Bahana Ayat “Aku Ni Suami”

Hai pembaca IIUM Confession. Aku Humaira. Tapi kisah aku nak ceritakan ni, bukan kisah aku pon. Tapi kisah abang ngah aku dan wife dia yang aku nama samarankan kak L.

Aku ni duduk serumah dengan family abang aku tau. Jaga anak buah. Angah aku ni kerje makan gaji je dengan income 5k sebulan, manakala kak L seorang usahawan dengan income 5 angka.

Aku stay sini pon sebab kak L offer aku as pengasuh anak2 dia. Dengan gaji 2k sebulan beserta slip gaji. Makan minum aku , tempat tinggal aku, semua ditanggung oleh keluarga angah aku.

Kak L ni dia tak ade masa sangat tau, dia banyak masa dalam bilik ofis dia, buat kerja. Sebab tu la dia banyak perlukan aku untuk handle anak2 dia, bab urusan rumah tangga, dia hire maid. Tak sentuh langsung gaji angah aku.

Even aku nak keluar dengan kawan2 aku pon. Kak L ni akan kasi kad dia untuk aku spent. Duit gaji aku tak berusik mana pon. Aku jarang berborak dengan kak L sebab kesibukan dia even kami duduk sebumbung.

Nak dijadikan cerita, 1 malam tu, aku terdengar angah aku bergaduh dengan kak L.

Isu nye angah aku tibe2 cemburu buta dengan kerjaya kak L. Sebab ade masa kak L kene handle email dan email tu dari lelaki. Entah ape yang merasuk angah aku, aku pon tak tahu.

Aku ni busy body juga. Aku curi2 dengar. 1 ayat je yang aku dengar kak L cakap “oh awak suami. Ok. Saya jadikan awak suami total”

Sejak tu abang aku tido bilik, kak L akan tido ofis dia. Kak L akan masuk bilik bila angah aku pergi kerja je.

Kalau duduk dalam rumah tu, diorang jadi macam orang asing. Langsung tak bercakap. Tapi still melayan aku dan anak2 diorang dengan baik.

Aku tengok kak L masih steady even dah berbulan bergaduh. Tapi yang tak keruan nya abang aku. Sampai tahap dia pinjam duit aku sebab nak isi minyak motor.

Rupanya kak L stop bayar segala jenis bill, kak L stop bayar maid, kak L stop beli grocery rumah, semua dia stop. Yang melibatkan duit dia, semua dia stop kecuali bayar gaji aku. Gaji aku jalan je macam biasa.

Macam2 usaha angah aku nak pujuk kak L. Dibelikan handbag; dibelikan kasut. Bawak bercuti. Ajak makan sedap. Kak L still tak pandang angah aku. Bertapa tawar hati betul kak L aku tengok pada angah aku.

Aku harap angah aku berjaya la tambat hati wife dia semula. Sape suruh cemburu bute, baru padan muka. Aku nak marah, tu abang. Aku tengok je la jadi penonton. Tu saja. Thank youuu.

– Humaira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Tak salah serah tanggungjawab pada suami. Tapi tak layan suami tu yg salah. Harap ada jalan penyelesaian nya.

    • Mana u tau dia x layan suami.
      Kalau layanan ok tapi sejenis suami kuat jeles pon x bole juga.

  2. rasa macam puas pulak baca cerita ni hahaha typical meleis men mesti rasa insecure bila wife earn more. tapi lupa yg tanpa wife dia, dia takkan secomfortable itu. so, to men out there, kalau memang takleh rasa wife lebih pls cari yg sekufu or earn less than you. bak kata astrid dalam cerita crazy rich asian ” It was never my job to make you feel like a man. I can’t make you something you’re not”. maybe abang anon ni kurang perhatian je kot sbb wife dia busy tapi sbb pulled out the wrong card haaa habis wife dia ungkit semua. semoga yg baik-baik sahaja untuk abg anon dan kak ipar.

  3. Sbb tula seorg suami tu kena bayar semua yg dia sepatutnya bayar sbb tu tggjawab dia. Kalau wife da tolong tu rezeki tp still u as husband kan

  4. Assalamualaikum. Cerita ni ada pengajaran ada pelajaran yang tersendiri. As a husband, even though wife kita earn more drpd kita, at least yg menjadi tanggungjawab tu kena jalankan sbb benda tu wajib sbb tu nafkah utk wife kita. Then, if wife kita redho and ikhlas nak tolong bersyukur lah. Sebelum nak marah or persoalkan kerja isteri tu, siasat or berbincang baik2 dulu. Tegur mna yg patut jgn main serang je sbb kita xtau kepenatan n keperitan sang isteri utk memajukan ekonomi rumah tangga. Doa lah yg baik2. Jgn smpi isteri x redho dgn apa yg dia dh tlg selama ni. Bincang elok2. Dalam rumah tangga ni mmg kena byk bersabar. Kalau kebahagiaan bersama yg korang nak capai bersama bykkan berdoa n besabar. percaya dgn qadaq n qadar Allah S.W.T. Ini just pendapat peribadi je lah. Jika ada salah silap saya minx maaf. Saya pun bukan org pandai.

  5. patutnya laki dia downgrade kan kehidupan, potong semuanya, bagi yang wajib saja. Then, baru isteri boleh hormat.

  6. bagus bini angah dia. Faham hak isteri yang betul bila suami start x sedar diri. Betul sangat lelaki diberi tanggungjawab lebih, hak pun lebih. Tapi Melayu ni kaum manjakan lelaki, suruh isteri tanggung setara, selalunya lebih dari suami. Tapi bab taat takde pulak taat kat bini pun ahahahaa! Dok ulang ‘Aku ni suami, ko bini kene taat’. Dah dapat isteri cantik pandai cari duit, suami insecure pulak. So complicated bruh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *