Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tujuan aku menulis di sini adalah untuk mendapatkan nasihat pembaca yang pernah melalui pengalaman yang sama.
Aku seorang perempuan berumur 24 tahun, dibesarkan oleh ibu bapa yang over protective. Dari bangku sekolah lagi aku sering berada di kelas pertama dan dikelilingi oleh insan-insan yang berpersonaliti seperti aku i.e ulat buku, ‘nerda’, pendiam, cemerlang akademik. Disebabkan kami semua dikategorikan sebagai pelajar harapan sekolah, guru hanya menyuruh kami fokus kepada akademik. Kami tidak perlu aktif dalam sukan, kelab dan persatuan. Kami diberi ‘A’ secara automatik bg aktiviti kokurikulum walaupun pada hakikatnya kami langsung tidak aktif. Itulah apa yang aku lalui selama 7 tahun aku di sekolah menengah (SPM + STPM).
Aku tidak pernah bekerja sambilan semasa cuti sekolah. Ada pelbagai “alasan” mengapa aku tidak berbuat demikian antaranya ialah ibubapa melarang, aku tiada kenderaan hatta motor sekali pun, stesen bas agak jauh dan fizikal aku yg kecil (tinggi 145cm) menyebabkan aku rasa takut kerana kwsn perumahan aku dipenuhi warga asing. Aku ada pengalaman diikuti oleh warga asing semasa berjalan berseorangan ketika pulang dari sekolah. Aku asal daripada keluarga susah. Aku kerap menangis sebelum tidur dan bertekad utk bekerja sambilan, tetapi aku tak mampu. Terlalu takut.
Akhirnya aku hanya belajar bersungguh-sungguh kerana memikirkan itu sahaja yg mampu aku buat dengan baik. Setelah tamat STPM aku melanjutkan pelajar ke IPTA. Aku menjejakkan kaki di universiti dengan harapan utk mengatasi sifat takut utk keluar dari comfort zone. Tetapi satu pun harapan aku tak menjadi. Aku sekali lagi dikelilingi oleh insan-insan yang lebih cemerlang. Yang hanya study 24/7. Kekuatan aku ialah study. Berjumpa dengan orang yg sama menyebabkan aku rasa selesa, dan tidak berbuat apa selain study. Aku menjadi mahasiswa 3K di universiti. Lebih malang kursus yang aku ambil bersifat teori dan kurang praktikal. Jarang sekali ada presentation atau perbincangan yang bersifat spontan. Pergi kuliah semuanya krik-krik sahaja membaca nota masing-masing sambil menunggu lecturer.
Selepas tamat belajar, aku mula bekerja dengan jawatan setaraf pegawai. Semasa bekerja barulah aku sedar betapa kroniknya masalah aku. Aku kurang skills. Aku tak boleh berkomunikasi dengan baik. Apabila berhadapan dengan orang atasan yang berpangkat aku jadi speechless dan cepat gelabah. Aku jadi selective mutism. Tak boleh keluar perkataan dari mulut aku. Tersekat. Tak cukup dengan itu, aku turut mengalami tremor hand menyebabkan aku dipandang seperti ada masalah. Rakan setugas fikir aku mengalami mental breakdown kerana tak mampu bercakap dan terketar-ketar.
Selepas dua minggu, aku resign serta merta daripada company tersebut kerana perasaan aku yg meronta-ronta ingin keluar daripada situasi yg aku rasakan tak selesa dan memalukan. Aku sudah berjumpa psikiatri, dan psikiatri mengatakan yang aku tidak punya masalah besar kecuali mild anxiety termasuk performance anxiety dan kurang keyakinan diri yang berpunca daripada ketiadaan skills penting utk hidup dan tiada kekuatan utk keluar drpd comfort zone. Psikiatri mencadangkan aku menjalani kaunseling dengan kos Rm 1** utk satu sesi tetapi aku tolak kerana keluarga aku susah. Aku sedar yang masalah ini hanya aku sendiri yang boleh atasi. Aku sedar yg aku jadi begini kerana telah skip bahagian2 kehidupan yang penting. Jadi aku memerlukan bantuan dan nasihat pembaca sekalian utk mengatasi masalah yg aku kenalpasti di bawah sebagai penting utk aku mula bekerja kembali.
Apabila kita menjadi org atasan yg perlu bercakap, memberi arahan dengan anak buah yg ramai. Bagaimana kita hendak mengawal rasa cuak, rasa seolah dinilai, senyuman atau ketawa sinis anak buah yg mematikan keyakinan kita apabila bercakap. Bagaimana kita hendak mematikan fikiran dan perasaan negatif yg timbul semasa berada dlm situasi di atas dan selepas situasi berlaku (misalnya teringat kembali situasi tersebut sehingga terbawa-bawa di rumah)
Apabila bos menekan kita melakukan sesuatu di luar kebiasaan kita tetapi rakan sekerja atau pembantu kita sendiri tidak mahu memberi tunjuk ajar, menyebabkan kita terkontang kanting dan akhirnya dimarahi bos, diungkit status degree oleh bos. Bagaimana kita hendak menghalang diri daripada lari (resign) apabila perlu melalui situasi tertekan dan tidak selesa seperti ini, bagaimana untuk bertahan dan menjadi immune dengan tekanan?
Apabila kita perlu menegur atau menyapa orang terlebih dahulu. Bagaimana hendak membuang perasaan malu untuk menegur kerana bimbang teguran tidak dibalas atau dipandang sepi oleh orang lain? Tidak mahu orang lain memandang kita pelik kerana selama ini org melihat kita sebagai reserved, cold.
Apabila fizikal dan kelakuan kita tidak standard seperti org lain. Bagaimana utk merasa yakin dengan fizikal kita? Disebabkan aku rendah, aku merasa rendah, tidak profesional, tidak meyakinkan dan merasakan org susah respect aku sbb aku mcm kanak-kanak.
Apabila bercakap dalam bahasa inggeris. Aku boleh menulis dengan baik dlm bahasa inggeris. Tetapi apabila berkomunikasi aku tak boleh langsung. Aku tak boleh respon kalau people ask in english and aku jd all over the place. Nak cakap english rojak rasa tak sesuai dengan pegawai atasan. Nak cakap bahasa malaysia takut dipandang lekeh sbb rakan selevel yg lain semua speak english. Entahlah, cakap Bi ke Bm ke pengakhirannya akan memalukan diri juga. See? Aku ni negatif orangnya. Last but not least. How to get rid of negative thought and live life positively?
Pada segelintir orang, masalah aku mungkin tak besar, tetapi utk aku sendiri, aku rasa diri sgt tak berguna, rasa gagal dlm hidup. Kadang-kadang rasa tak nak hidup drpd menyusahkan ibubapa. Korang bayangkanlah, keluarga aku susah tetapi aku still tak mampu keluar drpd comfort zone skrg. Kalau org lain mesti dah angkut kain baju berhijrah dari hidup susah ke bandar besar. Tapi aku? Walaupun peluang dh terhidang depan mata (ada tawaran kerja) tetapi masih gagal. Masih di takuk lama. Hati dan badan ingin keluar, tapi fikiran stuck. Boleh bayang tak? Perasaan tu hanya Tuhan je yang tahu.
Terima kasih kerana sudi membaca. Korang tak perlu komen utk semua pertanyaan. Cukup utk pertanyaan yg korang tahu or pernah alami sahaja.
– Mess
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit