Tabahlah wahai adik – 11:16 PM

Tabahlah wahai adik

Sedih aku harini tgk mak aku menangis.tapi menangis bukan sebab sedih result adik aku ke laut.sedih dgn manusia yg dinamakan saudara.tapi buta hati dan perasaan.membandingkan kepandaian hanya dgn atas SPM.sepatutnya diberi semangat dan dorongan, tapi tak.diorg bg semangat adik aku makin down.

Senyap adik aku harini.sepi.mungkin sedih.tapi lelaki, sedih mana pun dia.takkan la dia nak tunjuk dpn kami.utk mereka yg berkata2 sehingga mak aku sedih, terima kasih aku ucapkan.harini mungkin hari kalian.tahniah! Ya,aku terkilan dgn perbuatan mereka.umur sudah separuh abad,tapi masih merasa mulia.

Dan utk kau wahai adik,aku tak tegur kau harini bukan bermaksud aku kecewa.tidak sama sekali.tapi aku sendiri menahan rasa hati dgn perbuatan manusia2 itu.mak tak menangis depan kau, sebab mungkin taknak kau bertambah kecewa.tapi aku yang menjadi saksi air mata itu jatuh lagi harini.tapi bukan kerana kau.

Hidup cuma sementara.kau gagal sekali bukan bermakna selamanya.ya, kau dah sedar dan matang.kau sendiri dah berjanji dgn mak kan, yg kau akan ikut saja lepas ini segala yg mak ayah aturkan andai itu yg terbaik.cukuplah sekali saja kita rasa terhina.bila dibandingkan dgn sepupu2 kau yg jauh lebih bijak.kadang2 apa yg kita suka, mungkin bukan yg terbaik utk kita.aku janji, aku yg akan kerja utk support kau nanti. Putaran roda itu adil.Insyaallah,kau akan berjaya jugak nanti.aku percaya!

– Anak sulung

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *