nak buat charity
Salam. Aku ni suka menolong, aku rasa gembira sangat bila aku boleh buat perkara yang mampu memberi kebahagiaan pada orang lain walaupun benda tu sikit. Dan aku sedar, ini passion aku. Hanya orang yang merasai tahu maksudnya bila aku tak tahu nak huraikan apa perasaan bila aku dapat bantu orang lain. Impian aku ingin berbakti di Gaza atau Syria. Tak tahulah akan tercapai atau tak memandangkan mak aku jenis risau, aku nak volunteer banjir di Kelantan pun dia tak bagi serta aku belum bersuami. Tapi aku nak terus berbakti dalam membantu orang yang memerlukan. Boleh sesiapa share, komuniti yang boleh aku join supaya boleh terlibat dalam aktiviti menolong ni. Kalau boleh yang dekat kawasan utara (kedah,pulau pinang,perlis,perak) sebab dekat sikit tempat mukim aku. Nak gerak solo, aku tak pandai. Sebab aku nak turun padang. Lain weh rasa bila kau tolong depan2 banding kau bagi duit diam2. Rasa syukur, rasa bahawa kau ni cuma hamba Allah yang kerdil, dapat rasa lebih khusyuk bila cuba dekatkan diri dengan Dia
– betty