Pandangan Aku Tentang “Perlukah Aku Berkahwin?”

Confession, “Perlukah Aku Berkahwin?” (https://iiumc.com/perlukah-aku-berkahwin/).

Saya tak tau sama ada tulisan ni dipublish oleh admin @ tak. Cuba nasib je.

Saya tak tau rupanya ada juga segelintir lelaki di malaysia yg gay. Ingatkan gay ni cuma ada kat negara2 luar je (tgk dlm internet).

Klu dlm iiumc ni dh beberapa org yg post berkaitan gay. Of course sy baca. Saya takde pengalaman & sy tak tau mcm mana nafsu pd sesama jenis. I’m not lesbian even pernah sekolah perempuan sahaja dulu.

Sy pernah ada crush zaman belajar matrik dulu. Crush sbb dengar suara dia je pun, belum tengok muka. Lepas tu mula la cari pasal dia sbb kira dia ni aktif dlm matrik jd senang nak dpt info pasal dia. Yup, perempuan boleh jd stalker if she want to ye. Sy simpan ic no. dia, birthday dia same month as i am, sy jumpa fb dia sbb public, dia anak sulung, tua setahun drpd sy.

Sy simpan gmbr dia satu tu je tp sekarang dh delete. Dah tak pikir pun pasal dia sbb dia dh jd suami & ada anak perempuan. Sekarang tak rasa pun nak stalk fb dia. Wife dia berpurdah (sy follow fb wife dia & adik ppuan dia), dia pun org beragama. Mmg jauh panggang dgn api, sy nak dpt org mcm tu. Tp, apa yg pasti 4 nombor belakang dlm ic dia, sy kerap jdkan passcode/password sbb no. tu cantik, no. double & sy sukakan no. double.

Sy ni banyak kekurangan tapi sy tak perlu huraikannya panjang2 dlm ni sbb ada je confessor lain dah cerita topik sebegini. Klu bleh kekurangan yg sy ada ni, sy harap pasangan sy in future takde la. Sebab tu jugak, sy terfikir & pernah ckp dlm hati, disebabkn sy ni ada kekurangan, hadirkn lelaki biasa yg ikhlas utk terima sy. Sy juga pernah terfikir utk dapat lelaki gay dlm hidup saya.

Gila kan, saya?

Berbalik pd kisah Hamba Allah tu.

Hrp lelaki gay yg sy nak tu mcm Hamba Allah tu walaupun nafsu dia pd lelaki tp dia tak prnah buat hubungan songsang dgn mana2 lelaki. Sbb sy pun takutkan jangkitan hiv+. Selagi mana lelaki tu jaga nafsu dia pd lelaki lain, sy ok je.

Klu betul bekas awek Hamba Allah ni ikhlas sygkan Hamba Allah ni, of course dia akan terima Hamba Allah ni dgn hati terbuka, yg penting berterus terang siapa awak, tentang nafsu awk, sebelum akad nikah. Klu dia tak bleh terima, lepaskan dia secara baik. Let her go & find someone else.

Bg sy, dlm perkahwinan tak semestinya sbb nafsu semata2. Kdg2, cuddling, kisses, komunikasi, tanggungjawab, tolak ansur tu pun penting dlm perkahwinan. Sbb tu, sy jd takut & kurang suka org yg hanya fikirkan seks semata2 dlm perkahwinan. Bini berpantang, baru lepas bersalin, sibuk nk terkam dah sebab dah beberapa bulan ‘berpuasa’.

Utk Hamba Allah ni, kalau awk diberi rezeki berkahwin dan punya anak (insya-Allah), harapnya awk jgn tinggalkn wife awk bila dh ada anak, & tlg jaga wife awk yg bleh terima nafsu songsang awk tu (yg mana harapnya awk boleh kawal nafsu tu & tak realisasikannya pd lelaki lain) & sentiasa jujur pd wife awk ttg apa2 je.

Nak kahwin dah ke?

Dulu zaman sekolah mesti kita ada target dgn kwn2 nak kahwin bila, kan? My answer is 30 years old (Info: mak saya lahirkan saya umur 30 tahun & I’m the youngest). Tp, urusan jodoh siapa yg tau. Mmg ya, abg2 kakak smua dh berkahwin, ada anak buah 5 org, tinggal sy sorang je bertitle single. Even mak pernah bg hint nnti adik kahwin pun mcm ni, nnti laki adik gini gini. Hint mcm tu je, takde paksa kaw kaw suruh cari calon pun. Sy senyap, diam je tak berani balas apa2. Mak ayah pun tahu yg saya takde kawan lelaki pun. Jadi, mana datangnya calon suami tu.

Tp, sy pernah impikan perkahwinan yg mna lelaki tu boleh terima baik buruk sy, kekurangan sy. Sy nak ada kwn baik merangkap lelaki yg bakal jd suami sy sbb sy tak pernah ada kwn lelaki, sy tak pernah keluar brdua dgn lelaki. Jd, sy nak rasa mcm mana ada kwn baik lelaki (bersembang tentang apa2 je dgn dia), pegang tgn lelaki yg dh halal dgn kita, naik motor peluk lelaki tu & bukannya fikir ttg hubungan dlm selimut semata2.

Dulu, kdg2, sy naik motor pergi/balik sekolah dgn abg @ ayah, sy tak peluk pun diorang, tangan sy sibuk pegang belakang motor sebab rasa akward sangat nak peluk diorang even tahu tak dosa pun. Cium pun sy hanya pernah cium pipi ayah, abg2 masa salam raya, that’s it. Kalau ada masalah berlaku kat tmpt keje, sy boleh la cerita dgn dia. Mcm sekarang pun sy byk cerita dgn mak klu jd apa2 kt tmpt keje. Sy jarang nak cerita pada kawan atau share dlm fb & ig.

Sy pernah register something mcm baitul muslim tapi sy tak aktif sbb mcm2 nk kena update profile la, letak gmbr, update itu ini, alih2 dah malas fikir benda tu. Lagi pulak, dengar org confess psl ni dlm iiumc pun, jadi takut nak join benda2 mcm tu.

Jd, utk lelaki yg ada masalah mcm Hamba Allah ni, kalau awk ada niat nk berkahwin, nak ada anak, cari la perempuan yg boleh terima awak seikhlasnya. Dlm msia ni, dlm beribu mungkin 1-5 yg bleh terima lelaki gay dlm hidup dia. Lelaki tu pulak mesti la lelaki gay yg pandai kawal nafsu dia pd lelaki lain. Bukan lelaki baran @ kaki pukul @ mmg gay yg aktif hubungan dlm selimut dgn lelaki lain ye. Kalau mcm tu, sy pun takut nak terima. :)

Please don’t put high expectation to your husband/wife when u get married.

Hamba Allah: Perlukah Aku Berkahwin?

Ily: Kalau rasa berkemampuan, bersedia dan berani berterus terang, jujur pada bekas awek awak & this girl ikhlas terima awak seadanya, why not just get married & mohon pada Tuhan semuanya dipermudahkan.

Terima kasih pd admin yg sudi publishkan tulisan ni.

Terima kasih pd yg sudi baca.

– Ily bkn nama sebenar, 2X tahun

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *