Pengalaman Kerja Sebagai Purchasing Officer III

Assalamualaikum..

Nama aku adalah Mat, 27 tahun dan masih single, ini adalah kali ketiga aku menulis di IIUM, kali terakhir adalah setahun lepas, kebelakangan IIUM ni dah macam KRT pulak, tapi nama pun page confession kan, sebarang tajuk pun boleh. Saja nak share pengalaman hidup dan kerja aku yang tak seberapa ni kalau nak dibandingkan dengan confession2 lain.

Kepada yang baru baca cerita aku..

Part I, https://iiumc.com/pengalaman-kerja-sebagai-purchasing-officer/

Part II, https://iiumc.com/pengalaman-kerja-sebagai-purchasing-officer-ii/

Dah genap setahun lebih aku sebagai Purchasing Officer kat kilang ni. Pengetahuan, keyakinan dan pengalaman aku makin bertambah dan di sini suasana kerjanya lebih menyihatkan dan semangat berpasukan sangat diterapkan.

Untuk pengetahuan semua, kilang tempat aku bekerja ni based on project O & G jadi bermula tahun 2018, bisnes tersangatlah maju, dan projek tak henti2 masuk, memang tak menang tangan untuk buat pembelian barang2 yang ada kaitan dengan projek. Terasa kepenatannya dalam membuat pembelian dan dalam memastikan barang2 yang ditempah sampai tepat pada masanya.

Walaupun kilang tempat aku bekerja ini bertaraf antarabangsa tetapi ia masih “family-based company” yang bermaksud pengurusannya banyak dipelopori Boss dan ahli keluarganya sebagai Director2 dan jawatan penting yang lain. Memandangkan pentadbirannya begitu, akan ada banyak kepala yang berlainan fikiran dan kadang kala memang penat nak layan. Hahaha. Boss nak begini, ahli keluarganya nak begitu pulak. Macam mana tu? Hahaha.

Ada Director yang okay dan ada yang kerek. Mana2 tempat bekerja pun mesti ada macam ini kan. Memandangkan aku berada di department Purchasing, sekiranya ada barang yang lambat sampai, memang akan kena langgar. Baru2 ini, akibat kegagalan barang sampai on time, mengamuk seorang director ni “WHERE IS MY F**K*** ITEM, barang kecil sahaja, tapi tak cukup 1 part memang tak jalan kerja, layan sahaja la sambil belajar.

Dahulu aku cukup cuak kalau pembelian melibatkan rod bar, angle bar, unequal bar, pipe, enjin dan seangkatannya, sekarang tidak lagi. Betullah kata orang, lain rasanya kalau ada pengalaman ini.

Dekat sini, pengurusan memang galakkan setiap pekerja untuk memberi pendapat mereka bagaimana untuk memajukan kilang. Aku sendiri pun sudah 2-3 kali dihantar training bagi meningkat keupayaan dari segi communication skills,negotiation skill dan berkaitan ISO. Banyak yang aku belajar sebenarnya dan Manager aku tak kedekut ilmu.

Jenis boiler plate pun aku kena belajar juga, besi yang tebal, berat bertan, panjang macam kontena trailer dan macam2 lagi.

Jadi Purchasing, bukan hanya tahu beli barang sahaja tapi kena jaga costing projek juga, kalau cost membeli barang terlalu tinggi, purchasing boleh dipersalahkan kerana tidak mencari cara untuk mengurangkan kos.

Aku bersyukur dengan peluang dan nikmat yang ALLAH S.W.T kurniakan ini. Beberapa tahun lepas, aku berasa sebagai seorang yang gagal. Bermula dengan zaman diploma yang cemerlang, zaman degreenya pulak penuh dengan fail setiap semester dan pernah dismiss daripada universiti 2 kali kerana aku yang tak berminat dengan course yang diambil ditambah dengan masalah keluarga yang berat.

Tahun lepas mak aku ditimpa sakit mata yang boleh meyebabkan matanya buta, sekarang dalam fasa rawatan, doktor yang merawat kata peluang untuk sembuh adalah tinggi, namun tempoh rawatan mengambil masa hampir setahun lebih dan penglihatan hanya akan pulih dalam 70-80 peratus tidak seperti penglihatan asal. Kos perubatan juga agak tinggi untuk setiap kali satu sesi.

Baru2 ini aku belikan kereta baru untuk permudahkan urusan mak ke hospital dan juga untuk gembirakan dia. Nampak emosinya yang terganggu dan cepat melenting akibat sakitnya. Mohon semua pembaca untuk doakan kesembuhan buat emak aku.

Memandangkan aku satu2nya anak lelaki dari 3 beradik dalam keluarga memang terasa berat tanggungjawabnya untuk pikul tanggungjawab. Banyak benda yang aku fikirkan, ada cita2 nak ambil double degree bagi menebus kegagalan dulu, tapi entahlah masa belum mengizinkan. Rumah pun belum beli, calon isteri pun belum ada, adik pun belum habis belajar, nak sara keluarga dan macam2 lagilah.

Sebenarnya aku agak bosan bila saudara2,kawan2, masyarakat bahkan manager aku “chinese” ya, yg yang asyik bertanya bilalah aku nak kahwin memandangkan kahwin bukanlah top priority aku. Tolong doakan agar aku mendapat jodoh yang baik ya.

Takdir manusia ni berbeza2 dan tak dapat diramal ada naik turunnya, kadang2 teringat kegagalan aku yang lalu sehingga rasa nak putus asa tapi begitulah. Jangan pernah rasa putus asa dan jangan lari dari masalah, selesaikan ia. Kepada adik2 di luar sana yang masih mencari kerja, bersabarlah dan teruskan usaha. Sentiasa senangkan hati orang tua korang, insyaallah ALLAH permudahkan urusan korang. Banyak benda yang aku nak share sebenarnya tetapi tak pandai nak tulis panjang2. Terima kasih sebab membaca ya.

– Mat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *