Assalamualaikum, hi. Aku Lisa. Tujuan aku menulis kat sini, nak mintak pandangan dan cadangan tentang masalah yang bagi aku agak mengganggu kehidupan seharian, dark eye circle.
Kadang2, aku tak rasa mengantuk atau penat, dark circle tetap ada. Jadi, orang akan ingat aku ni tengah letih dan sebagainya. Kalau aku betul2 mengantuk, bayangkan la, akan jadi dua kali ganda teruk. Kalau boleh, aku taknak pun makeup hari2. Tapi disebabkan dark circle, aku kena makeup hari2. Ya. Kalau aku tak conceal, orang akan takut tengok. Sebab terlalu lebam, hitam. Sedangkan aku berkulit putih cerah. Kalau aku conceal betul2 kat area dark circle tu je, nanti akan nampak pelik dan kelabu kat bahagian bawah mata sahaja. Sumpah tak kena. Jadi untuk nampak normal, aku kena pakai foundation utk seluruh muka. Sebab nak bagi sekata tone foundation tu. Padahal, kulit aku bukan jenis yg ada banyak masalah, jerawat pun sgt kurang. Kadang2 kalau tak cukup conceal, dark circle ni akan tetap kelihatan. Dan orang akan tanya, “kenapa mata mcm kena tumbuk”. Dorang belum tengok lagi the real condition. Yang dah disamarkan pun dorang dok heran, haha. Entahlah, mungkin orang anggap benda tu kelakar dan remeh, tapi bagi aku hmmmm….. sanggat menggangu prestasi seharian aku.
Pergi kelas walau sekejap, aku kena makeup. Nak pergi beli makanan sekejap, aku kena makeup. Pendek kata, pergi mana2 pun aku kena makeup la. Kalaulah aku boleh makeup tiap2 hari time cuti duduk rumah, aku sanggup. Tapi nanti orang fikir aku pelik dan tah pape pulak kan. Kadang2 aku sendiri rasa benci tengok muka aku kat cermin. Kalau orang lain runsing fikirkan jerawat, aku runsing fikirkan dark circle aku. Aku sangat insecure dengan diri aku. Nak pakai tudung2 color nude, color pastel pun tak sesuai. Muka aku akan jadi suram. Sbb apa? Sbb dark circle ni buat muka aku pucat.
Pernah zmn sekolah dulu, classmate lelaki aku datang rumah aku secara mengejut untuk hantar satu dokumen penting ni. Aku sangat terkejut dan tak bersedia nak keluar rmh dlm keadaan muka sembab mcm tu. Aku taknak keluar dlm keadaan pucat dan lebam mcm ni. Dia akan terkejut tengok rupa sebenar aku waktu tu. Sebab selama ni setiap kali pergi sekolah, aku akan conceal dark circle aku yang teruk tu. Ya, tak kisah korang nak cakap aku fake ke apa ke. Tapi aku mmg seriously tak sanggup paparkan dark circle aku kat khalayak umum bila jejak kaki luar dr rumah. Ok sambung pada cerita classmate lelaki aku tu tadi. So time tu, aku pakai bedak compact ala kadar bawah mata, sebab nak cepat. Taknak classmate aku tadi tertunggu2. Dia datang dengan beberapa orang classmate lelaki yang lain. Aku pun keluar, untuk ambik dokumen tu. Lepas ambik je dokumen tu, classmate aku tu terus blah dengan yang lain2. Tanpa cakap apa2.
Tak lama lepas tu, dia hantar pesanan ringkas melalui facebook. Mesej fb la kiranya. Dia maki2 aku. Sbb aku lambat keluar rumah. Dia panggil aku anak hara* dan bab* sbb buat dia tertunggu2 lama. Maaf, aku tahu aku salah sbb lambat, tp aku tak mintak jadi mcm ni. Aku betul2 tak sengaja. Bukan sahaja makian aku dapat, dia jugak turut hina aku time tu. Dia pertikai kenapa muka aku pucat. Dia cakap muka aku kalah orang yang baru lepas bersalin anak kembar. Kecik sgt hati aku masa tu.
Dekat sekolah jugak, aku selalu kena kecam dengan student2 lain dan cikgu2. Sbb dorang cakap aku pakai foundation tebal. Tp sebenarnya aku nak tutup dark circle aku je. Skrg time dah masuk belajar kat universiti ni, dah tak ada la kecaman. Sbb ramai je pun pergi kelas pakai makeup yang lebih tebal. So makeup2 ni mcm tak pelik dah la kan.
Orang yang baru kenal aku, mcm lelaki yang first date dengan aku, atau roommate yang baru masuk, mesti akan terkejut tengok aku. Contohnya, setiap kali aku jumpa dengan mana2 lelaki buat kali pertama, dorang akan tanya, kenapa mata aku mcm ni. Aku cuma cakap aku tak cukup tidur je la. Ada sekali tu aku dapat roommate baru tau. Masa aku tengah makeup, kemain dia puji aku cantik. Aku mmg tak sedap hati nak cuci makeup time tu. Lagi2 dia dok sebelah aku masa aku nak cuci tu. Dia perhati je aku time nak cuci makeup. Sekali aku cuci, dia buat muka terperanjat. Muka dia mmg serious mcm terkejut. Aku dah dpt agak akan reaksi yang bakal aku terima tu. Tapi aku tak sangka dia sampai tanya aku, “Muka lisa serius dah cantik, tak ada problem, tapi dark circle lisa betul2 teruk, serius cakap. Kesian lisa”. Aku punya tahap insecure, kalau delivery boy mcd nak hantar makanan pun, aku sanggup tau makeup2 sikit utk tutup dark circle aku ni. Walaupun aku tak kenal delivery boy tu. Entahlah, aku betul2 malu dengan flaw aku yang ni. Bukan lebam yang biasa. Tp yg hitam legam. Lagi sekali aku tekankan, kulit aku putih cerah. So of course, dark circle ni akan obvious.
Punca dark circle aku terjadi? Mungkin sebab dulu aku ada resdung yang teruk. Mungkin sbb alahan. Alahan terhadap seafood dan habuk dari aku darjah 4 sampailah sekarang umur 23 aku masih ada. Cuma resdung dah tak ada. Aku jugak ada masalah insomnia sejak tingkatan 1. Mungkin ni jugak antara puncanya. Kalau nak cakap sebab genetik, aku tak rasa mcm tu. Sebab family dan sanak saudara aku tak ada yang alami masalah dark circle yang teruk. Aku ni sampai malu nak balik kampung kalau kena tidur kat sana, sbb segan nak remove makeup. Nanti orang tahu dark circle aku teruk. Haha. Tak kisah korang nak cakap aku ni terlalu beria2 terhadap perkara remeh. Org yg mengalami je yg tahu mcm mana rendahnya keyakinan diri kalau ada masalah ni.
Cara2 tradional mcm letak timun, uncang teh, sudu sejuk kat mata tu serius aku dah cuba. Dan tak berhasil langsung untuk masalah dark circle aku. Mungkin dah tahap terlalu teruk. So aku nak mintak pandangan dan cadangan korang, (bukan petua tradisional), treatment apa yang aku boleh buat ya untuk atasi masalah ni? Kalau tak dpt hilangkan 100%, dapat kurangkan pun jadi la. Sebab kalau aku ada dark circle pada tahap yang normal, aku tak kisah sgt. Ni tahap orang terkejut kalau aku remove makeup bahagian under eye aku. Kalau ada keberangkalian untuk masalah ni dpt disembuhkan pun, aku sgt bersyukur. Rawatan laser boleh ke dilakukan? Dan berapa kos? Sebab aku masih student, takut tak tertanggung pulak. Apa2 pun, kalau ada yang pernah mengalami macam aku ni, please lah bagi tips. Mungkin tips dr segi mengawal keadaan dan sebagainya. Sbb aku sangat terbeban. Kalau ada mana2 doctor pakar mata yang terbaca pun, harap boleh berikan pendapat. Aku sangat hargai. Terima kasih. Assalamualaikum.
– Alisa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit