Untuk part I, (https://iiumc.com/masih-jobless/).
Assalamuualaikum. Dian is back. Previous post aku tu ialah pertama kali aku cuba confess dan aku ingatkan admin tak kan post. Sebab aku rasa macam bosan je kalau orang baca. Sejam yang lalu admin post dan aku baru perasaan. Wahai semua makhluk Allah, Dian baca komen kalian. Demi Allah airmata ni laju turun. Takda satu komen pun yang menyakitkan hati. Terima kasih untuk semua doa kalian. Moga Allah shj yang dapat balas budi baik kamu semua.
Salah satu sebab aku bersungguh nak confess dalam IIUMC ni sebab aku “sorang”. Aku ada Allah, mak ayah dan adik-adik. Cuma dalam keadaan aku susah ni tak da kawan-kawan yang ada dengan aku. Bila aku whatsapp dalam group tanya ada kerja kosong semua read je. Tak da respon pun. Weh.. aku sayang kawan aku dan aku nak semangat dari korang. Tak kan tu pun tak faham? Semua cari aku bila memasing ada problem dengan suami,boyfriend lepastu baru whatsapp cakap nak share problem lah apa. Aku layankan je sebab aku tak nak hilang kawan-kawan.
Tapi bila aku cari kawan-kawan untuk confess apa yang aku pendam semua balas “lagi sejam aku balas chat kau k” , “aku kt luar dgn bf aku” aku itu aku ini lah. Pernah je aku fed up sampai aku baling phone kat dinding then aku kemam bibir sampai luka. Kenapa? Sebab aku geram aku pendam. Kenapa bila aku ada untuk semua orang tapi tak da sorang pun yang ada dengan aku time aku betul-betul perlukan? Yelah sebab kita manusia yang sentiasa berubah. Ok tamat pasal kawan.
Pasal kerja, terima kasih yang mintak aku PM tepi tu. Aku tinggal di Kulai, Johor. Ada perasan komen abang tu dia bagi cadangan kerja turun site kalau tak silap dan kawan dia balas risau aku tak da lesen. Ya bang saya tak da lesen. Mak saya pernah dahulukan duit dia RM 1,200 utk aku ambil lesen motor kereta. Tapi malangnya separuh jalan. Korang bayang kan cikgu memandu aku tu mintk lagi RM800 sebagai “duit tepi” untuk aku pass bila Test JPJ sedangkan aku ni belajar pun tak lagi. Ayah dan mak aku suruh berhenti setakat tu je sebab nampak banyak unsur yang tak betul. Takut jugak tak berkat.
Aku sebenarnya tak boleh move on baca komen-komen tu. Aku sebak. Orang yang tak kenal aku boleh doakan aku dengan hanya baca karangan aku. Baiknya korang. Patutlah ramai orang suka confess dalam ni sebab ramai yang positif. Rasa macam ada keluarga baru dalam alam maya. Terima kasih admin. Dian sayang semua. Aku akan update bila dapat kerja tu nanti.
– Dian
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit