Mulut orang – 8:51 PM

Mulut orang

Situasi aku,review dari guru kelas aku waktu parents-teacher conference,

Result UPSR: Dia student biasa-biasa je. Untuk dapat 5A agak mustahil, tapi 3A mungkin boleh.
Result PMR: Dia tak pernah dapat straight A, tapi saya yakin dia akan dapat A. Cuma bilangan tu saya tak pasti.
Result SPM: Doakan je dia lulus berjaya.

Those words came from my class teachers :) Tapi, siapa boleh sangkal hardwork may beat talents. Alhamdulillah, untuk result UPSR dan PMR aku mampu mendiamkan mulut orang yang tak percaya akan kebolehanku. Aku dapat straight A untuk UPSR dan PMR. Tapi, SPM aku tergelincir sikit. Hehehe. Bukan result aku yang aku ingin ceritakan. Tapi, biarlah apa yang orang nak kata akan kebolehan kita. Come on, buktikan segala tanggapan mereka salah. Prove it. Jangan sebab ada orang kata kau akan kalah satu hari nanti, kita mengiyakan je dengan tak buat apa-apa.

And for those yang dilabel sebagai "slow learner" etc, takpe. Percayalah, Allah lihat usaha kita bukan lihat hasil kita. Jangan sedih bila apa yang kita impikan tak tercapai. Biasalah tu gagal, menangis, kecewa permainan sepanjang perjalanan kita. Asalkan jangan give up. Ujian-ujian tu akan jadi kekuatan untuk kita suatu hari nanti. Kalau diizinkan korang berjaya satu hari nanti, jangan lupa hadiahkan pada mereka yang tak pernah putus asa dengan korang especially parents and sibilings. For those yang keep memperlekehkan korang, senyapkan dorang dengan kejayaan korang.

Eh, apa ke dehal kalau setakat berjaya kat dunia je kan? Jum kejar akhirat sekali ;)

p/s: doakan aku berjaya grad master tahun ni :)

– Akak

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *