Assalammualaikum admin dan readers.
Straight to the point ya. Nama aku ana. Aku dah berkahwin tahun ni masuk 3 tahun. Perkahwinan kami masih tiada anak.
Dan setahun yang lepas, sehari sebelum birthday aku, aku dapat tau suami aku gay, cuma beliau belum sampai tahap melakukan seks sejenis, itu katanya. Dan dalam masa setahun ni, kami struggle especially aku untuk terima kenyataan. Dan dalam setahun ni juga aku struggle tuk beri beliau zuriat dengan harapan mungkin hikmahnya beliau boleh berubah. Struggle di sini maksudnya suami aku takda nafsu. Nafkah zahir aku takda masalah. Nafkah batin. Batin di sini bukan bermaksud setakat seks, malah layanan yang normal dn wanita tu kurang. Aku sangat struggle nak dapatkan zuriat. Yes, selalunya untuk melakukan hubungan intim, aku yang minta, dan mulakan. Kadang2 dapat, kdg2 tidak. Dan suami aku seperti biasa aku nampak beliau cuba tapi beliau seperti tiada perasaaan dan nafsu.
Semalam, kami ada bertengkar. Dan masa tu aku biarkan beliau meluahkan apa yang beliau rasakan. Ini antara ringkasnya apa yang beliau luahkan sehingga hampir 2 jam tanpa aku mencelah. Beliau merasakan beliau tidak mampu beri aku zuriat kerana keadaan beliau. Beliau sangat kasihani aku setiap kali aku struggle untuk minta beliau hubungan intim.
Beliau rasa aku boleh dapatkan zuriat dan lebih bahagia dengan orang lain dan beliau tahu aku mampu jadi ibu yang baik. Beliau kasihani aku kerana banyak masa aku sia2 bersama beliau. Aku berhenti belajar di peringkat sarjana ku kerana mengikut beliau berhijrah keluar negara, aku bazirkan masa aku yang aku sepatutnya boleh bekerja, dapat gaji yang lebih tinggi daripada apa yang beliau boleh bagi sekarang dan bebas tidak terkurung hari2 menunggu beliau balik kerja. Beliau sanggup lepaskan aku dan beritahu keluarga kami hal sebenar. Beliau tidak mampu beri jaminan apa2 sampai bila beliau akan berubah.
Aku hanya mampu menangis. Aku tak tahu nak cakap apa. Yes, the struggle is real. Dan its not easy bila suami adalah gay dan dikelilingi lelaki2 yang mungkin menjadi kesukaannya. Aku terpaksa makan hati kadang2. Cuma, suami aku seorang yang baik in spite of sifat gay itu. Nafkah zahir, tempat tinggal, makan minum dia sangat2 jaga. Ringan tulang bantu aku kerja rumah walaupun aku ni housewife.
Aku buntu. Untuk berpisah atau stay dengan suami ku. Wallahi, aku amat sayangkan suami ku. Walaupun setelah aku tau tentang itu setahun yang lepas, aku tak pernah berhenti berharap dan berdoa supaya dia normal kembali. Aku cuba bantu dia tapi kadang2 tak tahu macamana nak bantu. Dan dia juga tidak membuka laluan untuk aku bantu. Ya, dia amat2 perahsia. Sehingga keluar ke mana sahaja beliau tidak suka aku tahu mahupun call dia, malah handphone beliau juga diletakkan password supaya aku tidak tahu apa urusan beliau dan apa yang beliau lakukan.
Aku amat perlukan pandangan kalian pembaca yang budiman. Dan juga saranan seperti pusat atau pakar yang boleh merawat golongan gay yang kalian ketahui. Ya, kami ada plan untuk melancong ke indonesia tahun ini dan aku fikir ingin membawa suamiku untuk berubat secara rawatan islam di sana alang2 pergi. Wallahi, Aku tak tahu sampai bila mampu bertahan, melayani stress, kesedihan dan kemarahan yang ada masa turun naik. Aku juga sayangkan suami ku dari hari kami akad lagi. Dan ada hari2 kami bahagia dan ketawa. Allahu. Buat masa ini, aku tidak mampu lagi untuk bercerita dan meminta pandangan keluargaku.
Mohon doakan yang terbaik untuk kami ya. Mohon maaf jika penulisan saya agak bercelaru seperti celarunya fikiran saya hari ini. Hehe.
Assalamualaikum..
– Ana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit