Assalamualaikum. Kalau confession ini tersiar, terima kasih aku ucapkan. Aku S, pertengahan 20 an dan sedang bekerja di sektor swasta hampir setahun lebih. Banyak kali aku terfikir sama ada nak confess atau tak. Tapi nampaknya lama-lama aku pendam aku boleh jadi sakit jiwa. Tekanan mental. Aku harapkan nasihat dari semua untuk bagi semangat pada aku.
Macam ni kisahnya, sepanjang aku bekerja, macam-macam aku lalui. Bermula dengan kerja yang overload. Dulu aku masuk kerja tanpa pengalaman, fresh grad, jadi aku tak tahu aku dah dipergunakan. Aku terpaksa handle kerja department lain sekali. Bos aku punya pandai main ayat. Dia cakap kat aku bertuah sebab diberi peluang untuk belajar banyak benda. Padahal ada yang bukan dari job scope aku pun sebenarnya.
Masa aku melapor diri pun memang aku tak dibagi job scope aku yang sebenar. Dah la kerja ni memang lari jauh dari bidang aku belajar. Dengan takde superior / supervisor yang guide. Mereka expect ada degree boleh buat semua kerja tanpa ada orang guide pun. Aku belajar sendiri try and error nak buat kerja. Bila salah, aku kena maki dan dari situ aku belajar. Tak lama lepas tu masuk staff baru jadi partner aku sebab kami position sama.
Aku namakan dia Doni (bukan nama sebenar). Start dari doni masuk, job scope dia sangat berbeza dengan aku walaupun kami sama department. contohnya aku buat kerja A+B+C+D+E+F+G. Tapi doni punya kerja memang fokus pada job scope untuk position kami ni contohnya A+B SAHAJA. Pelik la juga tapi yang pasti HR larang kalau doni tolong Aku. Jangan salah faham. Doni memang takde apa-apa hubungan persaudaraan ke persahabatan ke ap ke dengan hr. Doni pun onz jela kan, sebabnya tak beban pada dia la juga. Jadi kerja dia tak payah nak buat job scope merapu macam aku.
Pejam celik dah nak dekat sebelas bulan aku kerja, baru lah aku di confirmkan jadi permanent staff, tapi yang buat aku makin sedih adalah aku tak dinaikkan gaji. Dalam masa yang sama doni juga di confirmkan jadi permanent staff dan dinaikkan gaji! Padahal kerja aku lagi banyak dari dia. Gila sedih doh! Aku lepas kejadian “confirm” ni aku mula demotivated untuk kerja tapi aku kena juga bertahan demi sesuap nasi. Dan suasana kerja mula jadi awkward dengan doni. Yela dari segi kerja aku yang lebih, dari segi gaji dia yang lebih. Padahal dari segi qualification sama, dari segi markah key performance index pun aku lagi cemerlang dari doni.
Aku tahu pasal ni pun bukan dari mulut doni sendiri. Tapi sebab aku kena buat banyak kerja mengarut tambahan lain termasuk key in data peribadi staff (sepatutnya kerja HR). Kalau nak harapkan pengakuan doni, memang dia tak kan mengaku la pasal gaji tu. Tapi takpa aku nak tengok jugak sampai bila dia tak jujur. Aku pun malas nak tanya, buat buat tak tahu ajelah padahal dalam hati terbakar dengan ketidakadilan HR.
Selain daripada tu, banyak juga kejadian demi kejadian yang membuatkan aku tawar hati bekerja disini. Next, aku tak faham dengan budaya kerja kat sini ‘siapa yang balik lewat, staff tu paling bagus’. Padahal staff yang balik lewat tu depan bos je tunjuk buat kerja. Belakang bos pergi mengopi la membawang la main phone dan etc. Jadi kerja tak disiapkan sewaktu masa bekerja. Tapi kerja dibuat selepas waktu kerja. Makna kata tadi, overtime.
Bila bos tengok punch card, wah bagusnya meon ni, hari-hari balik malam. Kita yang balik sharp pukul 5.30 ni nampak macam berkira sangat la. Padahal waktu kerja tu la aku betul-betul all out perah otak. Tiba masa lunch dan balik memang on time la. Aku pun ada family kat umah. Lain la si meon tu, duduk menyewa dengan member, tu yang suka sangat stay back. Aku tak kisah pun kalau dia nak stay back, tapi masalahnya perlu ke selalu sound aku depan bos kalau aku balik on time?
Nak nampak buruknya aku ni depan bos. Tak faham aku. Doni pun kadang-kadang terjebak ikut meon balik lambat. Nampak macam aku ni la berkira. Masalahnya engkorang dua orang yela naik gaji. Yang aku ni, habuk pun takde walau dah buat banyak kerja. Jadi rasanya tak salah kalau aku nak balik on time. Meon tu selalu sangat nak acah-acah berkorban demi syarikat, balik lambat datang awal apa semua, lepas tu nak tarik muka ketat dan sound kalau kita datang dan balik on time. Ketua unit pun sama macam tak de life. Hari-hari balik malam padahal duk skrol youtube kat pc. Aku tak faham budaya bangang ni dari mana?
Itu belum lagi kalau terpaksa kerja pada hari weekend. Sudah lah cuti sehari. Lepas tu kena datang juga atas alasan sebab kerja. Sebagai contoh program itu ini. Bos aku pun boleh tahan bengap juga. Kalau ada pihak yang nak deal dengan company kami untuk buat program, dia tak boleh ke nak tegaskan untuk cakap TIDAK kalau hAri cuti. Kalau dapat cuti ganti atau bayaran ot takpe la juga. Ini langsung tak dapat apa-apa. Mana la orang tak rasa malas nak kerja. Sebab tu la aku memang rasa nak berkira. Asyik kita je yang berkorban untuk syarikat. Letih doh macam ni.
Dengan banyak lagi la kejadian yang berlaku. Kalau aku cerita mungkin boleh jadi tebal macam buku telefon. Jadi takpe lah, aku cerita yang betul-betul buat aku terkesan ajelah. Tapi paling tak boleh terima pasal bab gaji tu la. Semenjak kejadian tu aku terus patah semangat dan down gila gila. Sejak dari tu aku dah tak jaga solat. Aku banyak menangis, aku banyak bersendiri, aku semakin rapuh. Senang cerita aku dah tinggalkan solat. Aku pun taknak hidup dalam keadaan berdosa. Tapi aku punya kecewa dan sedih tu sampai buat aku rasa macam aku dah taknak berharap apa-apa lagi.
Sesungguhya aku tak kuat. Bila doaku tak dimakbulkan, aku memang kecewa. Jadi biarlah aku tak minta apa-apa lagi darinya. Aku berada di tahap di mana aku dah tak nak percaya apa-apa lagi. Aku dah penat tanam dalam otak ada rezeki lain yang entah bila kan kunjung tiba dan entah ade ke tak. Dah banyak kali aku fikir untuk nak berhenti kerja tapi aku risau sebab sampai sekarang takde dapat panggilan dari mana-mana company.
Kalau nak berhenti kang nanti jadi penganggur pulak sedangkan aku ada banyak komitmen dan tanggungan. Kalau tak berhenti kerja, aku tekanan mental dalam diri. Sungguh aku buntu. Tolong bro sis bagi nasihat untuk aku kembali semangat mencari diriku yang dulu agar aku dapat positif kembali. Tolong bagi cadangan agar aku berhenti kerja atau tak. Terima kasih.
– Cik Serabut
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit