Anak Haram? – https://iiumc.com/forumv2/
Salam.
Harap Admin dapat rahsiakan nama aku. Jujurnya aku bukan warga IIUM, tapi aku suka baca confessions yang ada dalam page ni. Ada yang boleh di ambil iktibar dan ada yang leh jadi bahan ketawa (oops). Aku baru je terbaca tentang post "Anak Haram". Jadi terpanggil untuk aku post tentang isu yang sama. Dan harap jangan di judgekan pada aku ye. Sebab aku dan kau, kita sama-sama bukan Tuhan. :)
Sebelum apa-apa, aku cerita sikit pasal aku. Aku seorang perempuan, berumur 32 tahun. Masih bujang dan masih mencari dan status aku, sama seperti B – Anak Haram. Bezanya aku di bintikan pada bapa angkat aku (zaman dulu2 mungkin orang agak jahil. Jadi dibintikan atas nama mereka).
Boleh dikatakan zaman kanak-kanak aku agak sadis. Aku stress dari kecil, makcik-pakcik aku (sebelah keluarga angkat aku) selalu berkata yang bukan-bukan. Aku pernah berjumpa ibu kandung aku pada umur 9 tahun dan ibu aku pada masa itu merupakan penagih dadah. Aku bertemu dia di penjara. Tapi mungkin sebab masih kecil. Aku tak mengerti apa-apa.
Mungkin kerana itu Allah kurniakan aku akal yang bijak. Aku berjaya dalam pelajaran walaupun macam-macam dugaan. Di kurniakan pekerjaan yang bagus. Alhamdulillah..rezeki murah. Tapi yang menakutkan aku, adalah perkahwinan. Adakah bakal suami aku dan keluarganya dapat menerima aku? Aku pernah bertunang sekali selepas habis belajar dan aku ceritakan semuanya – aku anak luar nikah. Mungkin aku silap di situ. Di mana selepas kami putus, ibunya menghantar SMS pada aku 'xx itu adalah anak aku, tak seperti kamu yang tak tahu asal keturunan!;. Masa tu, luluhnya hati aku, hanya Allah yang tahu. Salah kah aku lahir ke dunia sebagai anak luar nikah? Aku ke yang minta jadi macam ni?
Sampai sekarang perkara tu menghantui aku. Aku takut nak kahwin. Aku takut lelaki itu atau keluarganya akan mengungkit walaupun mungkin asalnya boleh menerima aku dan keluarga aku (adik-beradik aku semua anak angkat). Tapi hati manusia berbolak balik, kan? Tak mustahil..dan buat masa ini aku takut nak ambil risiko. Atau untuk senangkan hati aku, Allah belum temukan jodoh aku lagi yang boleh menerima aku seadanya aku walaupun umur sudah cecah 32 tahun.
Jadi..apa yang aku katakan. Sakit, memang sakit. Walaupun aku tak pernah tunjuk, tapi segalanya memang sakit. Aku move on, tapi hakikatnya cop 'Anak Luar Nikah' selamanya aku bawa. Tambahan lagi aku perempuan. Nak kahwin perlu berwali hakim, perlu cerita kenapa ayah yang nama aku dibintikan tidak boleh mewalikan aku.
Tapi..aku percaya. Satu hari Allah akan bagi hadiah yang tak ternilai untuk aku. Cuma aku kena sabar. Cemburu? Memang ada rasa cemburu dengan orang yang dah berkahwin. Tapi aku kena yakin, kalaupun tidak ada jodoh aku di dunia..Allah akan beri yang di syurga. Cuma aku kenalah jadi yang terbaik dan berusaha untuk jadi calon syurga. Dan sekarang, aku sendiri. Aku belajar berdikari. Tidak bergantung harap pada lelaki, walaupun kadang-kadang hati dan iman goyah tengok cerita cinta dekat tv, tapi kena kuat. Sebab aku takut. Aku takut nak ambil risiko.. Dan sekarang aku cuba fokus pada ibu bapa aku. Berbakti pada diorang. Itu yang aku buat sekarang.
Dengan umur macam ni, kadang-kadang ada yang mencebik – anak dara tua. Tak kahwin, takkan tak ada calon. Memilih sangat. Semua kata-kata tu aku telan. Sebab diorang tak tahu, tak tahu kenapa aku sendiri. Lelaki-lelaki yang cuba dekat dengan aku, bila diorang cuba serius, aku tolak sebab aku takut. Dan diorang tak berusaha yakinkan aku..
Entahlah.. ada yang lebih baik Allah janjikan. Itu je yang buat aku bertabah. InsyaAllah..doakan aku :)
– Ida