Penderita Vaginismus II

Penderita Vaginismus II

Assalamualaikum. Ini merupakan confession yang kedua selepas : https://iiumc.com/penderita-vaginismus/

Pertamanya saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas respon positif dan doa daripada commenters. Demi Allah, saya benar2 menghargainya.

Saya tahu ramai yang tidak faham apa yang telah saya sampaikan, nampak seperti tulisan saya kabur hujung pangkalnya. Untuk pengetahuan, saya sebenarnya telah pun menjelaskan dengan agak terperinci tentang apa yang dimaksudkan dengan vaginismus,tapi mungkin silap saya kerana ayat yang kurang sesuai untuk bacaan umum, maka sebahagian tulisan asal saya ditapis. Maafkan saya..namun tahniah dan terima kasih juga buat pembaca yang berinisiatif untuk google sendiri apa itu vaginismus.

Saya quote satu daripada komen yang anggap jelas, sesuai dan mudah ditafsirkan :- ‘Penghidap penyakit ini gagal untuk melakukan hubungan kelamin bersama suami kerana ketidaksediaan fizikal. Tindakan refleks terjadi seperti penolakan dan juga kekejangan otot. Maksud mudah, tidak mampu beri kerjasama pada suami’ (kredit Izzara Irene).

(demi pemahaman pembaca, saya mohon admin untuk consider kedua2 perenggan ini. Harap ia tidak keterlaluan pada kacamata admin, memandangkan banyak juga respon yang mengeluh tidak faham. Boleh juga diganti dengan ayat yang lebih sesuai)

Tak pasti sama ada saya silap menggunakan istilah ‘mati putik’ dalam confession sebelumnya. Istilah ini saya pelajari daripada tulisan Dr.Ismail Tambi, salah seorang pakar yang banyak mengulas masalah intimasi antara suami dan isteri, dan beliau lah sumber pertama pengetahuan saya berkenaan vaginismus. Daripada pengalaman dan pembacaan, penderita vaginismus termasuk saya bukanlah tidak berkeinginan. Ada, tapi gagal melakukannya. Sekiranya mahu faham dengan lebih lanjut, bolehlah google atau cari sahaja ‘vaginismus’ di facebook, memang banyak maklumat dipaparkan .

Respon pembaca juga sudah saya agak. Vaginismus nampaknya hampir agak asing daripada pengetahuan umum rakyat Malaysia. Memang ada yang sedia tahu, tapi lebih ramai yang tidak tahu. Masih taboo. Malah mungkin masih ramai yang menggapnya sebagai sihir. Ada usaha daripada petugas perubatan tempatan untuk menerangkan, tapi rasanya tidak begitu meluas. Agak berbeza di Indonesia. Para doctor mahupun penderita sendiri kelihatan lebih terbuka berkongsi masalah ini. Tidak sukar mencari informasi daripada website, blog mahupun fb dari tanah seberang. Salah satunya, boleh lihat perkongsian di fb Dr Robbi Asri Wicaksono. Kalau di barat, sudah tentunya lagi tidak hairan.

Pernah saya mengikuti satu blog warga Indonesia yang berkongsi masalahnya secara kronologi. Doktor yang merawatnya membekalkannya sejenis alat (mengikut saiz tertentu) untuk ‘latihan’. Setelah beberapa kali sessi rawatan, beliau berjaya pulih dari vaginismus dan doctor tersebut siap bertepuk tampar meraikan kesembuhan pesakitnya. Santai bukan?

(Mungkin ada doctor pakar tempatan yang berinisiatif meluaskan ilmu ini di media, barangkali saya terlepas pandang, maafkan saya)

Ada juga pembaca yang respon meminta saya hubungi mereka. Benar, mereka atau kenalan mereka juga seperti saya, menderita masalah ini. Kami bertukar cerita dan maklumat. Saya cuba berkongsi untuk membantu sekadar yang mampu. Ada antaranya sudah pun cuba mendapatkan rawatan tapi belum membuahkan hasil. Mungkin nasib saya agak baik, dikurniakan Allah mampu hamil dan berjumpa dengan pakar yang memahami dan cuba membantu. Sungguh saya bersimpati dengan mereka yang meluah, kerana merasakan tidak mendapat bantuan sepenuhnya apabila cuba mendapatkan rawatan. Dipandang, diceramah seolah-olah terlebih beralasan dalam menunaikan tanggungjawab sebagai isteri. Akhirnya pesakit sendiri tawar hati dan putus asa untuk meneruskan rawatan.(ini sekadar antara perkongsian yang saya terima, saya tidak kata semua doctor begini, mohon para doctor tidak terasa hati).

Niat saya membuat confession tidak lain tidak bukan, hanya untuk membuka mata masyarakat. Buat petugas perubatan juga saya mohon, fahami lah kami, santuni lah kami, bantu lah kami…kami tidak minta diuji begini, kami tidak buat-buat bila kami kata kami kesakitan yang teramat, bila kami adu yang kami tidak mampu..kami perlukan rawatan, kami perlukan sokongan..kalau rawatan fizikal juga membantu selain bantuan psikatri, sarankan lah teknik terbaik buat kami..sesungguhnya kami ingin sekali menjadi normal seperti wanita lain..

Buat penderita lain di luar sana, doa saya bersama kalian. Berusahalah, jangan putus harap. Yakinlah, anda mampu sembuh.

Terima kasih atas kesudian membaca.

– Puan N

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit