Abahku yang awesome
Sempena hari jadi abah aku, aku harap sangat admin approve cite aku.
Abah,
Hari ni, genap abah berumur 56 tahun. Akak nampak rambut abah dah sebanyak dulu, misai abah pun ada nampak putih sikit-sikit, berkaca mata. Abah memang hensem, lebih lagi bila abah senyum.
Akak ingat lagi masa kecil dulu, mesti tunggu abah balik kat depan pintu rumah. Melompat-lompat gembira bila abah balik kerja. Masa tu akak umur 5-6 tahun macam tu.
Masa sekolah rendah, akak cakap kt abah, ada sorang budak ni kacau akak kt sekolah. Esok tu, abah terus datang sekolah jumpa budak tu. Puas hati akak. Sampai sekarang juga, kalau akak report apa-apa, nak kena pegi sana sini, mesti abah cuba tunaikan.
Ada satu hari tu, abah belikan akak kasut sukan baru sebab kasut akak macam dah rosak (tu fikiran akak je). Pastu abah belikan. Minggu tu, naik bukit dengan abah, sedih sangat. Kasut abah sebenarnya memang patut tukar, tapi abah still pegi kedai kasut gam jahit itu ini. Sedangkan abah mampu kalau nak beli lain, tapi abah lebih pentingkan kami.
Masa abah balik kursus, akak beria-ria nak ajak abah keluar masa tu. Abah pun tunaikan hajat akak walaupun penat. Akak cuma nak abah bawa pegi kedai Popular nak beli novel. Kejamnya akak.
Masa aku amik result SPM 2006, akak bukanlah straight A. Tapi abah bagi kata semangat kat akak. Abah kata, nanti bila masuk asasi uia tu, semua orang mula dari kosong. Fokus balik belajar pulun betul-betul.
Alhamdulillah akak banyak kali dapat dean list kat UIA Gombak, sebab akak nak balas jasa mak abah besarkan akak.
Dan masa akak sambung master pula, tiap kali solat akak tak pernah lupa berdoa agar akak jadi pelajar cemerlang. Alhamdulillah, kuasa Allah, akak dapat Anugerah Pelajar Cemerlang master. Akak belajar sungguh-sungguh ni sebab akak nak gembirakan hati mak abah, nak balas jasa mak abah.
Masa hari pertunangan akak Disember lalu, abah peluk akak dan cakap, anak abah dah besar. Sungguh akak sedih, keluar air mata masa tu, tapi akak kawal perasaan.
Abah, walaupun akak bukan jenis senang nak cakap kat abah akak sayang abah, tapi korang tahu, bila ada whatssap group family ni, buat akak pandai cari gambar or kata-kata untuk abah bagi menyatakan perasaan sayang akak ni.
Menjelang akak sekarang yang sedang sambung PhD ni, akak harap akak dapat terus banggakan mak abah dan jadi contoh untuk adik-adik. Dan, bulan 9 ni status akak akan bertukar, rasa sedih sebab selama ni akak dengan mak abah dan adik-adik. Mak pun sedih fikir nanti kalau raya tak ada akak.
Abah, selamanya abah lelaki pertama ada dalam hati akak, cinta hati akak. Akak sayang abah. Semoga akak terus dapat menggembirakan hati abah, dan maafkan zaman kecil akak yang tak matang yang menyusahkan abah.
– Anak sulung