Keliru dengan petunjuk istikharah – 6:15 AM

Keliru dengan petunjuk istikharah

Assalamualaikum

Aku keliru sebenarnya. Sama ada nak sambung Degree in Accounting ataupun directly ACCA. Beberapa kali aku buat, semua petunjuk berbeza.

Just for information, Degree in Accounting and 3 years experiences will recognise you as chartered accountant in Malaysia only by MIA-Malaysian Institute of Accountants. ACCA and 3 years experiences will recognise you as chartered accountant in Malaysia and worldwide. It means that I can work as an Accountant anywhere I want to.

Mula-mula, aku buat sembahyang istikharah, doa dan cabut kertas :Degree . Then, next day aku buat lagi. Kali ni, aku tak cabut kertas. Just doa yang aku nak apa yang terbaik untuk aku.

Tiba-tiba, dua hari lepas tu, ada seminar talk untuk ACCA di kolej aku (aku pelajar diploma in Accounting ). Seminar talk ni last-minute event. Of course, aku pergi. Penceramah bagitau yang kalau aku pergi ACCA, aku akan dapat sponsorship dari Yayasan Peneraju: accommodation, tuition fees, etc.

Dan, ayah aku call aku bagitau yang dia bagi aku sambung ACCA. Padahal, aku tak tanya pun ayah aku pasal tu. Dia call tiba-tiba. Dalam masa yang sama, kawan baik aku kata yang ACCA ni macam kacang bagi aku. Padahal, sebelum ni, dia suggest aku kerja full-time dan belajar degree part time.

Ya, sebelum ni, aku dapat straight A SPM. Dalam, mana-mana exam pun mesti A.

Tiba-tiba, mama aku yang paksa aku buat ACCA selama 3 tahun(sejak lepas SPM) ubah fikiran disebabkan uncle aku. Lebih baik buat degree sebab ada cgpa. ACCA ni professional paper, hanya ada PASS dan FAIL (soalan dari UK, disemak pun di sana). CGPA aku sekarang pun 3.95, Muet Band 6. Sayang katanya. Kalau tersangkut dengan mana-mana paper.

Aku dah menangis sebab aku tahu parents aku tak cukup duit. Mereka akan bersara dalam setahun lagi.

Degree-2.5 years
ACCA- 2.5 years
Degree+ ACCA- 3.5 years.

Ada adik aku lagi yang akan masuk universiti. Kakak aku yang nak sambung Master. Dan aku: Degree vs ACCA.

Jujur, sebelum aku buat sembahyang istikharah, hati aku berat dengan degree. Tapi, lepas beberapa kali, aku rasa ACCA ni terbaik untuk aku. Natural instinct. Masalahnya, mama aku macam nak tak nak pulak.

Aish..

– Miss Keliru

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *