Aku Selfish

Adui sedih lah min. Takde auto save draft eh? Penat aku taip panjang-panjang tadi. Sekali terswipe semua hilang. Malaslah nak taip balik.

Mungkin Allah tak nak bagi aku confess kat sini kot. Buka aib sendiri je. Kena kecam je. Netizen bukan boleh percaya. Kadang tolong, kadang judge, kadang ignore. Hahaha.

Dah la. Long story short. Aku isteri dan mak yang derhaka. Setiap hari penuh baran. Marah yang tak sudah. Aku marah anak, suami marah aku sebab marah anak.

Dan aku tulis confession ni sebab marah suami la. Pastu nak aku buat apa? Diam? Makan hati? Sedih tak boleh, penat tak boleh, marah pun tak boleh? Nak aku jadi robot? Nak anak besar kepala?

Aku bukan nak anak takut. Tapi aku nak anak hormat. Ke anak tak hormat bila mak marah? Macam tak lut dah pun sekarang. Menganjing aku lagi. Benci juga lah.

Adab mana adab. Hidup ni kalau nak pergi jauh kena ada adab. Kalau bukan aku yang nak ajar anak aku siapa lagi kan.

Berita tentang anak bunuh mak sangat menggganggu jiwa aku. Ujian anak sungguh membebankan. Tanggungjawab yang berat.

Anak buat salah, selalu mak yang dipersalahkan sebab tak pandai didik kan? Aku takut. Sungguh aku takut

Suami aku cakap anak tu kecik lagi. Bagi aku melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Kalau tak tegur daripada kecik, takut bila besar makin menjadi-jadi. Makin keras kepala.

Aku tak nak anak aku ni terlalu manja dan tak reti berdikari.

Suami aku kata aku ni asyik marah benda kecik. Ye lah. Benda tu yang buat aku trigger. Tantrum yang tak sudah. Buat perangai. Conteng dinding, pecahkan lego aku, koyak buku aku.

Anak aku sengaja buat aku marah. Dia punya nangis tu aku bingit sungguh. Nyaring. Daripada baby sampai dah sekolah tak berhenti nangis. Mengada!

Nak air kena sejuk, makan tak boleh pedas sikit, nangis. Biskut patah, nangis. Pintu kereta takleh buka, nangis. Tak kena sikit dengan kehendak dia, nangis. Too emotionally sensitive ke apa aku tak tahu.

Entah la gais. Aku penat, stress, serabut, bosan dah dengan hidup. Penuh dosa. Dengan suami, dengan anak. Dengan Allah, dengan manusia. Rasa hidup tak berkat pun. Sia-sia je umir yang berlalu. Baik mati je aku rasa.

Aku cakap dengan suami aku benda ni. Dia tak faham pun. Tak validate pun apa yang aku rasa. Deny pun ada. Katanya aku ni asyik negatif. Kalau fikir penat dia lagi penat. Ye lah. Baguslah.

Korang boleh tolong validate tak aku, memang salah dan patut ke aku rasa macam ni? Benci hidup, benci diri aku yang tak reti apa ni,

Aku sayang anak-anak aku. Aku yang mengandung, melahirkan dan menyusukan full 2 tahun direct feeding. Mungkin aku penat sangat. Kadang rasa geram dan benci.

Aku tak nak hidup untuk mereka sahaja, sebab aku selfish. Tapi aku rasa tak boleh bayang hidup tanpa mereka, walaupun banyak kali aku rasa nak lari rumah. Diorang boleh survive je tanpa aku. Mungkin aku ni tak boleh survive tanpa mereka

Suami dan anak-anak yang Allah pilihkan dan tentukan. I don’t deserve them.

Patutnya suami aku dapat isteri yang lebih baik lagi. Yang tak merungut, yang sentiasa bersyukur, yang pandai masak, yang selalu sabar layan kerenah anak. Bukan macam aku ni.

Anak aku pun patut dapat mak yang penyayang. Bukan aku yang abusive dan aggresive ni.

Doakan aku. Lawan nafsu ammarah aku ni. Jiwa yang sakit. Minda yang gila. Nafsu yang baran.

Aku selfish yang selfless. Aku rela aku tiada dan mereka bahagia. Daripada aku ada tapi mereka menderita. Segala yang aku sayang pergi. Segala yang aku sentuh musnah.

Aku takut dengan diri aku sendiri. Benci dan jijik.

– Selfish (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. kau jgn lah serius sgt.. kau mula dgn diri kau dulu kak.. ko baran marah2, budak2 pun guna la tone yg sama..
    1. dont give a fuck, dh perangai laki ko xpaham bahasa.. ko buat xtau je(expect the worse)
    2. cakap elok2 dgn anak ko, dia pun dh sekolah, dh sah2 blh berkomunikasi.. u sedih? u hungry? u annoyyed? let mommy help, or tell mommy nicely
    3. if u keep doing this, baran2.. esok tua, anak u mungkin akan jd org yg jahat dgn u, tp dgn org lain dia layan ok je.. choose yr battle.. starts now.. nk ke tua2 anak maki.. kang anak kata ‘alah, mommy dulu kerja marah2 je’
    4. u syg anak you, “did you?”
    5. be fucking nice even to yr kids.. let see what will happen next.. makin teruk ke makin elok?

  2. Try jumps psychiatrist dan cerita masalah awk..mental health penting..adik saya macam ni dan doktor detect dia ada depression..jgn diam…dan terus2an marah..help urself..talk to others that u feel secure and trust

  3. Salam Puan Selfish,
    Sebenarnya dari cerita awak ni, nampak mcm awak burnt out. You are a burnt out mother. Burnt out mom mmg byk resentment. Sebab dia penat emosi, mental dan fizikal.
    Cuba u take some time off from your kids and husband. Pergi healing sorang2 jap.
    Healing tak semestinya kena pergi bercuti or pergi jauh2, cuma nak bagi u ada me time je, pergi your favourite cafe sorang2, pergi spa ke, pergi shopping ke?
    Take a deep breath, reflect diri, enjoy your own-me-time.
    Bila dah relax, dah tenang, balik rumah, pasakkan dlm hati yang you are a good mom. Cuba perlahan2 untuk cakap lembut tapi tegas to anak2.
    Budak2 ni, kadang dia tantrum bukan sebab dia mmg nak sakitkan hati kita, tapi sebab dia belum pandai regulate emotion dia. Dia hanya tahu nangis je, sebab nangis tu mmg default Allah bagi dari baby.
    Semoga Allah permudahkan urusan Puan untuk menguruskan keluarga dan semoga Puan dapat jadi ibu , isteri dan anak yang solehah.
    InsyaAllah Puan akan ok nnti. Ingat, bila penat, berehat!

  4. salam kak. aku rasa, anak ko ni dia selalu nangis tu sebab dia nak buat something untuk tarik perhatian ko ke dia. dia selalu nangis benda kecik gitu sebab dia nak show something kat ko. budak2 ni depa xtau mcm mana cara yg betul nak luah. kita sebagai parent ni kena tunjuk dan ajar depa. kak, ko kena start cakap lembut2 dgn anak2 ko. setiap kali ada salah, ko kena cakap elok2 dgn dia. explain kat dia dgn cara yg bertul. explain mcm ko explain kat adult lain. nampak mcm dia xfaham tp sebnarnnya lama2 dia mmg akan masuk dlm ingatan dia. ko kena explain kat dia dgn nada yg paling lembut contoh, “ya syg, kenapa ni nangis2? nak apa? apa yg yg kena syg? cuba cakap kat mak. kalau nangis2 gini mak x faham. cuba cakap apa yg syg nak. mak xfaham ni. syg kena cakap apa syg nak kalau x org xkan tau apa syg nak.” benda ni kena consistent. xboleh buat hari ni esok nak tengok result. aku doakan ko tabah kak. takdir kita ni lain2. bukan senang nak masuk syurga ya kak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *