. Wifi tak dapat connect. AutoCad pun macam tak larat je nak beroperasi. Aku survive dengan laptop ni sampai habis belajar. Readers mesti pelikkan kenapa aku seolah-olah sangat miskinkan? Sebenarnya pengajian aku ni ditaja oleh satu badan ini, tetapi sepanjang tempoh pengajian tu, aku terpaksa share elaun bulanan aku dengan adik aku yang juga sedang belajar di sebuah IPT.

Adik aku dapat PTPTN. Bukanlah nak cakap aku ni baik sangat. Tapi aku tak sampai hati nak biarkan adik aku susah. Masa ni bapak aku sudah mula buka cerita tentang masalah kewangan yang dihadapi keluarga aku. Sebab tu aku cuba berusaha untuk tolong ringankan bapak aku setakat yang boleh. Pada aku, tak apa susah sikit. Kita hadap sama-sama. Duit PTPTN adik aku, dia berikan semua yang lebih-lebih tu selepas bayar yuran sem tu dekat family. Dan tak pernah tanya kemana duit tu pergi. Adik aku tak kisah. Dia survive dengan duit yang aku bagi dan kerja part time dia. Bapak aku pun ada jugak bagi duit makan untuk dia. Bapak aku tidaklah kejam sampai nak biarkan adik aku kelaparan.

Disebabkan kami tahu keluarga ada masalah kewangan, aku dan adik aku buat macam-macam cara untuk membantu meringankan beban seperti bekerja part time semasa bejar. Cuti sem pun kami pulun kerja sebab nak cari duit lebih untuk bayar yuran sem dan bagi dekat keluarga. Apa lagi adik aku buat, aku tak tahu. Tapi aku, disebabkan aku tak nak menyusahkan keluarga, aku masuk macam-macam persatuan dan menjadi aktif sambal pegang jawatan penting dalam persatuan. Aku buat semua tu supaya aku boleh stay asrama. Aku tak ada transport kalau duduk luar. Aku kan kera sumbang, aku malu taku menyusahkan nak minta tolong kawan hantar dan ambil aku ke kelas. Dah ramai yang gaduh pasal tumpeng menumpang ni. Aku tak nak terjebak. Bila sem atas-atas, group-group mini project selalu ada discussion.

Setiap kali cuti sem, aku akan kerja. Duit elaun aku dan duit gaji aku keja memang aku bagi family lebih dari 80%. Aku Cuma ambil sedilit untuk bayar yuran sem dan duit poket dalam RM200 macam tu je untuk survive hingga masuk elaun seterusnya bulan depan. Dengan duit banyak tu lah aku buat makan dan beli peralatan belajar. Mostly aku buat makan lah sebab aku kena dahulukan keselesaan aku. Kalau aku lapar aku tak boleh belajar. Aku tak print nota pun. Aku jawab test dan kuiz berdasarkan apa yang aku dengar pensyarah ajar dan nota yang aku salin sikit-sikit tu. Aku jarang ponteng kelas melainkan ada hal yang sangat penting. Ok setakat tu je lah aku cerita pasal zaman belajar. Zaman internship lagilah horror. Takpe aku taknak cerita yang tu.

Setelah habis belajar, aku menganggur. Bukan sengaja taknak cari kerja, tapi semua company yang panggil aku interview tu inginkan pekerja yang ada kenderaan. Berbekalkan ijazah sendu, aku tidak dapat tawaran mana-mana kerja pun. Dah la masa aku baru terkapai-kapai mencari kerja, industry yang sepatutnya menjadi lubuk rezeki aku menguncup dengan drastic. Aku rasa aku sangat kecil. Disebabkan aku gagal mendapat pekerjaan, bapak aku menyuruh aku pulang ke kampung. Aku bertekad ingin kerja dulu kat kampung sambil kumpul duit untuk membeli kenderaan. Sepanjang aku mengganggur, macam-macam aku kerja tapi baki wang aku tak pernah cecah RM20 dalam bank.

Korang nak tahu kenapa? Aku terpaksa menanggung persekolahan dan pengajian adik-adik aku. Walaupun aku agak matang pada waktu tu, tapi aku ada rasa tak puas hati dengan family aku sebab aku rasa terbeban dan kenapa aku yang kena menyara keluarga. Aku melihat cara bapak aku urus ekonomi keluarga, sangatlah tak seimbang.

Aku mula buka mulut pada mak aku tentang ketakpuasan hati aku melihat cara bapak aku mentadbir urus keluarga. Pada awalnya, mak aku cuma mendengar sahaja tanpa apa-apa komen. Bila aku semakin emo, dia kana tenangkan aku dengan selalu suruh ingat pasal kebaikan bapak aku. Bila aku sudah rasa terlampau teruk, aku mula berdepan dengan bapak aku. Aku suarakan pendapat aku. Bapak aku sangat marah. Sekali lagi dia membandingkan kehidupan orang yang lagi susah dengan mengatakan aku tak reti bersyukur. Ya aku tahu aku tak patut merungut. Tapi bila kepincangan depqn mata, aku tak boleh diam. Aku tak nak adik-adik aku yang lain merasa susah macam aku.

Korang mesti tertanya-tanyakan apa peranan mak aku dalam menangani isu ni kan? Aku perhatikan, selain membuat kerja rumah dan apa-apa yang patut, dia sangat rajin solat dan mengaji. Mula-mula aku ingatkan mak aku ni sangat alim. Tapi tu je rupanya cara dia untuk kuatkan semangat dengan perangai bapak aku. Bila mak aku buka cerita. Memang aku sangat tak puas hati dan geram. Rupa-rupanya sejak dari aku darjah 5 ke darjah 6 macam tu, sebenarnya perniagaan bapak aku dah menjunam. Dan sepanjang dari masa tu sampai aku habis belajar university, rupanya kami hidup dengan menjual barang kemas mak aku. Apabila barang kemas mak aku dah habis, bapak aku menggadaikan barang kemas nenek aku. Mak aku merupakan orang kepercayaan nenek aku.

Jadi banyak barang kemas dia mak aku yang jaga. Pada mulanya ,mak aku tak bersetuju sebab dah dikira pecah amanah, tapi bapak aku berjanji akan gadai sekejap saja. Tapi janji tinggal janji. Bapak aku tak mampu nak tebus balik barang kemas tersebut. Maka benda tu berterusan. Satu persatu digadaikan. Bapak aku hanya mampu membayar upah simpan sahaja. Selepas aku tahu semua tu, aku keluar rumah cari kerja dan akhirnya aku Berjaya jadi kerani dan disebabkan oleh aku bekerja dengan cemerlang, gaji aku naik dengan banyak nya. Tapi banyak sebagai kerani lah. Sekarang aku berusaha menyara adik-adik aku yang sedang belajar sambal mengupul duit sikit-sikit untuk menebus barang kemas tersebut. Aku ingatkan bapak aku akan rasa bersalah dan tercabar bila anak perempuan terpaksa kerja siang malam. Ye, malam aku kerja lagi part time. Sambil tu aku buat jual-jual online. Jumlah pendapatan tu boleh la dapat 3-4k sebulan. Rupa-rupanya, kesusahan aku tu buat dia lagi selesa sebab tak perlu bekerja keras menyara keluarga. Tentang barang kemas pula, tanpa rasa bersalah dia kata memang patut aku tolong tebus sebab aku kan dah bekerja dan hasil gadaian emas tu pun untuk buat menyara kami juga.

Aku sangat sedih dengan nasib aku. Aku terpaksa melupakan cita-cita aku kerana tak mampu mempunyai kenderaan pada waktu awal. Aku berkelulusan teknikal. Bila dah terlalu lama menganngur, ijazah aku dah tak laku lagi. Aku cemburu melihat kawan-kawan aku dapat bekerja apa yang mereka cita-citakan. Aku menghilangkan diri dari semua kawan aku sebab aku sangat malu. Kebabyakan kawan-kawan aku bekerja di KLCC dan ke offshore. Aku jeles sangat-sangat. Aku hanya mampu stalk mereka sambil hati-hati kerana takut ter’like’. Takut kewujudan aku disedari. Kawan-kawan aku mostly dah kahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Anak-anak yang comel. Tapi aku masih perlu berkerja siang malam menyara keluarga. Aku tekad biarrlah aku sorang je yang lalui benda ni. Bukan adik-adik aku. Mungkin ada readers yang akan tertanya-tanya, takkan lah taka da orang lain lansung yang tahu pasal kesusahan kami?

Jawapan nya yes, memang taka da. Mak aku sangat hebat menyimpan rahsia keluarga dan aib bapak aku. Kami pulak sebagai anak-anak tak sanggup nak kecewakan mak aku. Aku kadang-kadang ada jug a terlepas cakap sikit-sikit ketika berbual degan jiran atau keluarga kami. Tapi mak aku akan cepat-cepat cover. Bab bapak aku plak, dia sangat ego dan tak pernah merasa bersalah atas kesusahan kami sekeluarga. Apa yang dia buat ialah selalu bercerita kepada orang lain tentang pengorbanan dia untuk menyara keluarga kami. Kehidupan kami sekeluarga seperti kerajaan Korea Utara guys. Hanya bapak aku yang boleh bercakap dengan orang luar. Kami semua boleh bercerita tetapi memang sentiasa dipantau untuk megelakan rahsia kepincangan terbongkar.

Cuma sekarang yang menjadi kerisauan aku, nenek aku selalu sakit teruk dan boleh dikatakan hampir meninggal dunia. Bukan aku meminta begitu, tapi aku tak tahu nak tulis ayat yang sesuai. Mak aku lagilah dalam tekanan sebab kalau nenek aku meninggal, emas semua tu akan jadi barang pusaka dan adik beradik mak aku akan menuntutnya sedangkan emas semuanya ada di pajak gadai. Yang buat aku bengang sebenarnya, bapak aku mempunyai harta yang sangat banyak. Tapi dia terlampau kedekut untuk melaburkan duit dan hartanya untuk family. Sekarang sudah menjadi tanggungjawab aku dua beradik yang dah bekerja berhempas pulas menyara keluarga disamping membayar segala hutang dan menebus emas. Ketika musim perayaan, ramai yang mengusik aku bertanya bila nak kahwin la apa la. Aku Cuma mampu senyum. Tanggugjawab aku besar. Doakan aku guys. Doakan bapak aku lembut hati.

By the way, ada ke orang yang sanggup terima aku yang memikul tanggugjawab besar ni? Tanya jer.

– Ms Stone

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *