Kita Boleh Berubah

Bismillah, Assalamualaikum.

Saya ada baca tentang confession ‘Aku Juga Sakit’ oleh Ain. Jujurnya saya juga pernah pleasing myself waktu zaman sekolah tanpa sedar atau tahu bahawa benda tu salah.

Bagi diri saya, ia bermula dengan menonton tv, bukan video lucah. tapi drama, ada certain part yang agak ke arah lucah. jadi kadang2 jadi terbuat perbuatan tu, tanpa tahu pun bahawa ia menyalahi.

Meningkat dewasa, lama lama saya sedar sendiri benda tu salah, dan saya benci bila bersendirian dan ter buat ia. Biasanya terjadi bila saya tonton adegan drama yang acah romantik, atau yang sewaktu dengannya. Saya cuba kurangkan mana termampu tapi kadang kadang terjadi jugak.

Tahun lepas, saya terjebak dengan satu online Apps, berkenalan dengan lelaki lelaki asing. Melalui phone call kadang kadang. Tak pernah jumpa, dan saya tak pernah tunjuk muka pun walau berkali kali dipujuk untuk buat video call. Saya tak berani, sebab saya tak pernah ada kawan baik lelaki sebelumnya.

Cuma di situ, saya rasa seronok chit chat dengan mereka. Topik yang kami bualkan bukan topik lucah, tapi aneh juga, terkadang saya rasa ada getaran halus yang trigger untuk rasa seronok je dengan perbualan santai begitu.

Saya berkenalan dengan agak ramai kawan, melalui alam maya tu, sampai saat saya sedar bahawa most of my time habis kat situ je. Saya masih student, jadi banyak assignments agak dragged dan buat last minutes sebab saya banyak bertangguh.

Saya start rasa bersalah bila ada seorang kawan lelaki ni, saya namakan dia A, dia kawan yang baik, dia luahkan perasaan dalam satu phone call. “I have feeling for you, ” katanya. Saya terdiam tak tahu nak respons apa. yang peliknya, kami saling tak mengenal muka pun, dan kalau nak teruskan perhubungan tu, memang susah nak bawa ke jinjang pelamin sebab dia bukan Malaysian.

Jadi dia decide untuk berhenti berhubung sebelum perasaan tu pergi lebih jauh. Saya ok je, tapi dalam hati agak rasa sakit, taktau kenapa. Tapi sekejap je lah, sebab memang tak bercinta, cuma saya rasa bersalah je pada dia.

Lepas perisitiwa tu, saya mula kurangkan sikit demi sikit chatting dengan strangers. Saya mula delete delete dan block mereka yang tak perlu untuk chitchat. Saya rasa lebih aman. Tak perlu lagi bangun tidur terus check phone bagai.

Saya berada dalam habit tu dalam tempoh agak lama, lebih kurang 4 atau 5 bulan, dan nak ubah memang susah.

Saya taknak ia jadi darah daging atau normalisasi jadi, saya tahu saya mesti ubah. Saya nak kembali pada diri saya yang sebelumnya. Saya nak fokus pada pelajaran.

Rupanya bila ada hasrat nak berubah, tak lah sesusah yang dijangka. Saya masih ingat apa yang A cakap , “find someone else, ” No, bagi saya kalau saya cari orang lain, masalah tak selesai pun, instead, better untuk saya “find Allah in every actions, “. Cari Allah untuk hilangkan sunyi, bukan cari manusia untuk nikmat sementara.

Saya nak berubah. sebab, saya sedar diri saya sekarang mencorak saya di masadepan. Saya taknak terus berlumuran dengan dosa sampai saya tak rasa ia nya dosa lagi. (Normalisasi)

Tak ada istilah terlambat nak berubah. Cuma, bila ada hasrat, jangan bertangguh. Buat, walaupun perlahan lahan. Sikit sikit.

Alhamdulillah sekarang saya dah tinggalkan o****, dan no more phone call dengan mana mana lelaki. Bila difikirkan, benda tu memang seronok dan ruang memang terbuka kalau nak buat tapi tak apalah, kata orang mujahadah tu pahit, istiqamah tu payah. Saya pilih jalan yang payah ni. ia lebih dekat dengan ketenangan.

Tapi sebagai manusia normal, saya tak nafi, kadang2 saya rasa sunyi dan nak kembali buat benda benda tu. Back and forth. Tapi tu akan buat saya terjebak balik.

Antara perkara yang saya buat untuk nak hilangkan sunyi tu, saya sibukkan diri dengan membaca, buku buku ilmiah atau genre motivasi. #MalaysiaMembaca.

Saya buat target buku yang saya perlu khatam setiap bulan. Saya menulis di blog. Tulisan tulisan santai catatan pengalaman. Saya baca isu politik sikit2 walaupun tak minat. dan saya bahagia dengan pilihan yang saya pilih ni.

Rupanya membaca ni sangat best. (bukan bacaan yang ke arah lucah ye) . Saya dapat banyak perkara baru melalui pembacaan. Memang di awalnya saya paksa diri untuk habiskan bacaan, tapi lama kelamaan saya rasa seronok.

Saya rasa, untuk apa berkawan dengan ramai lelaki, kalau di akhirnya saya akan kahwin dengan seorang je. Jadi waktu lapang yang ada, elok diluangkan untuk perkara berfaedah.

Jadi yang saya nak highlight disini untuk sesiapa yang pernah terjebak, kita boleh berubah. insha Allah. mulakan dengan Niat nak berhenti, dan teruskan dengan pelaksanaan. kalau phone penyebabnya, jauhi atau kurangkan waktu dengan phone.

Takde istilah terlambat walau berapapun umur kita. orang yang bertaubat nasuha, Allah tak akan pandang dah dosa2 dia yang lalu. cuba untuk konsisten dalam kebaikan.

Kalau rasa betul2 tak mampu nak kawal nafsu, doa lah, moga dimudahkan urusan jodoh. Semoga Allah bantu saya dan kalian untuk jadi lebih baik. In shaa Allah.

– Ahla

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *