Manager At 17

Okay cerita dia macam ni. Masa lepas spm tu aku cari kerja dekat satu mall berdekatan dengan rumah. First aku memang tak nak langsung kerja dekat Restaurant Japanese ni sebab dalam tu hampir semua ex school mate yang satu batch dengan aku, lepasan spm. For me, I want a new environment with new colleagues. So, kedai tu tak masuk dalam list sorry not sorry.

Mungkin aku lupa aku cuma lepasan spm sedangkan Dr pun tak de kerja. Jadi aku merancang, Allah merancang dan Allah sebaik- baik perancang. Kadang yang kita tak nak tu yang kita akan dapat supaya kita tak cerewet dan bersyukur. Allah uji juga kerana kita mampu menghadapi so why not?

Hari ni aku minta kerja. Esok dia terus suruh datang. Takde tanya ada typhoid (injection for food industry) ke tak, ic, asal mana, transport, lesen, kerja sebelum ni. No interview at all. So smooth. Time ni I tak perasan apa apa pelik. Cuma senang sangat dapat kerja je & that’s why ramai my ex school mate. No wonder.

I start my day, sorang aunty ni bagi baju kimono sebab aku kerja dekat Japanese Restaurant (bukan sushi) so aku pakai je then start lah member ajar serba sedikit on how to work there. Restaurant tu serious cantik, unique and rare. Dari luar overall memang perfect but not till you get in. Everything changed. So don’t judge a book buy its cover bak kata orang putih.

First time aku nak amik order, aku guna tisu sebab takde tempat nak jot down. Nasib baik akal aku panjang, aku cari takde note book aku terus capai tisu. Then baru aku faham kerja aku, ada customer pergi amik order. Pasal takde note tu aku terus buat buku order guna A4 and stapler banyak-banyak. Kerja aku, pergi bagi order dekat counter. Pergi bagi order dekat chef. Pergi serve rice, soup & drink.

Customer balik pula pergi set up. Kadang kena basuh pinggan. Kalau customer takde kena berdiri dekat luar sambil pegang menu macam yang korang selalu nampak dekat mall. Aku punya bosan sampai orang pernah tegur “eh ingat patung tadi”. Sebab aku besi je. Air habis aku kena top up, soup habis aku kena top up, straw habis, tisu habis, pencungkil gigi habis, sabun basuh habis, sabun cleaning habis semua aku kena beli sendiri dekat dalam mall tu ada supermarket.

Then bermula lah cerita aku jadi manager unofficially sebab aku tak pernah dikenalkan siapa manager siap suv siapa ass. suv sebab semua macam tak function. Function bila big boss from Singapore datang kedai, time tu yang tak buat kerja tiba tiba semua jadi buat kerja. Daripada kerusi dalam cashier sampai boss datang kerusi letak luar balik.

Dari hari tu baru aku tahu cashier kena diri sebab mudahkan dorang bantu aku. So kalau dorang duduk, borak dan bergelak tawa siapa nak tolong aku melainkan dua orang partner aku tapi dorang kitchen crew. Dorang selalu kesian kan aku dan tolong aku. Dorang juga ex school mate aku.

Boss tak selalu datang. Duit dekat cashier hari hari tak da. Kita orang takde float money masalahnya chef transfer dekat boss semua duit sales dan tak tinggalkan float money langsung. Tinggalkan pun kalau kitorang yang closing. Kalau chef closing, memang takde duit untuk bagi customer duit balik.

So, pagi pagi orang nak bayar then takde duit balik kita orang terpaksa survive minta restaurant, kedai lain duit kecik. Pagi pagi dah tebalkan muka. Then kadang-kadang nasi habis, beli dekat kedai lain sebab no one notice nasi habis including chef. Semua busy. Lepastu pernah satu air pun takde dekat kedai sebab boss tak bayar previous payment.

Then, pernah juga ada supplier call minta bayar hutang. Dorang datang kedai minta hutang. Time tu lah so called manager lari. Buat buat takde dekat kedai. Memang dia kerjanya melarikan diri dari peminta hutang sebab dia hanyalah member boss yang jaga kedai sahaja. Pasal duit dia tak masuk campur.

Time ni dah dua orang member aku berhenti, then aku kena buat cek, aku kena pergi settle sewa kedai dekat office management, aku kena handle kedai yang takde system, banyak hutang dengan chinese supplier, takde manager. Aku lah cashier, aku service crew, aku floor staff, aku kitchen crew ya ya ya semua aku.

Tak cerita bab customer lagi yang tak puas hati itu, ini. Nasi keras, nasi tak sedap, soup tak panas, air takde, makanan hampir semua takde, nasi takde, makanan siap lambat, makanan tak pedas, nak air coke letak garam, nak cili potong, nak kerusi baby, bill mahal. Kita orang pinjam kedai sebelah kerusi baby sebab takde.

Prinsip boss “No issue, I want sales” Masatu I’m just 17 need to handle everything yang tak systematic. Serious banyak kali rasa nak berhenti. Masuk pukul 11 balik pukul 11. Takde life. OT takde. Epf socso takde.

Ex school mate aku tulah akhirnya yang tolong aku. Kami sama sama bantu each other to handle restaurants tu. Banyak pengalaman dapat dekat sini. Daripada opening sampai closing muka kita orang. Kerja dah macam orang Bangla. Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Aku berhenti sebab nak sambung belajar dan kedai tu sekarang dah tutup.

– Cik Cermin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *