Baru Tingkatan 5 Dah Stress

Assalamualaikum and hai semua. Ini merupakan pertama kali aku confess di page IIUM confession ni. ( tu pun kalau dipublish lah ) hehe. Tapi harapnya ya.

Untuk pengetahuan semua, aku adalah pelajar perempuan yang berusia 17 tahun. Kini lagi 58 hari untuk SPM yang akan bermula pada 13/11/2018.

Aku bukan sekadar nak meminta bantuan, tapi jugak meminta cadangan. Mungkin ada golongan2 psychologist dan psychiatrist juga sudi meninggalkan komen. Sebelum aku ceritakan lebih lanjut, baik aku bagi intro.

Dulu, semasa aku tingkatan 1, tahun yang paling buat aku mengalami mental breakdown. Bermula daripada seorang kaksk aq yang ketika itu beza 3 tahun umurnya dari aku. Dia kenal seorang lelaki ni, yang dilihat warak dan alim kerana dia ustaz. Mungkin sebab die ustaz, ibu aku berkenan dan bersungguh2 melayan dia sebagai tetamu kami asbab nak jadikan calon menantu. Itu adalah saat di mana bermulanya cerita aku sering dibelakngkan dan diabaikan. Aku faham konsep ibu aku, seorang yg berat sebelah. Ibu aku tak pernah adil utk setiap satu anak2nya. Dan jujur, smpai sekarang aku kecewa. Terjadi satu peristiwa di mana aku menjadi mangsa fitnah a.k.a tokok tambah cerita orang. Ibu pukul aku guna penyapu. Takada sesiapa yg menghalang.

Kau tau ? Sakit hati aku sampai sekarang, sebab ibu lagi percaya org luar dari anak sendiri dan ibu pukul aku beria2 disebabkan ustaz tu. Kakak, yg jugak ada kat situ, siap tambah perasa, ‘ dia ( si ustaz tu ) dah taknak bercakap dengan iman ( aku )lagi. Kau ni buat malu keluarga jelah. Tak lama kemudian tu, abah datang naik ke bilik aku, tak lain tak bukan nak pukul aku sekali lah tu. Tapi aku sempat kunci pintu bilik, sambil nangis ketakutan. Kau tau apa rasanya bila kau nak jelaskan perkara sebenar tapi kau tak dibagi peluang ? Sakit hati ni. Lagi sakit dari ibu pukul aku waktu tu. Aku lari Dari rumah. Tapi tak jauh pun. Rumah saudara je.

Waktu aku Tingkatan 2, aku berjaya memasuki kelas atas. Kelas kedua terbaik. Waktu itu jugak, kehidupan kakak aq berubah. Dia sudah berkahwin dengan ustaz tu tapi sayang , ibu aku dah benci kedua2 tu. Mungkin sebab si ustaz tu tak beri duit dan kemewahan yg ibu nak. Ini bukan sekadar mungkin. Tapi memang ya. Sepanjang Tingkatan 2, kakak dilayan teruk dan aku pun dilayan macam nak tak nak oleh ibu. Bila ibu nak kutuk kakak, ibu cari aku. Ibu layan aku baik. Tapi bila ibu marah, macam2 kata2 kesat dari ibu yg ditujukan kepada aku. Otak berak, segan, dan macam2 lagi. Aku sedih dan macam2 benda yg sebabkan aku down.

Aku melawan ? Ya, sebab jujur nya aku tak pernah maki orang . sepanjang aku tengok kakak dilayan teruk, aku suka sebab aku rasa doa aku termakbul. Akhirnya, dia dapat balasan. Sampai ke hari ni aku terfikir, aku masih berdendam ke ? Aku sedih tengok kakak dilayan macam tu tapi aku suka tengok dia kena marah, kena cop dijual murah oleh ibu sebab kakak aku x dapat sekarang hantaran hatta 5k pun. Tapi, ibu lupa, yg aturkan perkahwinan tu dia. Bukan kakak.

Sewaktu aku tingkatan 3, aku mula aktif. Aku masuk pertandingan pidato , debate n public speaking national level. Kawad ke ape semua ada muka aku. Niat aku masuk, tujuannya 1. Aku taknak rasa serabut di rumah. Jadi, bila ada latihan, aku akan balik lewat petang. Aku pilih untuk stayback di sekolah. Biarlah. Biar terubat rasa duka.

Orang nampak aku ceria, penuh gelak tawa, yg dipanggil oleh ckg sebagai kaunselor muda sebab bijak dalam pertuturan, kononnya pandai memberi nasihat secara berhikmah. Padahal, beri nasihat pada diri sendiri pun tidak. Waktu ni PT3, aku dapat 6A out of 10 subjects. Tapi Math gagal. Sekali lagi aku rasa down utk masa yg lama.

Naik ke tingkatan 4, aku masuk ke kelas sastera. Aku sedih sebab tak ditempatkan di kelas yg sama macam kawan lain. Ada 2 org Dari kelas aku time f3 dulu yg senasib dengan aku. Sedih. Tapi, aku cuba move on. Lama2 tu okaylah jugak. Aku sedar, aku kena berlapang dada dengan setiap ketentuan Tuhan. Aku dah takda pilihan. Yabg perlu aku buat, bangun balik dari kegagalan tu. Sepanjang aku f4, aku perlu berjalan kaki setiap kali pergi dan balik dari sekolah. Penat. Jauh sebab memakan masa 15 minit setiap perjalnan. Bukan untuk tempoh sebulan dua tapi untuk tempoh hampir setengah tahun sebab ketiadaan ayah di Malaysia. Aku luah dekat kakak yg sorang lagi, aku nak naik van yg boleh ambik dan hantar aku ke sekolah. Tapi kakak tak habis2 cakap, orang zaman dulu lagi susah Dari kau. Kenapa kau nak mengeluh utk benda kecik. Ya, kak. Aku faham. Tapi tolong lah faham yg orang luar tak faham situation aku tiap kali aku sampai lambat ke sekolah.

Contoh, waktu balik aku dari sekolah setiap hari tak tetap. Paling lewat 2.20 petang. Kalau hari tu, ada latihan ke apa, aku kena berada di sekolah sebelum pukul 3.15 paling common. Aku nak kena balik rumah dulu, amik masa 15 minit. Nak makan, nak solat then pi balik ke sekolah, jalan kaki lagi. Bila sampai, dah nak 3.30. Semua kawan yg terlibat dgn pertandingan tu kecam aku. Kalau tak nak masuk bertandibg, tarik diri je. Menyusahkan org. Diorang tak tahu, aku tak ada pengangkutan dan kakak tak tau, aku kena marah setiap kali tiba lewat ke sekolah untuk latihan petang. Kau tau ? Aku pernah stop tepi jalan time jalan kaki nak balik rumah, sebab aku menangis teresak2. Aku tak larat. Aku penat. Bukan sebab aku tak biasa jalan kaki, tapi sebab aku tak faham kenapa kakak taknak faham aku. Aku cuba faham, maybe dia tengah takde duit. Yelah, duit van mahal . paling mur mur pun 80. Gaji dia banyak invest untuk ibu dan ayah sebab die belum kahwin. Tapi, aku tak larat. Sakit kaki ni tak sesakit hati aku. Ada aku luahkan ? Tak. Aku diamkan lepas kakak kata tak payah. Pertengahan Ramadan, ibu ayah kembali ke Malaysia. Jujur, aku tak gembira langsung. Aku risau, hati aku bertambah tenat bila ibu balik . disebabkan itu di bulan ramadhan, aku cuba ambil peluang sebaik2nya. Aku doa banyak2 semoga hubungan aku dengan ibu baik2 saja. Tapi, sehari sebelum aidilfitri, aku dgn ibu bergaduh besar. Ibu simbah minyak dekat kakak yg belum kahwin tu supaya lagi marah dekat aku.

Kau rasa ? Aku tengah hari ke 2 period, Aku senggugut, aku x larat nak bangun ape semua tu, tapi kalau org datang dekat kau tiba2 maki carut apa semua , kau rasa ? Waktu tu, kami bergaduh dihalaman rumah. Jiran2 mesti nampak kan ? Jiran2, kakak2 aku semua tenangkan ibu, tapi aku sorang je yg menangis teresak2, sebab takde siapa yabg datang dekat aku, pertahankan aku. Tak. Diorang masih sama. Diorang pertahankan ibu tapi sebenarnya diorang tahu aku tak salah. Sampai bila ? Sampai bila semua org nak pertahankan kesilapan ibu ? Sampai bila nak ibu jadi macam tu ? Yg jadikan aku sebagai tempat dia luahkan carut dan makinya. Aku menangis depan jiran2. Peristiwa dari aku tingkatan 1 sampai ke tingkatan 4, macam terlayar kat kepala aku. Aku rasa sesak. Aku rasa susah nak bernafas. Aku hamburkan semuanya. Aku penat ya Allah. Ayah ? Kalini ayah tak pukul tapi ayah bawak ibu masuk dalam rumah . aku ? Masih berdiri di halaman. Jujur, aku masih ingat.

Now, sewaktu aku di tingkatan 5, makin hari keadaan aku makin teruk. Semenjak tingkatan 1, aku dah tak semangat nak lakukan apa2. Aku dah tak buat apa yg aku suka. Aku tak cukup tidur. Kadang2 tu tak tidur pun takpa. Aku malas nak jumpa kawan2 sedangkan aku yg janji beria2. Bila aku tidur, aku rasa mcm aku tak tidur, aku still dengan suara orang n ape semua tu. Aku mudah kecewa kalau x dpt buat or succeed dalam sesuatu benda yg aku nak and kecewa murung aku tu berlarutan. Aku dh kurang selera makan tapi ada waktu aku berselera betul. Tapi, aku pernah susut 8 kg . rasa kurus sikit meh. Dah boleh sarung baju saiz M. Fikiran aku kosong, aku selalu fikir tentang, suicidal thought. Aku selalu terfikir, kalau kematian je cara untuk org lain sedar akan kehadiran aku. Aku takkan teragak2 buat. Hari2 aku lalui dengan penuh lesu, tak ada ape2 yg menyeronokkan kecuali di sekolah. Aku pelakon terbaik. Gelak kalau boleh nak kasi 1 kelas dengar.

Biarlah. Biarlah aku macam ni. Bukan selalu. Awal bulan 2 2018, aku ada terbaca satu kes di satu website ni, doktor tu HO, n dia cerita macam mana dia menghidap depression and how now, dia dah boleh relaxkan diri dia. Tekanan tempat kerja punca dia depressed and stressed. Aku baca simptom2 depress dia tu, sebijik2 sama dengan aku . dan dahnak masuk tahun kelima aku dengan simptom2 tu. Tapi sampai harini aku tak percaya. Aku yakin setiap masalah ada jalan penyelesaian . tapi selesa ke kalau smpai sekarang ni pun, air mata aku mengalir. Di sekolah, aku pelajar excellent bagi cikgu dan kawan. Pengetua target aku calon straight As spm tahun ni. Orang nampak aku pandai berkata2, orang selalu dengki bila markah subjek agama, aku yg paling tinggi sedangkan aku tak bertudung. Bear in your mind, people.

Penampilan luaran tak menunjukkan batiniah seseorang. Aku pun ambik subjek Tasawwur Islam, tapi aku belajar sendiri, and ramai yg tanya macam mana aku target A+ untuk semua subjek2 yg susah bagi diorang. Lama2 aku pun terfikir, macam mana aku boleh berfikir tentang kebesaran Tuhan waktu jawab paper Agama tapi untuk kaitkan agama dalam kehidupan aku, sungguh, aku manusia yg paling kurang rasa syukur kepada nikmat Tuhan. Kalau korang nak tahu, hampir saban hari, aku berimaginasi yg aku berada dalam keadaan bahagia tiap kali mandi dalam bilik air. Sebab tu aku suka mandi tengah malam. Wktu tu, aku akan nangis sepuas2nya sambil bukak shower. Aku nangis untuk luahkan rasa kecewa aku, rasa sedih. Tapi, aku lupa, asal aku nangis kat tempat syaitan.

Jujur, kalau dulu aku melawan, sekarang aku nak bukak mulut pun taknak. Aku tak larat nak berperang. Aku taknak asyik tambah dosa melawan cakap. Kadang2 tu aku sedap kan hati aku, ‘ takpe Iman. Takpe. Ibu tiket untuk kau ke syurga. Be tough okay ‘ . 2 hari yg lepas, aku buat DASS test online di sebuah website jabatan kerajaan. DASS test tu menunjukkan skor aku . Untuk anxiety : 14. Untuk depression : 17 . Untuk stress : 17. Sampai ke saat ni, aku still confius, betulke aku dah berada di tahap yg sangat teruk ? Ke aku ni dikira attention seeker je ? Tapi bila difikirkan balik, ni dah masuk tahun ke 5. Ada waktu aq rasa normal, tapi mostly aku akan breakdown teruk. Kadang2 pun tak datang sekolah tapi alhamdulillah selalu top 2 dalam kelas. Agagagaga.

Jujur, Aku sedar, aku belum ditahap yg sebetulnya untuk bantu diri sendiri. Aku perlukan sokongan dan bantuan. Aku tak buka mulut pd kawan or kaunselor sebab aku pernah dengar mulut depa sendiri kata, ‘ awak kena jaga solat, baca quran ape ntah lagi ‘. Hold on, Islam bukan hanya sekadar agama Ibadat tapi jugak agama Tauhid. Aku nak tanya, betulke simptom2 tu jelas menunjukkan aku depress ? Betulke aku stress ? Tiap tahun kepala aku ada uban tau. Orang kata, uban ni mungkin jugak sebab kita stress klau dari sudut pandang lain. Kalau anxiety tu aku pasti. Sebab aq tau aq jenis takut dgn mcm2 benda. Kadang2 aku takut dgn imaginasi aku sendiri. Jujur, aku nak dapatkan bantuan psikiatri . I need help. Aku tau, dah takda orang yg akan judge ‘ oh dia jumpa psychiatrist, dia gila.’ Takda dah. Sebab kajian pun dh menunjukkan tekanan perasaan akan menjadi penyakit nombor 1 di dalam sesebuah negara menjelang tahun 2020 nanti.

Aku nak sangat dapat kan rawatan, sebab aku taknak berterusan macam ni. Tapi aku under age, pasti mak ayah perlu menemani. Takkan aku nak let them know that aku jumpa doktor psikiatri ? Sedangkan punca semua ni dari depa sendiri. Setahu aku, kalau kita ada record menjalani rawatan sebegitu, takut terjejas masa depan. Yang itu pun aku risau.

Kalau korang ada cadangan atau apa2 ja , tinggalkanlah komen. Mungkin aku boleh berikhtiar.

Sebelum aku tamatkan, aku nak korang tahu, aku bukan tak sayang mak ayah, aku sayang. Insyaallah sampai syurga aku nak bersama dgn diorang. Aku sangat berharap, ibu akan sedar kesilapan dan egonya. Tak kira benci tahap langit ke 7 pun, dia tetap kunci syurga aku. Tapi, macam mana aku nak raih syurga tu at the time ibu masih macam tu ?

Tolong, aku perlukan cadangan atau apa2 bantuan dari korang kalau betul lah selama ni aku depressed. Aku dah taknak asyik menangis di larut malam, menjerit kat tepi tasik dan lebih byk menyendiri Dari bergaul dgn kawan2. Tolonglah. Betul kan aku kalau aku salah. Doakan jugak, semoga aku cemerlang SPM seperti yg pengetua target. Doakan jugak, supaya aku berlapang dada menerima takdir kehidupan yg penuh dgn mehnah.

– Iman ( samaran )

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *