Stress dan Depression

Assalamualaikum. Aku INA (bukan nama sebenar). Tujuan aku tulis ni sebab aku dah tak tahan dengan situasi yang aku hadapi ni. Aku jenis orang yang senyap dan tak banyak cakap. Tapi bila dah melampau sampai satu tahap aku nak mengadu dekat semua orang.

Aku baru lepas graduate. Belajar dalam bidang komunikasi. Bila sebut pasal komunikasi orang lain akan fikir, “budak terer dalam berkomunikasi.” Nak kerja apa pun boleh sebab communication is very important.

Tapi sebenarnya, orang sekeliling aku ramai yang salah anggap. Tak semua orang bijak dalam berkomunikasi. Aku masuk bidang ni pun sebab aku nak kerja wartawan. Aku suka menulis. Bukan setakat suka. Tapi cinta dalam bidang penulisan.So penulisan aku banyak yang dpt A. Bukan nak kata aku tak boleh bercakap. Aku boleh. Aku juga belajar skill nak cakap dgn manusia.

Tapi bila depan orang ramai, aku jadi kaku dan mulut terkunci. Ia salah satu kelemahan terbesar aku yg aku sendiri pun kena ambil masa nak improve step by step.

One day, aku dapat interview sbgai pembantu editor dekat satu company ni. Aku try drop resume dekat mana2 untuk capai impian aku jadi wartawan. Tapi tak dapat. Aku cuba. Sampai la aku dapat interview position ni. Aku rasa not bad la. Alang2 tak de kerja. Apa kata try kerja ni.

Waktu nak pergi tu, dugaan lain dtg. Aku demam panas. Demam aku sampai 2 minggu. Aku minta tunda interview dekat syarikat tu. Tapi mak aku cakap takpe. Cari kerja lain dulu. So aku ikut.

Lepas tu dah 3 bulan aku interview mana2 syarikat dalam apa jua position, aku still tak dapat. Dah tau la interview aku tak pass.

Satu hari, aku dapat kerja sebagai pegawai telemarketing dekat satu syarikat ni. Aku ambik sebab aku waktu tu terdesak nk bantu family aku yg waktu tu perlukan duit.

Dipendekkan cerita, aku pass. Aku terikat dengan kontrak setahun. Awal kerja aku rasa best. Bila lepas satu minggu kerja aku mula nampak bos aku makin melampau. Alasannye aku dah seminggu kosong sale. Dia mula malukan aku depan yg lain. Dia tengking2 dan push2 supaya aku dapat sale jugak. Bila satu hari tu aku sale aku mula mengena, customer pulak yang buat hal. Dia tak nak sebab takut ni panggilan tipu. Aku usaha untuk yakinkan cust. Tapi bukan rezeki aku. Cust tu still tak nak. Bos dah mula buat muka.

For your information, aku try hard untuk bagi dia nampak effort aku. Waktu cuti aku belajar mcm mna nak closing sale. Dan aku try mcm mna nk ambik hati cust. Sebab aku tau aku tak ada pengalaman dalam marketing. Aku belajar. Aku doa kali ni mohon sale aku ade.

Dua minggu , sale aku masih zero. Boleh nampak perubahan bos aku macam nak perlekehkan aku. Makin lama suara dia makin tinggi. Makin lama makin dia tk pandang aku. Bila lalu je depan dia langsung tak tegur aku walaupun aku senyum dia tak balas senyuman aku.

Satu hari, aku kena tengking dpn staf lain. Dia kata. “2 weeks you tak ada sale. Aku pening nak kerja dengan orang loser ni. Takkan kau nak mkn gaji buta?” Aku terdiam. Yang lain pandang aku semacam.

Aku down dan aku rasa baik aku berhenti. Tapi hati aku kata, aku kena tahan sebab aku nk duit. Lagi satu sampai bila aku nak menganggur dgn kerja sekarang susah nak dapat.

Aku ingat aku okay. Sampai satu tahap aku tak sedar apa jadi dekat aku. Aku hari2 kena tengking. Aku nangis. Aku langsung tak bergaul dgn kwn skerja aku. Aku fikir nk dptkan sale je.

One day, mak aku perasan aku tak banyk buka mulut. Makan pun dua tiga suap. Ada kala tak mkn langsung. Sampai satu tahap aku lupa nak mandi. Aku berkurung dalam bilik termenung baring pun pandang siling tak gerak2 kiri kanan.

Mak aku sedar aku macam tu. Dia dtg dekat tanya kenapa. Aku ignore. Mulut aku berat nak cakap. Fikiran aku cuma fikir sale. Perut aku bunyi sebab lapar. Bunyi banyak kali.Mak aku dgr. Dia terus pukul aku. Aku rasa sakit. Aku pandang dia lps tu aku nangis. Kuat aku nangis.

Hujung bulan tu aku still tk dpt sale. Bos aku makin melampau sampai kertas2 dia baling dkt aku. Dalam otak aku, kali ni apa salah aku sampai nak sebulan sale tak kena.

Bila balik tu aku terus tidur tak mandi tak apa aku terus tidur. Bila aku bangun, aku tengok langit dh terang. Aku gelabah sbb dah lambat. Aku keluar bilik mak aku dah tercegat kat situ.

Dia cakap. “Kakak kalau nk berhenti, bagi notis 24jam. Mak tak nak kakak makin teruk. Ni dah teruk. Muka pun nmpk kurus kering. Jangan tunggu sebulan. Bagi je notis 24 hours.”

Aku abaikan. Aku fikir satu je aku nk teruskan. Pergi kerja aku kena tengking lagi. Kertas melayang sana sini. Aku dah lali.

Balik kerja tu, aku jalan2 dgn tak de hala tuju. Aku lapar pun aku tk ade mood nk makan. Balik tu aku kena marah lagi sebab aku balik pukul 11 lebih nak masuk pukul 12. Aku tak sedar dah pukul brp. Last2 dpn pintu rumah aku peluk mak aku air mata aku laju je mengalir. Melalak mcm budak kecik. Kuat gila aku nangis.

Esoknye aku EL. Mak ayah aku cakap slow dkt aku diorang sarankan aku bagi notis 24 h. Dia tahu gaji aku lambat lagi. Waktu tu aku dah mula ade keyakinan ank berenti. Sebelum ni aku takut sebab aku tk pernah kerja sebelum ni. Tambah aku bawah gov. Aku takut nama aku blacklist sbb dalam contract kata tak boleh bagi 24 h. Kena sebulan. Mak ayah aku paksa 24 h jugak. Kalau tak dorang serbu tempat kerja aku. HAHA. Mak ayah aku mmg mcm tu. Bila nak buat, betul2 dorang buat.

Sekarang ni aku takut. Apa perlu aku buat?

– INA

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *