Idea Sedekah Guna Barang Kedai Eco RM2.10

Hi Assalamualaikum. Aku nak share sikit idea untuk bersedekah menggunakan barangan kedai eco. Mana tahu ada yang praktikkan nanti. Barang dia pun RM2.10 je kan so boleh la korang bersedekah setiap bulan.

1) Alat tulis

Sekarang sekolah pun baru bermula kan. Korang boleh la beli pen ke pemadam ke pensel ke bagi hadiah kat adik2 or anak buah korang. Ada banyak lagi barang berkaitan alat tulis yang ada. Buku mewarna pun ada. So korang boleh la beli n wrap lawa2 ke kasi adik korang ok.

2) Tisu

Ok selalu kalau korang masuk surau awam, mesti tak ada tisu kan. So apa kata korang beli tisu n letak kat surau. Nak letak kat surau office korang pun takpe.

Yang ni pun aku ada praktikkan jugak. aku letak kat surau area office aku. Surau tu memang untuk public la kan. Tapi aku tak letak tisu eco. Aku letak tisu brand tesco.

Aku beli tisu kotak yang ada 4 kotak harga RM4.00++ je. So 1 kotak tahan seminggu. Kira sebulan tu aku dah ada stock tisu. Korang nak pakai yang eco punya pun takde masalah.

3) Selipar

Selipar kat eco pun RM2.10 jugak sepasang. Korang boleh letak kat surau n toilet awam.

4) Bedak baby

Ni pun sama jugak. Boleh letak di surau office atau mana2 surau yang ada. Aku tengok ramai jugak orang guna bedak wakaf ni kat surau aku.

5) Bakul / raga

Haa kalau korang tak tahu nak sedekah apa, korang beli je bakul / raga kecik. Pastu korang pegi kat tempat wakaf, korang letak la barangan yang dorg wakaf tu dalam bakul korang tu. Dapat pahala jugak.

6) Wet tissue / tisu basah

Ni sama la macam tisu tadi. Orang sekarang mesti pakai mekap kan or at least pakai bedak. So kalau ada wet tissue ni boleh la dorg guna untuk lap muka sebelum ambik wuduk.

7) Barang dapur

Pisau dan papan alas ni benda penting untuk kegunaan kat dapur. So korang boleh bagi hadiah ni kat orang lain. Pisau eco memang tajam. Aku sendiri pun pakai kat rumah. Memang puas hati. Selain tu banyak jugak barangan dapur lain yang korang boleh jadikan hadiah

8) Tabung

Kalau korang ada anak kecik n nak ajar menabung, boleh la hadiahkan tabung kat dorang. Banyak tabung yang comel2 ada.

9) Mainan

Haa ni memang majoriti aku tengok mak2 beli untuk anak. Memang banyak mainan budak kat situ. So korang pun boleh la join sekali belikan untuk anak buah ke.

10) Bekas letak sabun

Haa yang ini pun korang boleh beli n letak kat surau n toilet. Kat surau sure ada yang wakaf pencuci muka kan. Boleh la korang susun letak dalam tu.

Setakat ni je aku tulis dulu. Sebenarnya banyak barang kedai eco yang kita boleh jadikan sedekah. Tak ada alasan lagi ok pasni untuk kita tak bersedekah.

Jangan tunggu kaya baru nak sedekah. Sedekah dulu baru kaya.

– Hazel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit