Jahiliah vs Niqabis
Allah buka pintu hidayah untuk aku berubah.. Bila sebut apa itu niqab?
Jujur, aku memang tak tahu sehingga seorang kenalan aku di fb yang menerangkan kepada aku..
Aku dulu bukannya seorang niqabis..
Aku dulu freehair. Selamba keluar rumah tak pakai tudung. Pergi bandar baru reti nak pakai tudung tapi pakai baju saiz budak 10 tahun, seluar 'jeans'. Dosanya aku..
Aku pernah joget lambak dekat kenduri kahwin.. Dengan freehair, menari campur laki perempuan.. Tapi aku tak pernah masuk club.. Dosanya aku..
Aku pernah hisap rokok.. Dunhill kott, tapi aku berhenti sebab badan aku x boleh terima asap rokok.. Family aku x tahu aku pernah merokok..
Jahatnya aku..
Zaman sekolah menengah dulu, biasa la kalau couple. Tapi x lama aku couple.. Allah lindung aku dari terus buat benda terkutuk belakang parents aku.. Sekarang, si dia dah kahwin.. Ayu je bini dia..
Aku kenal apa itu purdah/niqab selepas aku habis SPM..
Macam yang aku bagitahu tadi, kenalan aku tu, aku gelarkan di S..
S yang banyak ajar aku cara2 menutup aurat..
Masa ni la aku mula pakai baju longgar, tudung labuh..
Aku ubah perlahan2..
S selalu 'deep' kan aku dengan nasihat2nya..
Dia ajar aku cara solat taubat, berjaga 2/3 malam untuk solat tahajjud..
Saat itu, ketika itu baru aku sedar siapa aku sebenarnnya..
Dosanya aku..
Mak ayah bagi cukup ajaran agama, tapi aku buat endah tak endah..
S la banyak tegur aku..
Kalau dulu memang aku suka sangat 'selfie' dan masukkan gambar aku dalam fb(gambar bertudung ye)..
Tapi, sekali je S tegur aku n sampai sekarang aku tak masukkan gambar aku d fb kecuali untuk dp(aku privatekan) n kalau ada aktiviti kolej.. tapi tak lama, lepas tu aku akan privatekan.. Malu kot letak gambar dekat 'wall' n tanpa kau sedar ada yang tenung gambar kau tu walaupon kau dah bertutup litup siap berpurdah..
Ayat 'deep' yang S bagi dekat aku adalah "belajar jadi seorang muslimah yang tidak di pandang dan memandang, seronok sangat ke tayang muka awak tu, bagi lelaki2 tengok".. (Banyak lagi nasihat S,tapi aku dah lupa..hehe)
Ooo.. Memang makan dalam kot..
Aku dengan penuh bangganya padam semua gambar2 aku dalam fb yang aku 'upload' setiap hari (sebenarnnya masa ni aku bengang sangat dengan S sampai aku ambil keputusan padam semua gambar aku) Aku pantang kalau ada orang tegur aku dengan cara 'deep' ni, tapi aku masih boleh terima nasihat.. Huhu..
Dan aku mula berpurdah masa aku masuk tingkatan 6 (2013)..
Bukan aku main pakai je purdah ni tau..
Aku solat istikharah, solat hajat minta petunjuk Allah..
Ye la, aku kan perangai tak 'supa bikin'..
Takkan nak pakai purdah kot..
Mula2 pakai purdah, memang asyik menangis je aku sebab orang sekeliling mengata aku..
Masa mula2 pakai purdah, memang perangai aku masih ada yang perlu diperbetulkan lagi.. Tapi mentaliti masyarakat kita.. Orang yang bertutup litup ni mesti budak agama.. Kau buat salah sikit, pakaian kau yang kene cemuh.. "Pakai purdah tapi cakap kasar"..
Tapi, disebabkan teguran mereka ni lah aku jadikan sebagai penguat aku..
Aku ubah perangai aku sikit2..
Bukan mudah, kau kena istiqomah..
Nikmat sebenarnnya bila dah bertutup litup ni..
Bila dah pakai purdah, automatik kau kene pakai baju longgar, tudung labuh tutup dada, pakai stokin ,'handsock'..
Purdah yang aku pakai sekarang ni la yang jadikan aku sentiasa nak tutup aurat dengan sempurna..
Kau pakai purdah, x kan kau x pakai stokin plak kan..
Dan sekarang aku masih bertatih untuk kenal siapa aku, siapa Tuhan aku..
Banyak perkara lagi yang aku perlu belajar tentang Agama Islam ini..
Untuk pengetahuan korang, aku dan S tak pernah berjumpa, aku tak pernah tengok muka dia dan kami hanya mesej..
Sekarang, hampir 3 tahun aku hidup sebagai wanita berpurdah/niqabis dan sedang sambung degree..
Kepada masyarakat, jangan la cepat kamu nak berburuk sangka kepada golongan seperti kami..
Kami juga manusia, sama macam kamu..
Masing2 ada kekurangan..
Tegur secara berhemah..
Sama2 perbaiki diri..
– Cik Purdah