Hidupku Roller Coaster

Hai, nama aku Aliyah. Aku nak kisah aku ni dijadikan pengajaran buat semua. Kerana yang tidak baik tu datang dari aku yang jahil dan secebis kebaikan aku adalah kerana iman yang tersisa.

Kisah roller coaster aku ni bermula ketika aku di tingkatan 5. Bermula dari Nokia 3310. Ya, ini coretan masalah sosial! 2005, aku mengumpul duit belanja sekolah utk membeli phone nokia 3310. Kami pada zaman itu seringkali “test” boyfriend/abg angkat masing2. Ada seorang ni aku kenal hanya melalui SMS kerana kami tengah test abg angkat kawanku. Siapa menduga itu yang memulakan episod hitam hidupku.

Setelah berSMS beberapa bulan, dia datang berjumpa denganku. Aku bukanlah gadis manja. Perwatakanku sedikit boyish. Jadi aku tidak menganggap ini cinta ke hujung nyawa. Kerana beberapa kali kena reject buat aku sedar diri. Ok back to my story. Sebab aku mmg boyish dan most of my friends are boys, aku tak kisah melepak sehingga jauh malam. Dan pada suatu malam, aku tidak menyangka mereka ada perancangan. Kami ditinggalkan berdua oleh kawan2 kami untuk aku dijadikan mangsa oleh abg angkat kawanku.

Setelah kejadian itu, aku memang menjauhkan diri dari mereka semua. Aku tidak boleh menerima apa yang telah terjadi. Aku teruskan hidup seperti biasa cuma circle aku sudah berubah. Kebetulan pula masa itu cuti sekolah, jadi aku banyak habiskan masa terperuk di rumah nenek.

3 tahun kemudian, aku berjaya masuk ke sebuah IPTA. Di sini aku agak jauh dari keluarga. Aktiviti bebas melepak kembali menjadi rutin aku. Dan aku kini ada sebuah motor. Lagi panjang la langkahku. Semasa program orientasi IPT, aku berkenalan dengan rakan 1batch tapi berlainan coursework. Ashraf namanya. Aku dan Ashraf sering bersama dari BFF kepada BF. Hahaha aku yang masih boyish seperti dulu sedikit happy bila dah ada boyfriend ni.

Aku selalu lunch dan dinner bersama2 dia dan beberapa org rakan kami. Cukup aku katakan Ashraf sangat baik. Cuma aku tidak sedar dia adalah playboy kerana dia bijak memanipulasikan keadaan. Dia ada Gf dari coursework dia. Pernah aku persoalkan kenapa aku pernah nampak mereka berpegangan tangan. Dia kata takda apa2. Kawan ja. Bodoh kan aku percaya. Kemudian sesuatu yang tak diduga terjadi. GF dia contact aku dah mengatakan mereka sedang bercinta dan marahkan aku kerana menjadi org ke-3.

Setelah beberapa ketika, SMS demi SMS amaran aku terima darinya. Aku minta dia buktikan sejak bila mereka bercinta, SUDAH 2 BULAN. Manakala kami pula sudah couple lebih 4 bulan, siapa orang ke-3 ni? Aku ke Engkau? Setelah dia tahu dia orang yang ke-3, dia kata dia sendiri akan mengundur diri. Tetapi janji tinggal janji. (Ak senyum ja ni). Aku move on ja. Lagipon adu dipanggil ke IPT lain utk course yang betul2 aku berminat. Jadi aku pindah ja.

Di IPT baru, aku masih boyish dan masih suka melepak sehingga malam. Di sini aku reunited dengan abg angkat aku yang aku kenal dari sekolah lagi. Sebab kami berada di bandar yang sama. Danial namanya. Danial ni terkenal dengan sifat playboy tapi aku dah menaruh hati sejak sekian lama cuma kupendamkan sahaja kerana i’m not his type. I’m having so much fun reunited with someone i used to fall in love with.

Danial bijak membaca perilaku aku. Dia menjadi pemangkin untuk aku belajar. Tetapi dalam masa yang sama dia merosakkan aku. Yes aku masih kerap melepak malam. Sehingga suatu malam dia bawa aku ke sebuah rumah tumpangan. Dia berjanji untuk tidak berbuat apa2. Bila lelaki dan perempuan dalam satu bilik, hmmm syaitan bijak memainkan peranan. Aku yang masih sayangkan dia sejak sekian lama telah melakukan kesilapan. Dan… kami mengulanginya berkali2.

Setelah beberapa ketika, bermula la episod paling duka bagi aku. Aku ditinggalkan untuk perempuan yang lebih cantik kerana dia kata aku masih boyish, but her beauty without brain. Perempuan itu kawan baik aku. Aku jumpa mereka di rumah tumpangan tanpa sehelai pakaian pon. Macam mana aku tahu? Aku gunakan friends finder. Takpa putus sudah segala sahabat dan kekasih. Aku membawa diri.

Inilah episod putus cinta paling sedih sepanjang hidup aku. Aku sangat stress sehingga menangis 24 jam, muntah darah, tidak lalu makan. Aku tiada motivasi hidup. Sebelum ini kami bertiga sangat rapat. Mereka duniaku. Kini aku sendiri. Aku mengambil masa lebih 4 bulan untuk menerima keadaan yang telah berlaku. Setelah setahun, aku masih berdendam dengan mereka tapi aku lepaskan dengan join geng rempit pula. Aku belajar main motor.

Aku mula mengenal track lumba. Dan ketika ini, aku mula mengubah jiwa aku. Kerana aku boyish, ramai rupanya sukakan aku. Hehehe. Comel juga aku sebenarnya. Jadi aku mula menjadi player di kalangan perempuan pula. Aku buat perempuan2 tu terasa disayangi dan aku akan minta break disaat mereka yakin aku milik mereka seorang. Bukan seorang dua perempuan yang merana sebab aku. Modal aku? Kata2 manis dan sedikit kasih sayang. Mereka sanggup topup numberku untuk SMS dengan mereka. Dalam masa yang sama aku masih mengharap ada lelaki yang akan menyayangiku dengan ikhlas.

Bertahun2 aku hidup dalam dunia bisexual, tertutup rapat duniaku dari sahabat2 di sekeliling aku. Kerana aku bijak mengasingkan hidup di IPT dan kehidupan sosial. Di IPT, aku pelajar yang tidak kurang cemerlang, beyond average juga. Di dunia sosialku, aku adalah aku yang tidak berpura2. Aku punya Boyfriend Nerd kerana aku tidak mahu dia tahu dunia aku yang lagi satu. Dia memang tidak tahu kerana seringkali aku kata malam adalah masa untuk keluarga. Padahal waktu malam, aku akan melepak bersama2 geng satu alam denganku. Geng satu alamku ini, kami tidak pernah berlawan siapa paling cantik atau pandai tapi kami berlawan siapa paling ramai girlfriend. Aku bukanlah yang paling ramai girlfriend cuma aku sering juga bertukar girlfriend.

Setelah tamat IPT, aku bekerja. Dan tak lama kemudian aku kahwin dengan boyfriend nerd aku tu. Sampai sekarang dia tidak tahu aku bisexual. Untuk girlfriends aku, aku cakap aku dah berpindah ke luar negara jadi kami takkan berjumpa lagi. Kerana aku agak excellent di IPT, mereka percaya. Hihihi Aku tukar number. Aku buat semua account instagram dan facebook baru.

Kini kami dah ada tiga cahaya mata, dan aku sepenuhnya dah keluar dari dunia dua alam aku itu. Suamiku kau yang teristimewa. Akanku abadikan hidupku untukmu selamanya. Sesekali inner side aku tu terkeluar juga. Aku melirik juga kepada perempuan lain tapi aku masih mengawal siapa aku.

Janganlah anda pandang mereka yang songsang dengan pandangan jijik kerana mereka mungkin akan berada di tempat lebih baik pada pengakhiran hidupnya. Aku telah berjumpa dengan beberapa yang dulunya player, kini ahli masjid. Cuba anda dekati mereka, bawa mereka ke tempat yang lebih baik.

Aku pendosa juga ingin ke syurga…

– Aliyah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *