Ada apa dengan niqab
Kebelakangan ni banyak confession2 berkaitan niqab. Saya bukanlah menentang pemakain niqab kerana tak dinafikan ianya pemakaian yang elok dan menutup aurat. Tapi yang jadi tak eloknya ialah menghubungkaitkan pemakaian niqab dengan hijrah.
Kalau nak berhijrah/berubah tak semestinya kene berniqab dulu. Majoriti org perempuan skrg ni pantang kalau nak berubah je mesti kene berniqab. Like c'mon lah.
Cuma nak tekankan, kalau nak berubah, jgn terus berpurdah, memakai jubah dan pakai longgar dan labuh. Berubah bkn bermula drpd seksi dan ketat kepada jubah dan penutup dagu dulu, kemudian baru nak belajar aqidah dan iman, ibadah dan sunnah.
Berubah pada langkah pertama sepatutnya ialah menuntut ilmu terlebih dahulu kerana beramal tanpa ilmu tidak akan diterima. Bimbang nanti bila pakaian tidak selari dgn akhlak. Dirinya berpurdah, tapi berdating dgn pakwe dlm library, berwhatsapp dgn ajnabi tanpa hal yg mustahak, bertepuk tampar bergurau senda dgn kawan lelaki. Akhirnya nilai agama pada seorang wanita hanyalah pada aurat dan pakaian, dan itulah yang membahayakan ummat.
– S
Saya setuju! Kenkadang bukan dorg berubah 100% tpi dorg ikut trend/ kawan. Lpstu kt ig bukan main letak gmbr sendiri pstu caption tntang ‘usrah’. Pebendek tu brr. Saya thu dorg nk smpaikn dakwah tpi tolong jaga pandangan ajnabi. Kenkadanv dorg bukn baca pun caption, dorg tgk gmbr pstu comment ‘cantiknya sis’ ‘nila bakal zaujah saya’ and so on. Nmpak mcm dh lari dri landasn. Walaupun yg comment tu kawan sendiri tpu dia ttp ajnabi gak.. pelik dan sentiasa pelik dgn muslimah skrg..