Kenapa Lelaki Seperti Saya Lambat Kahwin?

Assalamualaikum semua, terima kasih buat admin kerana menyiarkan confession saya ini. Semoga apa yang saya tulis ini mampu dijadikan panduan dan nasihat untuk anda semua.

Sejak dari usia saya 23 tahun sampai usia saya sebelum kahwin iaitu 33 tahun. Bila ditanya kamu bila nak kahwin. Saya dengan tenang hanya jawab inshaAllah mak cik, pak cik kalau jodoh dah tiba. Akan ada surat jemputan dari saya.

Kenapa saya tak fed-up mendengar soalan yang sama dari tahun ke tahun. Kerana sebelum kahwin saya sudah dihidangkan dengan pelbagai jenis permasalahan rumahtangga dari orang sekeliling. Malah permasalahan rumahtangga yang timbul itu majoritinya berpunca dari perangai seorang suami.

Apatah lagi, saya juga dihidangkan dengan perangai manusia yang suka kondem bila kahwin lambat. Mereka suka kondem terhadap individu yang belum berkahwin tapi dalam waktu yang sama. Mereka juga tidak menjaga batasan agama dalam diri isteri mereka mahupun anak – anak mereka.

Dengan itu saya jadikan ia sebagai suatu pengajaran dalam hidup. Supaya diri ini tidak terhegeh – hegeh dengan soal jodoh. Tapi sebelumnya perlu menitik beratkan akan perkara – perkara yang diperlukan dalam bahtera perkahwinan iaitu akhlak yang baik dan berkefahaman dalam agama.

Selepas kahwin saya hanya praktikan terhadap apa yang saya belajar dan apa yang saya usahakan sebelum kahwin.

Mujurlah isteri saya ini orang yang baik kerana dia bukan memandang saya dari sudut harta dan jawatan tapi hanya memandang 2 perkara iaitu akhlak yang baik dan beragama.

Dalam waktu yang sama. Saya juga tidak nafikan dimana ramai wanita ini terlalu memilih ( perfect 10 ). Itulah yang menyebabkan hidup mereka keseorangan.

Baca nasihat saya ini wahai wanita – wanita bujang. Kerana penjagaku seorang hakim syarie. Apa yang saya tulis ini semua maklumat darinya.

Dalam kes perceraian kata penjagaku 70% itu datang dari perangai lelaki (suami ). 20 % datangnya dari perangai perempuan ( isteri ) dan 10% lagi datang dari pihak ketiga.

Hati – hati dan Selamat membaca.

Hakikat kepada perkahwinan adalah takdir tuhan ( jodoh ).

Asbab kepada perkahwinan adalah usaha dari diri kita.

Diri kita yang memilih

Sebelum menerima seorang lelaki untuk dijadikan suami. Mohon kaji dulu diri lelaki itu sebelum meneruskan ke hari pernikahan. Kerana ada diantara kami lelaki ini ada yang jenis keparat, biawak hidup, talam 2 muka dan BAIK. Justeru, mohon jadikan gerbang pertunangan itu bukan semata – mata untuk gerbang ikatan sementara tapi lebih kepada gerbang untuk menilai diri pasangan.

Itu juga tujuan utama melayu wujudkan majlis pertunangan. Majlis pertunangan itu bukan sekadar menanda anak dara orang tapi ia lebih kepada menilai dan mengkaji diri pasangan. Jika kamu merasakan jalan ini sukar dan tidak berani untuk mengambil ambil jalan ini. Nasihat saya selamat hadapi risiko dari ancaman kebodohan seorang suami.

Jodoh itu kita yang pilih.

Baik buruk pasangan kita itulah pilihan kita.

Ini tak, ada sahaja lelaki masuk meminang terus mempersetujui untuk ke hari pernikahan. Lebih – lebih lagi jika lelaki itu kerja kerajaan, berjawatan tinggi, berharta dan ada paras rupa. Agama dan akhlak terus dipinggirkan. Sedangkan yang memandu hidup selepas kahwin bukan harta, bukan pangkat, bukan paras rupa tapi ia datang dari 2 perkara iaitu akhlak yang baik dan beragama.

Sebagai seorang LELAKI saya juga tidak nafikan ramai kaum saya ini ( lelaki ) suka mendiskriminasikan golongan wanita yang tak berapa nak cantik dan miskin. Jadi dalam hal ini orang lelaki juga supaya tidak bersikap sedemikian kerana cantiknya wanita itu bukan datang dari rupanya tapi datang dari 2 sahaja iaitu berakhlak dan beragama.

Kaum lelaki juga wajib tahu yang kayakan kita bukan manusia tapi Allah atas asbab kita berusaha. Bila kita berkahwin Allah akan membuka pintu rezeki kita seluas – luasnya. Juga bila kita sentiasa berbuat baik dan sentiasa membahagiakan isteri Allah akan sentiasa mempermudahkan hidup kita dengan asbab kita berusaha.

Masalahnya ramai dari kaum kita ( lelaki ) ini bila berkahwin suka menjadikan diri umpama seekor biawak hidup. Bila jadi biawak hidup tangan kosong la bro. Nak dapatkan anak pun kena ada isteri atas asbab kerjasama ( usaha ). Apatah lagi kaya itu bukan diukur dari banyaknya wang ataupun berharta. Tapi ia datang dari nilai baraqah dalam hidup kita

Isteri saya umur 39, chubby dan mukapun tak berapa nak putih. Saya umur 33, muka putih tapi bekerja petani. Saya tidak pandang isteri saya pada sudut umur, rupa dan fizikal. Isteri saya tidak pandang saya pada sudut umur, jawatan dan harta.

Jadi betul lah kata Allah wanita yang baik buat lelaki yang baik.

Justeru, sebelum mengimpikan pasangan yang baik. Mohon jadikan diri ini baik. Baik itu mestilah baik kepada Allah yakni laksanakan segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA. Baik itu juga mestilah baik sesama manusia.

Nota kaki :

Kalian nak kahwin ?

Hadamlah nasihatku ini.

JIKA MEMILIH PILIHLAH YANG TERBAIK.

JIKA DIPILIH PILIHLAH UNTUK JADI YANG TERBAIK.

ALLAH YUFTAH ALAIKUM

– Aiman Najihah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *