Salam. Hai. Aku Ana. Jadi utk luahan aku yg pertama kali ni bertajuk “Menjadi Seorang Perempuan”. Mudah je biar senang nak faham. Bukan niat nak mengaibkan sesiapa tapi hanya utk pengajaran dan renungan semua insan yg bergelar perempuan atau wanita.
Aku dulu seorang pelajar di sebuah universiti awam. Dijadikan cerita, dulu aku sama bilik dgn seorang perempuan yg pada zahirnya nampak sempurna. Kalau org lain pandang dia, mmg akan jatuh hati pandang pertama. Kenapa? Sbb zahirnya dia ada rupa, senyumnya manis. Mmg semua ciri perempuan yg lelaki nak, hampir semua ada pada diri dia. Aku gelarkan dia, Ina.
Bagi aku, sebagai orang yg dduk sebilik dgn dia, aku tak sangka Ina yg zahirnya sempurna di mata aku dan org lain, hanyalah seorang insan biasa yg ada kekurangannya. Tapi kekurangannya nembuatkan aku kurang senang dgn Ina sbb dia bagiku kurang dlm kebersihan diri dan persekitarannya.
Menjadi seorang perempuan, bagi aku bukan sekadar perlu menjaga kecantikan muka semata, namun segala aspek yg ada. Muka, badan dan persekitaran. Mmg org lain takkan tahu kebersihan yg tak terzahir, namun sikap kita akan terzahir apabila kita sebilik dgn manusia lain.
Ina bagi aku hampir sempurna. Pandai, cantik, baik. Semua ada. Tapi kebersihan diri mmg aku tak berapa berkenan. Muka Ina bagi aku tiada cela. Tapi bau badannya, Allah saja yg faham betapa aku terseksa. Aku kekadang malu apabila kawan yg lain dtg singgah ke bilik aku, sbb mmg ada bau yg kurang senang itu. Pernah juga aku tertanya sendiri “Takkan dia ni tak bau badan dia mcm mana, kenapa dia boleh buat lek je.” Kekadang satu hari kalau cuti hari minggu, tak mandi langsung pun ada. Keluar makan pun, hanya cuci muka dan gigi. Wahai perempuan yg dduk Malaysia, sedarlah bahawa kita dduk di negara yg agak panas bukannya dduk Korea sejuk tak perlu mandi.
Bab pakaian, Ina ni amat jarang cuci baju dia. Baju kasual, kuliah, semua jenis baju seluar, Ina mmg jarang cuci. Aku tak faham dgn jenis perempuan yg mcm ni. Dia akan pakai minyak wangi sembur banyak2 bila nak keluar bilik, sampai bau baju yg tak cuci tu hilang. Tapi itu jelah rutinnya. Kekadang aku pelik kenapa Ina boleh hidup sebegitu rupa.
Bab kebersihan bilik, sama saja. Bilik kami, hanya aku yg kemas, menyapu dan mop. Aku tidak berani utk bersuara kerana Ina ni tua bbrp tahun drpd aku, maka aku rasa aku tak patut menyuruhnya utk mengemas. Bukannya tidak ikhlas, cuma aku tak terkata bila bilik dah berpasir, rambut gugur bertaburan melambak, Ina masih selesa dgn keadaan sebegitu. Pernah juga aku tak mengemas selama seminggu dua, utk membiarkan Ina mengemasnya, namun aku mengalah akhirnya kerana tak tahan utk hidup dlm bilik seperti itu.
Bagi aku, menjadi seorang perempuan, biarlah tidak ada rupa yg cantik, akal yg cerdik dan badan yg lawa, asalkan pandai jaga kebersihan diri dan persekitaran. Sbb dlm hidup kita bukan hanya ada diri kita, tapi ada org lain hidup sekali dgn kita. Maka, tidak kira lelaki mahupun perempuan, jagalah kebersihan. Maaf sekiranya cerita ini membosankan dan cliche tapi aku dah tak tahan. Sekian. Tutup salam.
– Ana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit