Penipuan Dalam Resume

Assalamualaikum w.b.t. semua readers. Saya Lily merupakan graduan degree dalam bidang engineering yang graduate pada 2015 dan sekarang sudah berumur 27 tahun masih belum berkahwin. Jodoh belum sampai. Pada permulaan alam pekerjaan, saya mulai dari bawah dengan bekerja di restoran dengan pendapatan sebanyak RM 700 sebulan. Selepas 5 bulan di restoran, saya bekerja sebagai kerani pula selama 6 bulan di sebuah hotel bergaji RM900. Setelah 6 bulan bekerja di hotel tersebut, saya mendapat kerja kilang swasta dengan position untuk diploma holder.

Jawatan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan apa yang saya belajar selama ini. Saya jenis tak kisah asalkan tidak menganggur sebab gaji disitu agak banyak yg boleh menampung kehidupan. Saya teruskan berkerja di kilang tersebut selama setahun. Memandangkan kilang tersebut kelihatan sedikit rasict dan kebanyakkannya untuk jawatan tinggi, golongan tertentu yang memonopolinya, saya pun mengambil keputusan untuk mencari kerja lain, disebabkan agak susah nak naik lebih tinggi di kilang tersebut. Tambahan pula, setiap tahun increment agak sikit.

Nak resign tanpa kerja lain amat berisiko. Oleh itu, saya mencari kerja lain dan dalam masa yang sama masih kerja di kilang tersebut. Boleh dikatakan, hampir 10 lebih interview saya pergi tapi masih belum ade rezeki. Waktu ini, saya masih belum menipu dalam resume atau masa interview. Tidak dilupakan juga, doa, solat hajat dan sedekah yang lain untuk menarik lebih banyak rezeki. Semakin lama rasa semakin redha. Bila dah makin stress kat kilang, saya nekad nak mencari kerja lain.

Ada seorang member saya bagi tips dalam resume tu bulan experience tu janganla ikut sangat, ubah asalkan jangan ketara. Maksudnya, experience aku kerja hotel tu sebagai kerani 6 bulan, saya letak sebagai 9 bulan. Kerja kilang baru 11 bulan, aku letak setahun lebih tapi pandai edit bulan jangan ade bertindan bulan. Itulah yang member aku nasihatkan. Aku try buat apa yang dibuat sebab bila fikirkan balik hidup ini jalan lurus sangat pada masa yang sama aku fikir berkat ke aku kerja nanti. Tapi aku tetap menipu bulan experience sebab memang terdesak nak cari kerja lain tapi aku menipu tidak ketara macam tambah 3 bulan sahaja.

Hasil aku menipu bulan dalam resume ade la beberapa company panggil tapi masih belum rezeki. Huhu. Aku tahu salah menipu tapi aku tak menipu langsung tentang experience yang pernah aku buat time kerja sekarang ketika interview. Gila nak menipu dalam experience, interviewer akan tanya more deeper nanti. Kantoi la kalau tak tahu.

Tapi aku tak pernah kantoi pasal menipu bulan tu ketika interview. So, here is the point aku nak tanya yang mana tahu dalam bidang human resources in hiring process. Contoh, HR print asal resume aku punya kat jobsreet waktu pilih calon interview (aku tak edit bulan lagi time ni). Then, 3 hari sebelum interview aku edit balik bulan upload balik kat jobsreet supaya nampak bersesuai dengan jawatan aku nak interview tu and print out latest resume nak bawa time interview. Adakah HR akan buat bandingan dalam resume aku kat jobsreet yang belum diubah dengan resume aku bawak time interview ini? Boleh faham kot aku explain ni.

Sepanjang aku pergi interview mana-mana, mostly akan cakap aku tak banyak experience. Aku pergi kerja kilang lama tu pun hari-hari buat benda yang sama dan jawatan aku pergi interview tu engineer. Diorang expect aku buat kerja macam engineer. Sebab tu aku nak resign sangat, aku nak ilmu sementara muda lagi. Kalau aku stay situ, tak banyak yang aku boleh belajar. Kepada yang ade pengalaman dalam bidang hiring process, can you share any uncommon tips ke? Saya sedia belajar dan dikecam disebabkan menipu bulan.

Lusa aku akan ada interview untuk positon executive. Tolong doakan aku berjaya dapat kerja lain. Surat resign aku dah ready sebab sekarang ini aku tunggu bonus je. Agak risau jugak kalau resign takde kerja lain, mak akan tanya duit bulan-bulan mana. Duit 6 bulan saving aku dah standby, tapi cukup ke untuk aku yang kat bandar ni  serta jauh dari family. Semoga 2019 memberi permulaan yang baik untuk aku dan readers sekali. Assalamualaikum.

– Lily

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *