Rumah Urut Thai

Nama aku H. Aku dan suami pjj dah dekat 3 tahun. Aku ok je untuk ikut suami sebab aku surirumah.

Tapi sampai ke hari ni, suami bagi alasan kuartes tiada kosong. Aku pasrah je la walau 5 hari kena handle anak seorang diri.

Suami aku ni sangat la baik orangnya. Nafkah semua ok. Suami aku memang akan balik setiap hujung minggu dan juga hari cuti walaupun cuma 1 hari je di tengah minggu.

Bab berkomunikasi dengan aku, suami sentiasa culas walau dah banyak kali aku beritahu aku perlukan dia untuk bersembang kosong atau cerita hal anak atau apa sahaja.

Hidup aku ni hanya ada dia dan anak sahaja. Kawan pun aku tak ramai. Maklum surirumah je.

Aku harap dia juga dapat berkongsi apa pun cerita dengan aku. Aku sudi je untuk dengar. Itu la pun tujuan kita berkongsi hidup kan? Kongsi segalanya.

Suami janji akan berubah. Tapi omong kosong belaka. Mungkin masa tu dia sengaja janji, cuma untuk tamatkan kata-kata aku masa tu je kot.

Orang mungkin tak akan percaya kalau aku cakap suami aku ni pergi rumah urut. Maklum orang tengok dia baik kan. Dari tutur kata dan tingkah laku dia, dia sangatlah sopan dan menghormati semua orang.

Di takdirkan Allah, 1 hari ni aku belek telefon dia. Aku tengok di list call out ada panggilan pelik yang di buat antara pukul 12 pagi sehingga pukul 3 pagi.

Mula aku tak syak apa walaupun ada tumbul rasa pelik dengan waktu panggilan di buat. Bila aku selidik nombor telefon tu, keluar nama rumah urut thai di kawasan suami aku bekerja.

Rasa terkejut, sedih, kecewa semua bercampur. Menangis tu dah jadi kawan aku. Aku tahu ni mungkin ada silap dari diri aku juga. Kalau pun ada silap dari aku, aku rasa tak adil juga aku di hukum dengan cara macam ni.

Suami tak pernah pun tegur atau bincang apa salah aku. Sebab kan komunikasi aku dan suami memang sangat kurang. Suami balik hujung minggu, tak ada la dia nak spend time borak dengan aku ke 15 minit. Tak ada.

Hujung minggu dia di rumah di habiskan dengan tidur kadang tu sampai tengahari. Bangun, makan, tengok tv. Anak pun dia bagi je main fon. Bukan dia nak entertain anak ke kan dah 5 hari tak jumpa. Tak ada.

Berbalik kepada call rumah urut thai tu. Mulanya aku cuba untuk husnuzon pergi berurut agaknya. Tapi bila aku fikirkan waktu dia call tu, dah call mesti pergi punya kan? Tengah malam? Pastu pergi urut dengan tukang urut perempuan?

Apa dah pupus ke tukang urut lelaki kat Malaysia ni? Apa dia buat sebenarnya ke situ? Aku mula tak boleh terima dah walau apa pun alasan dia akan bagi.

Aku cek juga chat kami pada hari yang dia buat panggilan tu. Ada 2 kali panggilan tu di buat pada hari dia balik ke tempat kerja. Dia gerak dari rumah dah hampir tengah malam.

Bila dia sampai, dia pun mesej aku bagitahu yang dia dah sampai dan nak pergi cari teh tarik. Tapi rupanya ke rumah urut perginya mencari teh tarik. Kecewa sungguh aku.

Aku nekad untuk berpisah. Tapi aku tak ada kekuatan bila aku fikirkan anak. Tapi dalam masa yang sama, aku rasa tak boleh terima apa yang dia dah buat ni.

Aku ada tanya soalan general je pada suami. Pernah ke dia pergi rumah urut thai?

Mulanya dia kata tak pernah. Kali ke 2 aku tanya baru kata pernah. Ambil customer katanya. Dia ada bawa grab part time. Jawab pun gagap bila aku tanya di mana tempat tu?

Dia sebut tempat yang betul seperti yang aku search no telefon tu. Tapi alasan ambil customer la yang di beri.

Yang buat aku lagi kecewa, dia dah pergi setiap bulan selama 4 bulan rupanya ke situ. Dan bulan ke 4 tu la baru aku dapat tahu. Allah nak tunjuk kan. Sesuai dengan waktunya.

Aku mulanya nak bagi peluang pada dia sebab aku tahu aku pun bukan manusia sempurna. Ada juga buat silap. Tapi bila dia tak mengaku dan menipu pula, aku rasa macam aku perlu bertindak.

Aku kena sayang diri aku sendiri dahulu. Dan aku rasa tak adil dia buat macam tu pada aku walau apa pun alasannya sedang aku di sini sentiasa jaga maruah diri hanya untuk dia.

Buat masa ni aku cuma pergi kaunseling keluarga sahaja. Dan nasihat yang aku dapat adalah jangan mencari2 salah suami. Allahuakbar. Aku jadi buntu. Tolonglah aku.

– H (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Klau dia mampu utk bgi awk nafkah n blk setiap mnggu, knp x cari rumah sewa je di tempat dia kerja, sementara tunggu kuarters tu (klau betul la..), minta maaf bntsk, tp klaw lelaki lag yg melanggan d rumah urut ni, biasanya lps mngurut, bole jd ‘mngarut’ pulak lps tu, biasa tengok kan, (dlm slot ‘999’ tu), rumah urut yg slalu kna ‘serbu’ sbb ada kegiatan yg x bermoral.. n bla tnya pasal melanggan di situ, dia x mngaku pon.. tak cuba ke tnya pasal “call” ke rumah urut lps tgh mlm tu, xkan masih bwak grab waktu mcm tu, nt jd ‘gaduh besar’ plak ye.. klaw stakat awk nk g kaunseling tu, mmg xkan jd apa2, klaw nk pegi pon, dua2 kna hadir.. klaw jd sya, mmg sya g je rumah urut tu utk kepastian, tp itu pon akn jd pnjang ceritanya nt.. apa2 pon sya doakn semoga semuanya akn dipermudahkn utk puan Halimah..

  2. Bencivbila ada yg nasihat jgn mencari2 salah suami. Awat? Suami ni maksum ka tak buat salah?
    Nak tunggu kena hiv baru boleh cari salah?

    Bila dah jumpa salah tu
    Bukan nak mengaku
    Bukan nak minta maaf
    Last2 kita pulan yg salah

    Depan bini kemain mcm terpaling suami
    Belakang bini semua lelaki sama saja!

  3. Lelaki ni panjang akai.so klu sy lh.direct sy gi serbu time dia buat krja kt situ.nak menipu sangat kn

  4. Perkara yang berlaku ni mungkin kafarah penghapus dosa asbab perbuatan pengadu sebelum ni mungkin sebelum berkahwin dengan suami.

    Ramai pasangan berkahwin yang ditimpa musibah sebegini kebiasaannya sangat nakal semasa muda tidak kira lelaki atau perempuan. Dan bila berkahwin akn dpt pasangan seperti cerminan dulu. Ingat lelaki yg baik utk wanita yg baik dn begitu juga sebaliknya.

    Bertaubat la jika dulu ada membuat dosa besar , sedia memaafkan dan serahkan sepenuh cinta dan tempat mengadu hanya pada Allah. InsyaAllah pasangan akan berubah di kemudian hari. Percayalah

  5. adik, berhati2lah… jgn sampai bila nanti dijangkiti penyakit yg tiada ubat baru nak menyesal dah tiada gunanya.
    sayangi diri dan anak. jaga diri dan anak. kalau suami sayang adik dia tak akan buat yg bukan2. mengapa dia tidak berusaha untuk membawa isteri tinggal bersamanya? mengapa sentiasa memberi alasan? fikirlah dgn akal dan logik, jgn dikaburi oleh rasa sayang dan kebimbangan semata. ingat menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.

  6. Kwn sy suami dah meninggal baru tau, suami ada hiv, Sbb rmh urut + main pompuan.Kwn sy pun dah confirm +ve hiv. Skrg tgh cek anak2 dia plak. Anak2 masih kecik umur 4 + 6 thn. Jadi syglah diri dan anak2 sblm apa2 yg buruk berlaku..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *