Timezone

Assalamualaikum. Taknak meleret panjang lebar. Straight to my story. Bukan nak meratap nasib. Cuma nak meluah rasa sedih yang terpendam since 6 tahun yang lalu. Kisah sedih yang berulang-ulang sehingga kini..

Selepas SPM..
Aku seronok selepas penat lelah usaha dapat keputusan yang baik untuk SPM. Walaupun bukan straight A macam bebudak genius tu, tapi cukup bagi aku untuk turut sama terima anugerah pelajar cemerlang dekat sekolah. Lepastu confirm excited nak mohon UPU, dah target dalam otak mana nak mintak. Dah terbayang dah pun life dekat universiti, dah bayang masa depan punya cerah. Lepas mohon setiap hari berharap akan dipilih ke tempat yang baik. Mudah-mudahan.. Sambil itu aku buat part-time kerja tukang cuci pinggan. Jadilah dari takde kerja.

Keputusan keluar selepas beberapa bulan..
Jantung berdebar nak buka keputusan UPU. Loading pulak tu, lagilah nervous. Aku tekup tangan dekat screen. Sikit demi sikit aku alihkan tangan nak tengok result. Hampa…

Aku tak diterima oleh mana-mana universiti. Mata jadi berkaca. Sebak yang tak dapat diungkap dengan kata-kata. Usaha penat lelah aku jadi sia-sia. Mana silapnya aku? Kenapa aku tak layak? Aku cuba redha
and mohon rayuan pula. Lepas rayuan aku cuma diterima di Politeknik Metro. Masa tu baru lagi poli ni so aku tak boleh terima langsung. Kawan-kawan semua share diorang dapat Matrik (aku tak apply sebab tau tak pandai sangat) and Asasi and universiti yang best. Tapi aku? Course yang aku nak jauh sekali dapat apatah lagi cita-cita aku. Slowly aku nampak future hidup aku yang aku selalu bayangkan tu hilang.. jauh.. Aku give up! Kecewa!

Few weeks after..
Entah kenapa hati aku tiba-tiba tergerak nak call Jabatan Pengajian Tinggi time aku tengah sibuk kerja. Mungkin hati hari-hari membuak nak sambung belajar. Taknak kerja dah. Plus kawan-kawan pun semua dah sambung study. Aku dapat Form 6 tapi kena lempar aliran science. Subjek aku paling tak pandai. Datang rezeki dapat cakap dengan pegawai jabatan. Aku cakap terus aku nak mohon tukar. Aku taknak poli metro tu. Dahla course aku tak suka. Jauh pulak tu dari family. Aku bukan demand tapi aku fikir kesian makpak aku kena hantar jejauh masuk tempat yang aku tak rela langsung nak pergi. Family aku bukan orang senang. Nak pergi sana makan belanja besar.

Pegawai tu check result SPM aku. Dia tanya “Kenapa kamu tak dapat masuk U?” On spot dia tanya nak course apa tapi politeknik biasa jela dia dapat bagi tukar. Suara dia aku dengar macam tersekat-sekat. Macam orang bersalah. Aku pun tak plan apa main mintak je course yang senang dapat kerja and tempat yang tak jauh dari family. Tak sangka time tu jugak dia suruh decide. Adakah aku calon yang dilepas pandang? Sebak sangat time tu..

After Diploma..
3 tahun aku study hard untuk dapatkan result yang baik. Alhamdulillah every sem dapat pointer tinggi, dapat anugerah dekan. Allah permudahkan.. Lepas grad aku dapat kerja taraf sambilan sampai sekarang. Tiada EPF or SOCSO. 2 tahun lebih aku dekat sini. Macam-macam kerja aku apply tapi semua tak lepas. Ada few interviews aku pergi tapi aku takde transport nak hidup sendiri. Aku tanggung family. Bukan kekwat tak terima offer job apatah lagi memilih job. Cuma gaji tak setimpal. Mana aku nak bagi family lagi mana aku nak bayar rumah sewa lagi. 3 tahun aku masih takde kerja stabil, sedangkan kawan-kawan aku semua dah happy dengan life masing-masing.

Ada yang tak sambung study pun tapi rezeki dia sekarang siap mampu pakai kereta mahal. Aku ni nak mintak loan kereta pun taktau nak start dari mana. Orang takde slip gaji la katakan.. 3 tahun aku struggle study untuk dapat kerja yang bagus tapi semua tak pandang aku. Kawan-kawan aku yang enjoy time study and tak kisah sangat dengan result diorang banyak yang aku tengok kerja bagus. Mungkin ada kebaikan diorang yang Allah pandang tinggi tu sebab diorang berhak dapat nikmat tu. Aku ajar diri untuk tak buruk sangka dengan orang, tak iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin belum rezeki. Aku taktahu bila Allah nak bagi perfect time untuk aku dapat rasa nikmatnya hasil kejayaan aku struggle dari dulu. Ada yang kata aku malas, tak berani merantau. Diorang takde dalam situasi aku so they never know. Aku masih tak ada apa-apa yang berbaloi untuk aku banggakan untuk diri sendiri. Usia aku hampir 24 tahun tapi aku rasa beberapa tahun yang aku lalui ni sia-sia. Aku tak happy dengan kerja aku sekarang. Tapi aku bersyukur Allah masih beri nikmat kesihatan dan cukupkan keperluan aku. Cuma kadang kadang aku tertekan dengan cakap orang sampai aku tersedar aku persoalkan nikmat yang Dia dah banyak sangat bagi dekat aku.

Timezone semua orang tak sama. Mungkin Allah nak aku bagi effort lebih untuk rasa nikmatnya berjaya dalam hidup. Aku selalu doa untuk dapatkan kerja and life yang better dari sekarang. Doakan aku okay gais.

– Kuntum

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *