Broken family

Hi, sedikit intro. Aku Jasmine. Umur 21 dan masih belajar di sebuah IPTA. Aku merupakan anak sulung.

Begini ceritanya, parents aku dah lama bercerai. Sejak umur aku 10 tahun lagi which is 11 tahun yang lalu. Aku taktau punca penceraian pada waktu tu sbb aku masih kecil lagi. Aku tinggal dengan mak aku dengan 2 adik kecil masa tu. Selepas ibu dan ayah bercerai, aku jarang-jarang jumpa dengan ayah aku. Pada awal penceraian, ada la dalam setahun beberapa kali (aku tak ingat). Tapi sejak aku masuk sekolah menengah, aku tak pernah jumpa ayah aku. Lost contact sampai tahun ni, bulan July aku jumpa semula dengan dia.

Makcik aku bagi no telefon adik aku dekat ayah aku. Dari situlah aku dapat tau nombor dia. Kenapa lepas bertahun aku decide untuk jumpa? Lepas beberapa tahun bercerai, mak aku kahwin dengan seorang lelaki yang jarak umur dengan mak aku kira-kira 12 tahun. Waktu tu, mak aku kahwin tahun 2011, aku 14 tahun. Kira 4 tahun jugak selepas bercerai mak aku kahwin. Tempoh pengenalan mak aku dan ayah tiri sangat singkat. Dalam tahun sama mereka kenal, mereka kahwin. Mereka dikurniakan 2 org anak yg sekarang sorang 7 tahun & 3 tahun. Dulu katanya ayah tiri aku ni ada business tapi sekarang dah lingkup. Bila dah lingkup, dia memang takde kerja lain.

Kadang-kadang bila aku balik tengok dia goyang kaki dekat rumah, geram jugak. Sebab mak aku yang kena sara dia dan kami semua. Ayah tiri aku sampai pernah mintak duit dekat makcik pakcik aku. Dan dia berhutang dengan pakcik aku tanpa pengetahuan mak. Lagi la aku geram. Tak tahu malu betul. Bila mintak duit, dia salahkan mak aku. Katanya, bisnes dia lingkup gara-gara mak aku. Astaghfirullahalazim.

Tahun ni memang ujian bagi aku, bila baru nak masuk degree awal tahun, mak takde duit untuk bayar yuran. Yelah terpaksa tanggung laki mana ada duit. Nasib baik sementara tunggu masuk degree 2 bulan, aku cari kerja part time. Ada la duit sikit untuk aku survive. Masa tu, mak cuma bagi aku duit 3 kali je dalam satu semester. Dia bagi sebulan rm200. Susah sangat nak survive sbb kos yang aku ambil perlu pergi ke sana sini tp sbb aku ada duit dari simpanan kerja, aku boleh survive.

Disebabkan aku takde duit bila dah hujung-hujung sem, makcik aku sarankan contact ayah aku, sekurang-kurangnya ringan sikit beban aku adik beradik. Oh btw, makcik aku dapat nombor ayah aku waktu makcik aku terserempak dengan dia di station minyak. Jd sekarang beban aku kurang ke? Haha dalam mimpi je la. Waktu bulan July lepas aku habis finals, aku jumpa ayah aku. Dia ambil aku di rumah makcik. Aku dan adik tak bgtau mak yg kami jumpa ayah aku sbb mak aku marah dia dah lama takde, tak bagi nafkah tiba2 jumpa. Tp makcik aku suggest untuk jumpa je mana tau dapat la dia tolong bagi duit ke apa. Aku patut dengar cakap mak sbb memang betul ayah aku tambah lagi beban aku. Hmm

Waktu aku jumpa ayah aku, dia suruh aku bawak baju untuk pergi tidur dekat rumah dia. Waktu tu, aku dapat tau la dia dah kahwin lain dan ada 3 orang anak. Masa aku jumpa dia, dia menunjuk la kemewahan dia seperti kereta, rumah banglo, pendapatan sehari RM2k dan sebagainya. Aku menyesal jumpa dia. Sebab apa? Sebab waktu jumpa dia, dia rendahkan keluarga aku, kos yg aku ambil. Dia bercerita buruk pasal makcik aku, mak aku. Hmmm aku tak nak dengar pun. Kesian makcik aku. Puji ayah aku kononnya ayah aku sedekahkan anak yatim itu ini, tapi dicerita buruk. Ya, niat ayah aku murni bantu anak yatim yang lain tapi aku dan adik beradik yang lain? Hmm.

Beberapa hari lepas, aku suruh adik aku whatsapp ayah aku (sbb adik aku rapat dengan dia) untuk mintak yuran aku sbb dia dah block nombor aku. Ayah aku ni baran gila. Aku tak jawab call dia sbb waktu tu aku busy dan tetibe dia whatsapp aku cakap “takde pilihan tp block kau”. Jadinya adik aku jelah boleh contact dia sbb belum kena block lagi. Ya waktu tu belum lagi ya. Check harini dah diblock. Tau kenapa adik aku pun kena block? Sebabnya, waktu adik aku mintak duit untuk bayar yuran aku, dia marahnya adik aku. Katanya dia takkan bagi satu sen pun dekat kami. Sbb kami ni anak tak bertanggungjawab. Hmm ya ayah kau memang bertanggungjawab tak bagi nafkah kami bertahun. Aku taktau kenapa dia ckp mcmni. Mungkin sebab kami tak jumpa dia? Aku taktau. Aku taktau dah mcm mana aku nak survive lepas ni. Duit yuran aku mintak mak aku. Ada la sikit mak hulur.

Aku sedih. Kadang aku terfikir kenapa mak aku mcmni bila lelaki buat dia? Contohnya ayah tiri aku yg tak kerja tu. Sampai bila mak aku sanggup tanggung semuanya? Aku tak faham kenapa mak aku akur je apa ayah tiri aku cakap. Sebab takut ke jadi mcm dulu? Hmm aku taktau. Tp mak kena fikir anak-anak dan dif dia. Ayah aku pulak yg tak bg nafkah, aku pernah bgtau mak supaya bawak ke mahkamah untuk tuntut nafkah. Tp mak kata untuk ke mahkamah, banyak pakai duit. Mungkin betul. Tp mak tak patut buat mcmni. Aku sebagai seorang anak, boleh buat apa? Aku harap tuhan mempermudakan urusan aku.

– Jasmine

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *