Jihad Kita

Hai Ann sini. Sebelum ni I pernah tulis pasal macam mana I masuk Islam kan. Boleh baca confession nya di sini, (https://iiumc.com/macam-mana-saya-masuk-islam-v/).

Harap masih ingat saya. Cerita pasal I masuk Islam rasanya dah habis. Sebab tu tak nak guna tajuk tu. 

But hari ni I nak share satu benda khas untuk saudara I yang perempuan. I share sebab I sangat sayang u all. 

Sorry kalau tulisan ni agak sensitive. But jangan malu if melibatkan ilmu. 

Maybe ramai yang tahu, ada yang tak tahu.. Just a lovely sharing ya. 

Pernah tak kita terfikir mengapa ada kalanya doa2 kita seperti belum di makbul oleh Allah. 

Ramai diantara kita bekerja kan. So time solat zohor and asar most of time solat di pejabat. 

Pernah tak terfikir panties kita bersih ke tak.. 

I percaya ramai girl ada masalah keputihan. Ada yang use pantyliner ada yang tak. 

Berapa ramai antara kita yang rajin nak change panty. Or change underwear. 

Pasti ramai jugak yang terus solat macam tu ja. 

Maybe fikir dah pakai panty, so underwear tu bersih.. Salah ye. 

Masa I awal2 pergi kelas saudara baru, ustaz banyak tekankan pasal kesucian dan kebersihan. 

Jangan bawak najis dalam solat. Orang perempuan mostly masalah datang dari vagina kita. 

Macam mulut kita yang sentiasa basah. Vagina kita juga sentiasa basah akan ada cecair. Itu memang natural dia. Sentiasa lembab. 

Sebelum solat make sure tukar panty tu.. Pakai yang baru. 

Selepas itu ada cecair turun tak kena underwear,solat kita sah. Sebab panty itu dah serap. 

Tapi sebelum solat mesti kena tukar yang baru. Walaupun kita sudah pakai sebelum ni,tapi bila kita tak change. Sudah macam bawak najis dalam solat. 

Sebab kita fikir still keputihan tak kena underwear kan. 

Tapi kita sudah bawak najis yang sudah sedia ada dalam pantyliner tu. 

Then macam mana dengan doa2 kita tu.. 5 kali solat, 5 kali tukar panty baru ok. 

Kalau I, I bawak extra underware di office. Then sebelum solat I akan buang air kecil. 

Because kadang2 kita batuk or bersin takut najis terkeluar. 

So yang I belajar, sebelum solat pergi kencing dulu. Then cuci bersih2. Lepas tu I akan buang pantyliner yang dah lama tu. 

Then I akan change underwear baru with new panty. Underware lama tu I simpan. Kenapa tau, let me explain. Sebagai contoh. 

Kita masuk office 9am. Zohor 1. 30. Antara gap tu mesti kita ada pergi toilet kan. 

Bimbang ada percikan air kencing or najis kena underware tu. Then kita sambung kerja with old underware. Kemudian solat dengan tu jugak. 

Walaupun tukar pantyliner, kemungkinan ada najis terkena panties ketika kita buang air. I susah nak yakin 100% bab najis ni. 

Sebab tu I akan tukar seluar dalam baru dengan pantyliner baru setiap kali solat. 

Jadi nya sekarang ketika I solat, underware I baru. Tak ada najis. Dan ada panty untuk cover takut ada turun keputihan. 

Actually I tak ada masalah keputihan. Tapi macam I cakap vagina kita sentiasa lembab.. Kadang2 tak pasti apa yang turun. 

I jugak jarang use pantyliner. But stiap kali solat I akan tukar underware baru. Dan panty baru. 

Lepas solat, I akan buang pantyliner tu walaupun ada najis ataupun tidak. 

Sebab kita bukan nampak. Kadang dia dah serap. Kadang2 kita tak rasa jugak kan. 

Then underware baru tu I simpan semula. Tukar balik pergi panties lama. 

Sebab I tak nak rosakan dua2 underware. Nanti ada pergi toilet, takut kena najis. 

At least I akan keep satu underware yang I yakin ianya bersih. 

I solat dua kali di office. Other dekat rumah lagi mudah. Cuma dekat office I buat macam tu la. 

Itu cara I jaga kebersihan ketika solat. Orang lain I tak pasti la. Mungkin boleh share cara u all pulak. 

But awal2 akan rasa sangat susah.. Tapi perkara yang kita buat kerana Allah.. The effort, itu la yang Allah akan pandang kan. 

Dan setiap benda kita buat kerana Allah sangat besar ganjaran. 

Itu la yang paling besar sebenarnya. JIHAD… 

Nak jihad sangat susah. Dan nak sempurna kan solat pun susah. Nak istaqamah lagi susah. 

Semua orang boleh solat, tapi bukan semua orang boleh solat dengan ikhlas dan sempurna. 

I tak cakap I bagus. Please dont mistake me.. Allah saja tahu solat dan amalan siapa yang dia terima. But I share pada u all apa yang I belajar. 

Lagi pun, I selalu rasa dekat dengan orang2 yang selalu komen I.. Feeling macam kita ni family. Thanks a lot for your support. 

Latih diri kita sentiasa dalam suci dan bersih, kita sendiri akan feel aura positive tu nanti. I cakap dari pengalaman I sendiri.. 

Kita akan rasa duit habis nak beli panty banyak. Rasa leceh mau tukar2. Buang masa nak buat semua tu. Kita akan fikir ala yang penting kita sudah solat kan. 

Tapi Allah cakap dalam surah al baqarah ayat 222. Allah suka orang yang mensucikkn diri. 

Put much effort during facing Allah is one of pengabdian pada Allah. Tak ada apa yang lagi besar dari wang ringgit dan kerja keras kita berbanding kita dapat cinta Allah. 

Pasti Allah akan ganti segala kesusahan tu dengan rahmat yang besar. Yang penting u all kena sentiasa yakin dan percaya. 

Ingat ya, orang yang bertakwa adalah orang yang menjaga kebersihan. 

Cuba lepas ni kita buat macam tu and cuba lihat kesan dia pada diri kita. Pasti akan ada perbezaan. 

Mungkin u all pulak boleh share after buat macam tu apa u all rasa. Apa u all dapat.. Doa mudah makbul ke tak.. 

Penutup kata dari ann,

Kita kotor syaitan suka, kita bersih Allah suka. Pilih mana kita nak.. 

Jumpa lagi.. Love u. Assalamualaikum.. 

– Ann (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *