Dosa seorang Isteri

Hari ni aku nak kongsikan cerita aku sebagai seorang pendosa yang sering dibelenggu dengan dosa dosa silam. Aku berkenalan dengan suami aku sewaktu umur aku 19 tahun. Pada umur tersebut aku hanya ada dia dan itulah kali pertama aku mengenal erti cinta. Awal bercinta memang indah,sampai aku meletakkan cinta aku No. 1 lebih dari segalanya. 1 hari aku diduga selepas dia menamatkan latihan di Pulapol,dia mempunyai 1 kekasih dalam diam. Sejujurnya perasaan aku sangat kecewa dan kecamuk. Hampir2 aku membunuh diri dan aku hampir gila.

3 Bulan dia membiarkan aku terkapai kapai. Mesej semua jarang2 dibalas. Aku rasa dunia aku gelap. Pada usia 19 tahun,aku student lagi. Tak berfikir panjang. Setiap hari aku makan panadol dan aku hanya mampu tidur 30minit. Bangun daripada tidur,aku akan teringatkan dia bersama perempuan itu. Sampai 1 tahap,aku desak keluarganya untuk aturkan perkahwinan kami. Semasa persiapan kahwin,aku handle sorang2. Indah bila tengok orang lain kahwin cari rantai sama2,cari baju kahwin sama2,tetapi aku tak!Semua aku sendiri. Sampai 1 tahap,sebelum kahwin,aku terserempak dgn 1 laki yg sudi mendengar luahan hati aku. Aku rasa laki itu mungkin lebih baik daripada dia. Tunang aku waktu tu,dia sibuk pertahankan perempuan simpanan dia.

Aku stress bila semua benda aku kena buat sendiri seperti aku kahwin syok sendiri. Sampai 1 tahap aku pernah kena maki dengan dia ‘Perempuan Jalang’. Bila aku suarakan hasrat untuk putus hubungan tunang. Family aku tak setuju dan takut menanggung malu. Nak tak nak,aku terpaksa teruskan perkahwinan. Sampai lah 1 tahap,masa nak kahwin tu. Dia pelik tengok aku pula berubah arah. Dia merayu pada aku supaya aku kembali hati kepada dia. Aku tawar hati untuk teruskan perkahwinan. Namun aku gagal…Aku berkahwin juga demi menutup malu family aku jika perkahwinan terbatal.

2012- Aku kahwin. Bermula daripada itu,episode dosa aku bermula selepas aku mula mengenali ramai lelaki lelaki diluar sana. Waktu aku berkerja di 1 syarikat. Aku mempunyai ramai kenalan2 daripada komuniti2 motorsport. Dalam diam,ada yang mengenali aku lebih rapat. Sampai 1 tahap,aku lebih utamakan melepak di luar bersama2 rakan2 laki daripada aku balik rumah hadap suami aku. Mungkin perasaan sayang dan perasaan bersalah pada waktu tu, dah tak ada. 4 tahun berkahwin, rumah tangga aku terabai. Tiap kali hujung minggu mesti aku akan menghilangkan diri dan dia tak dapat kesan. Kadang2 melepak sampai tak ingat dunia. Kadang2 aku minum arak dan macam2. Baju membelah dada. Skirt sampai atas peha. Itu sudah biasa bagi aku. Solat?tak pernah selama aku kahwin. Sudah lama aku tinggalkan…Ibu ayah?? aku langsung tak balik kampung. Kalau balik. Aku mungkin singgah 1 jam. lepas tu aku pergi melepak. Aku takkan benarkan suami aku singgah ke rumah aku. Agak susah sebab aku tak suka dia menyibuk hal aku atau tahu aktiviti aku.

2016- Allah datangkan aku 1 keinsafan dimana aku terasa dunia aku semakin singkat. Sampai bila aku harus bergelumang dosa? Dengan sedikit keberanian. Aku bertentangan mata dengan suami aku dan mengatekan aku pendosa yang melakukan keburukan yang amat dahsyat sampai dia tak boleh terima dan menjatuhkan Talak Satu di mahkamah. Aku redha dan aku mula mencari Allah. Allah Maha pengampun dan Dia tak pernah tinggalkan saat aku betul2 buntu. Aku tinggalkan seluruh harta yang aku ada. Aku tinggalkan semua apa yang ada di rumah itu. Aku berhenti kerja. Aku kembali ke pangkuan keluarga. Saat itu,kawan2 yang bersama aku bersuka ria. Hilang. Adik beradik semua tak ada nak tolong dari segi kewangan mahupun nasihat. Aku hanya ada Mak ayah. Betul cakap orang. Orang yang tak akan tinggalkan kite dalam ape jua keadaan,adalah mak ayah kite.

2017- Zaman aku berubah dan aku tinggalkan semua kisah duka aku selama 7 tahun. Dosa aku sebagai perempuan yg jahat dan isteri yang jijik akan aku kembali bertaubat kepadamu Ya Allah. Kau ampuni dosa2 aku. Masa aku bercerai. Aku ada RM2000. Pada masa yang sama,mak aku perlukan wang RM 1000 untuk rawat selaput mate dia akibat kencing manis. Aku bagi mak RM 1000. Namun dalam diam mak membeli motor kepada aku. Sedih bila kenang kisah tu. Besar betul jasa mak untuk memberi kebahagian anak dia. Walaupun anak die pendosa. Siang malam aku kerja. Aku berdoa. Aku membaca Al Waqiah setiap hari. Aku mengerjakan solat dhuha Setiap hari. Aku mohon pada Allah. ‘Ya Allah,kau tunjukkan lah aku jalan untuk aku dapat membuka perniagaan’. Allah maha mendengar. Aku dapat membawa masuk barangan import dalam masa 2 bulan selepas bercerai. Serius aku pun tak sangka Allah bagi petunjuk sehingga aku Run bisnes bulan 2/2017. bulan 4/2017. Allah bagi aku rezeki aku beli vios cash hanya dalam tempoh 2 bulan. Alhamdulillah.

Orang yang aku tak lupa adalah mak ayah aku. Pejam celik. Besar betul hikmah aku bercerai. 1 tahun aku berniaga sendiri. Hanya bermodalkan internet. Aku mampu bayar ptptn cash yang selama ni aku tak pernah bayar sebab tak mampu. Aku mampu kahwin kali kedua dengan duit aku sendiri. Total 1 tahun. Aku dapat untung beratus ribu. Mungkin bagi mereka yang kaya, amount itu sedikit. Tapi amat bermakna bagi aku yang bermula dari zero selepas proses perceraian. Terima Kasih Ya Allah bantu hamba mu yang pendosa. Masih ada lagi hitung dosa aku di akhirat sana.

Ya Allah. kau permudahkan hitangan dosa aku di sana. Sesungguhnya aku adalah insan keji lagi hina. Aku bukan isteri yang baik. dan aku bukan anak yang baik. Semoga aku dapat berbakti kepada orang tua aku,setelah lama aku mengabaikan mereka berdua semasa perkahwinan pertama aku. Amin.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *