Duit, Family & Kawan
Salam. Thanks admin approve story aku.
Aku anak sulung adik beradik ramai majority perempuan. Ayah meninggal masa aku baru masuk universiti. Since that, aku rasa patah hati n hidup kosong sangat. Tahun pertama ayah meninggal aku selalu menangis tiap2 malam. Sambil study pun nangis. Kawan2 saudara mara semua bagi nasihat hidup kena teruskan awak anak sulung, adik beradik ramai lagi. Mak pun dah 50 lebih. Masa study aku dah sampai tahap nak quit tapi Alhamdulillah aku berjaya habiskan study dan grad dengan pointer 3.0 ke atas LLB.
Since ayah dah takde, macam2 perkara yang jadik yang buatkan aku makin patah hati nak hidup sebab aku rasa aku tak boleh handle masalah yang ada sorang2. Salah satu bila adik aku accident kena gelek treler. Alhamdulillah adik aku panjang umur walaupun motor dia total loss sampai orang semua tengok tanya hidup ke tak ni. Choiii. Tapi lepas tu still buat perangai. Sekolah dah berhenti, suruh masuk kolej kemahiran taknak. Ikut kepala dia je. Rumah dah macam hotel. Takde duit mintak mak. Mak aku bagi je. Dengan gaji mak aku RM400 berapalah sangat yang ada.
Mak aku ni sangatlah soft hearted punya orang. Sedara2 selalu carik aku suruh nasihat mak aku control adik aku ni punya perangai. Dorang dah malas cakap dengan mak aku. Even adik aku tak balik rumah, sedara aku call aku suruh carik adik aku. Padahal aku belajar utara rumah selatan. Aku rasa stress sangat sebab semua benda pun aku yang kena. Mak aku akan marah adik aku macam biasa je, Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Plus aku ni jenis yang tak bercerita apa2 dengan mak aku, semua aku pendam sendiri.
Kita orang pernah kena halau dari rumah sendiri sebab kena lelong. Susah payah jugak carik rumah sewa baru dengan keadaan ekonomi yang tak mengizinkan. Ayah aku masa meninggal tak tinggalkan satu sen pun. Rumah, kereta, duit simpanan semua takde. Rumah yang kita orang duduk tu pun rumah pusaka. Bila kawan2 tanya tak payah uruskan wasiat ayah ke, aku cakap ayah aku takde tinggalkan apa pun. Mungkin ada orang tak percaya tapi itulah hakikat. Even nak masuk u dulu pun aku sampai cakap kat ayah aku tak payahlah masuk nak bayar duit yuran pun ayah aku takde duit. Sampai mak aku pinjam kat sedara nak bayar yuran. Nak pindah rumah sewa pun pinjam sedara lagi sebab takde duit untuk deposit. Tebal jugak muka kita orang asyik pinjam duit kat sedara huhu.
Dengan kawan2 lain pulak cerita. Kawan2 aku sendiri boleh cakap siapa kahwin dengan aku nanti mesti susah sebab condition family aku. Dahlah sulung, banyak tanggungjawab, adik beradik ramai, parents pun takde duit. Berbulu jugaklah aku dengar. Korang semua anak orang senang boleh lah cakap macam tu. Macam sekarang trend budak2 travel. Member2 aku setahun sampai 3,4x travel overseas or dalam malaysia. Tipulah aku cakap tak jeles. Dorang ada jugak pelawa ikut tapi aku cakap memang takde duit nak enjoy2 ni. Sampai kawan aku cakap tipulah kau takde duit. Masa study dapat scholar. Bila dapat je aku asing siap2 masuk ASB. Tapi kalau dah takde duit aku keluarkan je balik. Sampai kawan aku pernah perli asyik keluar kan je baik tak payah simpan. Amboi mulut kau cili kang. Korang yela dapat scholar pun bulan2 parents bagi lagi. Nak beli barang mintak parents lagi. Puihhh laaaa.
Aku selalu bising dengan adik2 aku, belajar rajin2, nanti senang dapat kerja boleh tolong mak. Sebab mak aku dah banyak kali cakap nak berhenti kerja tapi aku cakap tunggulah adik2 yang lain kerja dulu sebab gaji aku sekarang pun tak boleh tampung ekonomi keluarga aku. Sekarang pun separuh dari gaji aku dah untuk family. Nak saving pun tak dapat. Lepas tu mak aku selalu tanya adik aku, aku ada bf tak. Umur2 aku ni memang elok untuk kahwin lah. Sampai kawan aku pernah perli cakap cepatlah kahwin taknak lah nanti aku andartu. Pehhh3. Tapi bila pikir bab duit, aku terus tawar hati nak kahwin. Padahal calon memang takde pun haha. Nak2 teringat pulak kawan2 aku pernah cakap siapa kahwin dengan aku nanti susah. Bila aku pikir balik pun ada betul jugak. So, bila ada orang nak serius aku malas layan. Kang dari mata turun ke hati kang payah kah3. Aku rasa kesian kalau laki aku nanti kena jaga aku, adik beradik aku yang ramai perempuan ni. Dengan perangai adik2 aku yang macam2 lagi. Bagi aku kalau dorang boleh carik perempuan yang lagi baik, family okay why not kan? Sis sedar diri sobs2. Plus baru2 ni doctor suruh aku buat blood test sebab aku dah sakit 3 bln tak elok2. Doakan aku sihat walafiat je okay takut jugak ni tunggu result blood test huhu.
So, aku dah set dalam kepala hotak aku nak stabilkan kewangan dulu, beli rumah untuk mak and adik2 aku biar dorang rasa ada rumah sendiri, baru aku pikir pasal diri sendiri. Aku selalu rasa serba salah dengan ayah aku sebab aku tak boleh jaga mak & adik aku elok2. Aku rasa akulah punca adik2 aku perangai macam2. Dan aku boleh terima kalau takde lelaki nak aku pun sebab condition family aku. Kawan2 lelaki aku pun pernah cakap besar tanggungjawab kau. Kalau dah lelaki pun cakap macam tu korang rasa aku apatah lagi. Sis hanyalah seorang perempuan insan lemah yang tidak berdaya uhuk2. Aku selalu cakap kat adik2 aku kalau korang nak kahwin dulu, kahwinlah. Aku harap sangat adik2 aku boleh jumpa lelaki yang baik untuk dorang. Adik2 aku pun dah pandai buat biz online untuk carik duit lebih. Since dari kecik kita orang dah start carik duit sendiri. Boleh kira berapa kali je kitaorang mintak duit parents.
Aku beruntung ada kawan2 yang selalu tolong aku time aku susah selain daripada kawan2 yang jugak bermulut puaka haha. Aku selalu jumpa orang baik2 kalau pergi mana2. Kadang2 aku pelik jugak baru kenal orang tapi cara dorang layan aku macam dah lama kenal. Tapi aku rasa tu salah satu cara Tuhan jaga aku. Alhamdulillah. Dekat Tuhan aku selalu doa mintak kuatkan hati, sabar dengan semua benda. Orang selalu pesan satu benda ni dekat aku, takpe jaga emak elok2, emak ni punca rezeki. InsyaAllah. Semoga tuhan permudahkan urusan aku.
Doakan sis kuat ok!
– Sis hati sado
you’re strong sis. if i were in ur shoes, sye tak rase sye ad kekuatan utk handle things by myself. be strong. Semoga Allah memberikan rezeki utk sis dn keluarga. besar pahala jaga org tua.