Ex-roomate yg Awesome [2]
Assalamualaikum..
Terima Kasih yang telah baca cerita aku yg lepas. Tak sangka respon yg baik telah diterima terutama daripada wanita-wanita. Aku pun tak master dalam dunia penulisan. Sekadar perkongsian . Aku baru je tunjuk dekat kawan aku tu benda yg aku tulis pasal dia. Dia macam biasa,senyum je. Lepas tu cakap,tak pelik kan? hahaha. Sebenarnya, ada lagi aku nak cerita pasal Encik Megat ni. Tapi apa-apa pun,aku rasa dia manusia yang sedikit pelik. Ye betul. Pelik. Sebelum tu, ada yang cakap beruntunglah dia pasal aku tak rasa annoying dengan perangai ex-roomate aku tu. Jawapannya tak. Bagi aku benda baik ni aura dia meresap sendiri dalam jiwa. Kenapa? iya lah dia bukannya paksa aku untuk jadi macam dia. Lagipun itu kan tabiat yg baik. Yg mana semua orang kena ada sifat yg bersih dan kemas. Bukan nak jadi 100% macam dia tapi cukuplah kita boleh terapkan budaya bersih dalam hidup kita. Bagi aku lah,bila ada orang macam ni secara tak langsung,aku pun terikut sama buat benda tu. Jenis aku,kalau orang tu markah dia 10/10,aku pun nak macam tu kalau tak pun 8/10. Macam tu lah analoginya. Btw, aku seorang doktor. Mestilah kekemasan,kebersihan kena ada. Kalau tak malu aku dengan engineer. hahaha.
Oklah. Mari aku kongsikan lagi pasal ex-roomate aku. Dia ni sebenanya alah dengan tandas. Kat hostel dia guna tandas untuk mandi sahaja. Kalau nak Qada hajat? ( membuang air besar ) memang tak buang. So, setiap weekends dia balik rumah pakcik dia dekat perak. Hah masa tu lah dia membuang. Hahaha. Aku pernah tanya,kenapa kau geli ke? Dia cakap lebih kurang macam tu lah. Dia kata dia meremang kalau membuang dekat hostel. Katanya,seolah-olah dinding toilet tu macam terkena dekat badan dia itu yang dia rasa meremang. Senang cerita,dia rasa kotor dengan jamban tu. Padahal cleaner bersihkan 3x per day toilet hostel aku. Dan sebab tu juga,dia cuma makan biskut. Biskut tu macam makanan rugi dia. Aku yg untung dapat makan biskut overseas yg mahal-mahal setiap hari. Hahaha. Ini cerita betul memang tak tipu. Memang dia macam tu sampai sekarang. Kalau nak membuang,dia akan check dan pastikan bersih. kalau tak,dia akan bertahan sampailah dia jumpa hotel atau tempat-tempat yg mengikut piawaian yg dia nak. Dan kalau dia nak bermalam rumah aku,aku akan pastikan toilet rumah aku bersih sebersihnya. Kalau tak,aku tahu dia akan tidur hotel. Aku tahu dia banyak duit tapi aku sebagai kawan,memang gembiralah kalau dia datang tidur kat rumah aku. Lagipun bukan selalu. Tetamu tu kan rezeki kpd tuan rumah. Malaikat pun suka. Oh lupa nak bgtahu. Aku dan ex-roomate aku ni,5 tahun duk hostel lepas tu sama-sama buat IB dekat Mont Kiara International school. Lepas tu dia fly ke UK aku ke Moscow. Terpisah lah 5,6 tahun. Tapi dia pernah melawat aku dekat mosco dani lepas tu masing-masing dengan haluan tersendiri. Bila jumpa balik dia setahun lepas,dia still macam dulu dengan perangainya masa dekat hostel.
Punca yg dia jadi sedikit pelik ni sebenarnya terikut2 dari mak dan pakcik dia. Dia kata, masa dia sekolah rendah,dia stress pasal setiap kali balik sekolah dia kena pastikan baju dan kasut sekolah bersih. Kalau tak kena marah. Darjah 1 nak kena jaga kerbersihan weh. Balik sekolah,bila masuk kereta tak boleh berbau busuk. Nanti kena marah. Biasalah budak sekolah rendah kalau peluh-peluh ni. Tapi tak bagi kawan aku tu, Mak dia cakap,macam mana keluar rumah pergi sekolah macam tu juga bila dah balik sekolah. Perghhhhh dalam hati tergelak tapi aku kesian juga dekat dia sebab kecik2 dah ada rules macam tu. Yang pasal pakcik dia tu, nanti lah aku sambung kalau aku rajin dan patient aku xramai. Oklah itu sahaja buat kali ni.
– Kawan Encik Megat