Anak-anak zaman sekarang – 8:35 AM

Anak-anak zaman sekarang – https://iiumc.com/forumv2/

Terbaca kat sini pasal abang yg dah 30an tapi masih pakai duit mak ayah untuk bisnes yg sentiasa defisit. Haishh inilah orang-orang muda zaman sekarang.

Dulu-dulu datuk nenek kita orang susah, kebanyakannya tak berpelajaran, mak ayah kita membesar sedar diri, pandai-pandai la hidup especially bila dah berkeluarga sendiri… Zaman sekarang, kebanyakan mak ayah kita dah berpelajaran, kerja ofis, samada masih kerja, ada pencen atau simpanan…. Budak-budak muda sekarang take for granted, dok mengikikis duit mak bapak walaupun umur dah meningkat, walaupun dah habis universiti, walaupun dah kahwin beranak-pinak. Sikit-sikit mintak duit mak bapak….

Aku ada adik beradik yg ramai…. Baik yg dah lebih 30an, yg single, yg baru anak sorang, yg kahwin beranak setiap tahun, semua asyik meminta duit dari mak aku. Yang jenis anak-anak sekolah private, jenis kereta besar 2-3 biji rumah 2-3 buah pun masih dok minta pinjam duit kat mak aku.

Dulu aku kerja, aku memang sentiasa bagi duit kat mak bapak aku, biarlah aku tak cukup duit pun, aku mesti hantar dulu kat mak bapak aku… Alhamdulillah rezeki aku, suami bisnes dan kami sangat murah rezeki. So aku memang hantar duit kat mak bapak aku beberapa ribu jugak setiap bulan. Tapi itulah masalahnya, adik-beradik aku yg lain semua senang-senang minta duit dari mak aku… aku geram, tapi aku cuba sabar dan cuba bersyukur sebab aku tahu nasib aku yg lebih baik. Tapi seperti yg aku kata, mereka bukanlah miskin TAPI lifestyle mereka yg mahal, yg akhirnya mintak duit dari mak aku…

Abang aku tu, bijak pandai berkelulusan tinggi luar negara. Umur dah mid-30, dah beberapa tahun menganggur. Cari kerja pun tak. Mak aku yg tanggung makan minum tidur dia, siap dengan duit belanja macam budak sekolah tu. Dia dapat beberapa offer kerja, tapi taknak kerja. Suka hidup yg free agaknya, tak payah bangun pagi pergi kerja, tak payah kena marah boss, tak payah penat lelah… Takpe, mak bapak boleh tanggung. Haishhh kenapa lah anak muda zaman sekarang macamni. Tak paham betul aku. Aku lagi pandang tinggi dengan Bangla yg kerja tungkus lumus untuk sesuap nasi dari si bijak pandai tapi taknak kerja dan tak tahu malu hari-hari mintak duit belanja kat mak.

Yg jenis menunjuk lifestyle kaya raya pun ada. Bawak keluarga bercuti ke luar negara, pakai kereta mewah, etc. Tapi sebenarnya duit asyik short, mintak mak aku lagi. Dorang ni pulak kalau pinjam bukan bulan depan terus bayar, kekadang setahun sekali baru bayar, tu pun bayar sikit-sikit dulu. Lepas bayar tu, terus nak pinjam lagi… Kenapa ya dengan manusia zaman sekarang ni???

– Adik

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *