Kelas Memandu

Terima kasih Admin kerana sudi menyiarkan confession ini. Maaf jika menggunakan kata ganti diri ‘aku’ di sini. Kisah aku bermula pada tahun 2015 kalau tak silap. Cuti sem yang agak panjang ketika itu. Ibu menyuruh aku agar ambil kelas memandu motor & kereta. Secara jujurnya aku tak bersedia kerana aku seorang yang agak penakut. Tetapi memikirkan cutiku yang agak lama, aku setuju namun dengan syarat, carikan cikgu perempuan. Nak dipendekkan cerita, aku mula kelas memanduku. Ya, aku dapat cikgu perempuan & cikgu tu ada anak lelaki.

Bermulanya kisah, kali pertama aku bertemu empat mata dengan anak cikgu memanduku itu, lelaki dan sebaya denganku. Dia menghantar kami (budak-budak kelas memandu) untuk pulang dan satu hari semasa dalam perjalanan dia ada bertanyakan tentang nama seseorang. Dia menyebut namaku, atas sebab apa aku pun tidak pasti. Kemudian hari berganti hari, aku mula berkawan dengannya. Pada awalnya aku agak kekok sebab tidak ramai kawan lelaki. Tapi si A ni jenis easy going & friendly jadi aku selesa berbual dengannya.

Dia seorang yang bercita-cita tinggi & topik yang kami bualkan biasa-biasa saja, pasal belajar. Tapi entahlah, aku mula terjatuh suka padanya. Puas aku menepis perasaan itu. Aku cuba mengelak dari bertembung dengannya waktu kelas namun tak berjaya. Dia masih lagi menegur aku dan buat macam biasa walaupun aku tak nak layan pada mulanya. Sebab aku takut pada perasaanku sendiri.

Setelah beberapa minggu belajar, akhirnya aku lulus dan cuti sem pun berakhir. Aku kembali ke kehidupan asalku & aku bercerita pada kawan aku mengenai si A. Betapa gembiranya aku, rupa-rupanya kawan aku satu sekolah menengah dengan si A ni. Terus dia berikan nombor telefon si A kepadaku. Namun, aku simpan je nombor tu, tak berani nak Whatsapp. Jadi, aku ambil keputusan simpan nombor telefon si A dalam handphone ibu aku, kalau simpan dalam handphone sendiri nanti gatal je tangan ni nak Whatsapp.

Nak dijadikan cerita satu petang. Ibuku menunjukkan satu chat. Alangkah terkejutnya aku, ibuku Whatsapp si A! Si A tanya mana nombornya. Aku mula menangis sebab malu tak tahu nak jawab apa pada si A. Entahlah kenapa malu sangat waktu tu & kenapalah ibu aku pergi chat dia. Hahahaha. Mungkin sebab bosan tengok anaknya duduk tenung nombor telefon si A tu lama-lama tak? Huhuhuhu…

Selepas kejadian tu, adalah dalam dua kali aku chat dia. Tu pun pasal belajar sehinggalah aku dah tak nampak gambar whatsapp & status-nya. Aku fikir mungkin dia dah delete nombor telefon ibu aku kut. Tipu lah kalau tak sedih kan? Mulai hari itu, aku tekad untuk move on. Mungkin aku salah tafsirkan sikap ramahnya itu. Aku marah pada diri sendiri kenapa mudahnya aku terjatuh suka padanya. Secara jujurnya aku bukan jenis senang nak suka pada orang. Tapi kenapa dia?

Aku fikir belum waktunya untuk aku fikirkan tentang semua tu & aku cuba tenangkan diri. Aku masih muda dan harus fokus dalam pelajaran aku. Dalam sepanjang tempoh 3 tahun ini, aku move on dan kejar cita-cita aku. Alhamdulillah, aku pun dah tamat diploma dan Allah permudahkan rezekiku, dengan mudah aku dapat kerja walaupun mula dari bawah.

Walaupun perasaan aku tidak dapat aku luahkan secara berdepan dengan si A sebab aku tak berani dengan sebarang jawapan daripadanya. Jadi, aku mengambil keputusan untuk menulis di sini saja. Aku mencuba nasib, manalah tahu si A baca confession ni, hihihi…

Aku percaya setiap yang Allah aturkan semua ada hikmahnya. Setiap pertemuan ada perpisahan. Semoga aku bertemu jodoh dengan orang yang tepat.

Kepada si A, aku doakan kau dapat kejar cita-cita kau & menjadi seorang doktor yang berguna pada masyarakat. Oh ya, lupa, Si A ni ambil dentistry course. Kepada pembaca terima kasih kerana sudi baca, ya? :)

– Siti Bunga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *