Assalamualaikum. Hye semua. Aku kembali dengan bahagian ke 2 dan maybe last untuk ‘cerita’ ni. Lagipon ada org request untuk aku sambung story and aku pon rasa ada lagi yang aku tak cerita. Untuk part 1 nah link https://iiumc.com/bahagia-
Okey, so kalini aku nak cerita pasal penghijrahan aku. Btw terima kasih support BAHAGIA YANG DICARI, semua nya komen positif dan banyak membantu aku. And hasil dari confession tu ada kakak tu siap kasi aku buku yang membantu aku menangani masalah ni, terima kasih kak. Lepastu ada makcik tolong bayarkan postage buku tu, terima kasih makcik. You know who you are :”) Allah je dapat membalas jasa kalian.
Aku suka betul buku tu sebab dia sesuai untuk org depression macam aku hehe. And komen paling menarik ada yang cakap aku punya penulisan ni sangat baik dan matang. Terima kasih semua, btw selain nak jadi guru aku nak jadi penulis novel jugak.
So kira pujian korang ni adalah satu langkah yang terbaik untuk aku teruskan dalam bidang penulisan. Aku baru berjinak² jadi penulis majalah sekolah je, nak publish buku ? Hm ada niat tapi biasalah masih tak mampu nak beli laptop. Aku sekarang tengah kerja (cuti sekolah kan hehe) so ingat nak kumpul duit beli laptop so habis spm boleh try hantar manuskrip sendiri. Doakan aku ye semua !
Okey berbalik pada apa yang aku nak cerita, korang rasa senang ke nak hijrah ? Susah weh. Waktu aku cakap niat aku nak pakai tudung labuh kat parents aku tu, diorang tak bantah tapi diorang perli aku. Makan dalam woo, dahlah family kau sendiri. Aku ingat lagi mak aku kata “ala kecik² yelah nak pakai tudung labuh, bila dah besar tudung entah ke mana” hahahah Allah je tahu perasan kecewa dia macam mana :’) tapi takpe lah aku take it sebagai dugaan untuk aku jadi lebih baik.
Lepas aku dah pakai tudung labuh tu dah jarang dah mak aku nak jalan ngan aku. Sebab mak aku pernah cakap “kamu jangan nak lebih² eh pakai labuh², nanti mak taknak jalan ngan kamu” Ada sekali tu adik aku pernah kata dia malu nak jalan ngan aku sebab aku nampak kolot pakai tudung labuh ngan baju labuh. Hm. Itu baru family, kalau kawan sekolah lagilah waktu first² aku pakai tu pandang macam nampak hantu. Haha tapi alhamdulilah lah tahun depan dah nak masuk 2 tahun aku hijrah.
Aku tak pandai dalam pelajaran pon, result biasa je. aku tak bagus pon. Aku pon taktau apa yang bagus dalam diri aku ni. Tapi aku seorang yang aktif. aku join dewan belia, saya penari kebudayaan sukma 2018, pengawas sekolah lepastu aku paling tak boleh kalau ada aktiviti volunteer ni, mesti aku org first yang kasi nama hehe. Cuma kekadang tu susah nak dapat lah sebab belum cukup dewasa kan.
Untuk yang dah baca part 1 mesti tahu keadaan aku macam mana, susah weh nak jadi lebih baik sebab masalah aku hadapi ni macam takde pengakhirannya. Aku pon taktau sampai bila aku akan jumpa “kebahagiaan” yang aku cari ni walaupon aku tau bahagia bukan barang untuk dicari. Dia akan dtg dengan sendirinya dengan izin Allah.
Lepastu aku ni ada masalah jenis terlalu baik. Mungkin sebab nak sangat kan kebahagiaan tu. Baik macam mana ? Aku ni tak boleh tengok org susah lagi2 org tua. Macam jiran sebelah aku ni anak dia dah besar dia tinggal ngan suami je. Kadang² dia selalu cite pasal kehidupan dia, tapi mak aku jarang bagi aku bergaul ngan jiran so kekadang aku rasa macam kesian. Rasa nak hari² bantu makcik tu.
Lepastu aku tengah duduk dekat shopping mall then aku taktau cane aku boleh tegur sorang makcik ni dia org Indonesia tapi masuk islam and dia bercerai ngan suami dia (org India) sebab nak pertahankan agama Islam. Kitaorang ada bertukar no telefon and sampai sekarang masih contact. Tapi dia duduk jauh so tak jumpa pon. Lepastu baru² ni aku ada jumpa dengan dua org pakcik cina dekat drama sangat. Diorang duk sebelah aku and maybe tak faham melayu sangat so uncle tu banyak tanya lah pasal artis yang dtg tu kat aku.
Aku ni pulak jenis tak boleh abaikan org so aku jadi berbaik lah ngan uncle tu. Lepas habis je drama sangat tu uncle tu siap bye bye aku lagi so aku ingat tu last lah kitaorang jumpa. Lepastu hari jumaat haritu taktau cane aku leh terserempak ngan dua org uncle tu balik kat stadium time majlis pembukaan para sukma. Uncle tu siap ajak aku bergambar sebab dia kata jarang jumpa anak muda macam aku.
So aku pon on jelah pehtu aku tanya lah “kenapa uncle suka pegi majlis org melayu” dia kata dia suka tengok gelagat org melayu sambil tu dia pandang ada dancer tepi kitaorang ni tengah selfie pe semua. So aku tengok pakcik tu perhati je diorang duk gelak, selfie. Aku macam fuh jauh dalam hati aku terharu and sedih lah sebab Allah tu hantar org yang membawa “maksud” dekat aku.
And last uncle cina tu kata semoga jumpa lagi and aku tak sempat ambik no tel dia huhu semoga uncle dipanjangkan umur ! Ada sekali tu aku melawat abg tiri aku kat hospital ada sorang pakcik ni dtg kat aku sebab dia ingat aku anak dia. Dia kata muka aku sama sangat ngan anak dia. Abg aku dah cuak lah beria kata “eh ni adik saya” dahlah katil pakcik tu belakang abg aku. Sebab aku ni jumpa org je suka senyum even tak kenal.
Aku ni taktau ah cane nak buang perasaan terlampau baik tu sampai dua kali gak ah kena tipu. Ha tulah tegur org sebarangan lagi haha. Tapi bagi aku, kadang² Allah tu bantu aku dengan cara lain, cth nya dia hantar org² macam ni yang tanpa aku sedar dia bagi “maksud” tersirat dalam hidup aku.
Allah tu mempertemukan kita dengan seseorang bukan saja². Mungkin selama ni aku asyik doa tolong aku selesaikan masalah aku tapi tanpa aku sedar Allah tu dah tolong. Korang faham kan ? Allah tu maha berkuasa. Dia nak tolong sekelip mata je dia tolong, dia nak kasi aku bahagia, sekelip mata je dia kasi. So benda tu takyah cari. Bila aku sedih sebab fam kan paling sakit sangat bila aku doa sambil nangis memohon ketenangan. Pedih weh. Sebab time tu kau macam cari sebahagian dari diri kau tau. Totally part tu lah yang aku sedar aku ni amatlah insan yang lemah disisi Allah.
Sorry kalau confession aku agak panjang, tapi apa yang aku dapat sepanjang 4 tahun ni aku takkan kenal apa erti hidup kalau aku tak lalui semua ni. Semuanya ada hikmah. Sekarang ni aku lebih menghargai apa yang jadi dalam hidup. Kadang2 semua ni bermula dari hati. Ikhlaskan hati tu. InsyaAllah dipermudahkan. Saya mintak korang semua doakan saya berjaya dunia dan akhirat insyaAllah kalau panjang umur saya akan terbitkan karya saya sendiri aminnnn.
Doakan aku dapat jadi guru jugak sebab niat aku nak betulkan dunia pendidikan ni. Sapa yang masih belajar je akan tahu dunia pendidikan sekarang banyak yang tak betul. Suara anak muda lah penting hehe #youthpower. Yang mana nak add saya kat social media tu boleh komen nanti saya bagi huhu. Sekian sahaja dari saya.
– SS
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit