Assalamualaikum warga iiumc. Aku Hani berumur 24 tahun. Selalunya aku hanya slient reader tapi hari ni aku tergerak hati untuk menulis confessions tentang kisah aku. Aku namakan kifarah dosa silam.
Sebelum tu aku perkenalkan latar belakang aku. Aku anak bongsu dari 8 adik beradik. Aku dari keluar yang sederhana walaupuan tak mewah. Family aku okay. Semuanya sayang aku. Tapi aku sahaja yang tak sayangkan diri aku. Ok stop pasal family aku. Ini kisah aku. Tentang dri aku yang jahat.
Kisah bermula masa aku belajar dekat institusi swasta di kuala lumpur. Masa tu aku pergi bersama kawan baik aku. Pada awlnya hubungan aku dengan kawan aku ok. Kitaorang happy tak ada masalah. Tapi bila sampai saja kat sana automatik perangai aku berubah. Aku sisihakn dia dan berkawan dengan orang lain.
Jujur aku kata time tu aku happy dengan cara aku tanpa memperdulikan orang lain. Sampai aku sanggup tipu mak ayah aku tentang aktiviti aku kat sana. Perjalanan hidup aku kat sana memeng bebas tapi mak ayah aku tak tahu. Kasian mereka aku tipu. Sampai la aku fail subjek dan diploma aku fail.
Aku tak tahu nak berterus terang macam mana dengan mak ayah aku. Buat pengetahuan reader semua. Aku ni seorang yang pendiam. Memang aku tak ramai kawan. Luaran aku memang nampak lembut tapi dalaman aku keras. Aku buat keputusan tanpa memperdulikan family aku.
Buat saat ni aku rasa aku takut untuk melangkah. Aku takut untuk menghadapi kenyataan hidup. Semua benda didepan aku anggapkan masalah. Fikiran aku serabut. Aku asyik salahkan diri aku. Sehingga aku takut untuk bertaunbat kerana risau akan dosa-dosa silam aku.
Boleh dikatakan aku seorang yang suka membina kebahagian diatas penderitaan orng lain. Kenapa aku kata begitu? Sebab aku penah berkawan dengan seorang kawan aku. Budak bandar. Time tu dia dah ada kawan boleh dikatakan baik tapi hubungan mereka renggang bila aku mula join diorang. Sehingga la diorang tak bertegur sapa. Tapi alhamdulillah sekarang semua dah ok. Dan korang bayangkan aku happy bila keadaan itu berlaku.
Ya Allah jahatnya aku. Jiwa aku tak tenang. Korang tahu tak sehingga aku ni boleh digolongkan dalam golongan orang munafik. Sebab apa satu aku menipu. Aku juga tak amanah. Ya Allah bantu aku. Aku sanggup jadi diri orang lain depan kawan aku. Semata2 nak kan perhatian. Bantu aku readers semua. Terima kasih.
– Hani
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit