Assalamualaikum semua. Dalam masa beberapa tahun kebelakangan ni, banyak kempen kesedaran mental health di seluruh negara, sampaikan banyak nama-nama penyakit mental yang kita tak pernah dengar pun dah jadi satu pengetahuan am yang semua orang dah tau. Dalam IIUM confession ni sendiri ramai dah yang confess berkenaan penyakit mental macam kemurungan (depression), anxiety, OCD, dan sebagainya. Banyak juga disebarkan bukan sahaja simptom-simptom penyakit untuk kita buat screening awal, tapi juga sebaran untuk orang yang berhadapan dengan orang yang mengidap penyakit ni, apa patut kita respon, apa patut kita buat, dan sebagainya.
Kebanyakannya nasihat untuk orang yang berhadapan dengan orang yang ada masalah mental ni, ialah kita kena support support dan support orang tersebut. Tak kira lah berhadapan dengan orang depression ke, anxiety ke, schizophrenia ke, sebagai orang keliling, kita kena cuba memahami dan support orang yang ada masalah mental ni untuk kesejahteraan hidup dia. Cuma satu je, untuk narcissist. Aku tak jumpa lagi nasihat untuk orang yang berhadapan dengan narcissist ni supaya memahami dan support.
Kebanyakkan tulisan-tulisan yang aku jumpa dalam media sosial untuk narcissist ni, sebab perangai dia selalunya menyakitkan hati orang sekeliling, jadi seorang narcissist perlu diabaikan, dijauhi, dibiarkan dia dengan dunianya sendiri, dan cadangan-cadangan yang sewaktu dengannya. Yelah, sebab jaga kesihatan mental kita sendiri lebih penting kan. Kalau dah hari-hari dengar seorang narcissist up pasal diri dia macam hidup dia paling best dalam dunia ni, bertambah pulak dengan comparisons yang memang semestinya kita kalah dia menang, kita pun boleh naik depression.
Aku nak cerita pengalaman aku berhadapan dengan seorang narcissist (pada pandangan aku lah. Aku bukannya psychologist boleh diagnose masalah mental orang kan huhu). Dan kalau boleh nak pandangan pembaca tentang apa patut aku buat sebenarnya.
Aku namakan si narcissist ni Nasi. Nasi ni, awal-awal jumpa dia, nampak dia ni jenis sweet, pandai ambil hati orang, ramai kawan. Jenis boleh masuk dengan semua orang. Aku taknak cerita details tentang latar tempat sebab taknak orang tau siapa aku. Cuma aku boleh ceritakan, kami ni adalah satu group yang selalu buat kerja (tak bergaji, macam volunteer lah kiranya) bersama.
Pengenalan sikit tentang aku supaya pembaca faham apa berlaku selepas ini. Aku sejenis tak clingy, aku suka bergerak sendiri. So, aku takde geng yang melekat bersama 24 jam. Tapi bukan bermaksud aku sombong dan tak bercakap dengan orang. Aku boleh kawan dengan sesiapa sahaja, asalkan baik hati. Aku introvert yang perlu banyak ‘me-time’, jadi aku tak banyak keluar berhuha-huha, termasuklah dengan geng volunteer ni. Cuma kalau memang perlu, aku keluar jugalah untuk networking semua. Dalam geng volunteer ni pun ada je group-group yang rapat. Alah macam kalau kat university, kan kita nampak ada satu geng kakak-kakak kasut tinggi, ada satu geng nerd spek tebal, haa sama macam tu lah. Aku tak belong to mana-mana group, aku masuk je dengan semua. Jadi aku ni tak berpihak kepada sesiapa.
Kisah bermula bila aku keluar makan dengan seorang kawan dalam group volunteer ni. Aku panggil dia Shu. Shu ni, agak pendiam. Tapi baik hati dan rajin. Senang nak mintak tolong dia kalau ada apa-apa. Kebetulan waktu lunch satu hari tu aku free dan Shu pun free, jadi kami keluar bersama. Aku perasan Shu ni agak rapat dengan Nasi. So aku tanya Shu hari tu, kenapa tak lunch dengan Nasi? Shu jawab “Taknaklah. Nak keluar dengan awak”. So aku layan jelah. So kami borak-borak sambil lunch, dan terkeluarlah sebab Shu nak keluar dengan aku. Rupanya, dia nak meluahkan perasaan. Dia cerita dia dah tak tahan dengan Nasi. Dia penat layan Nasi. Penat jiwa.
Aku awalnya rasa pelik sangat. Aku rasa Nasi tu baik, jenis soft-spoken, jenis sweet, suka senangkan hati orang. Ada jugak orang penat dengan dia? Lepas tu Shu cerita tentang sikap Nasi yang sebanar. Memang baik, tapi di belakang, kadang-kadang Shu rasa dipergunakan. Nasi buat baik untuk dapat manfaat. Dalam masa yang sama, Nasi selalu puji diri sendiri. Bila Shu ada sesuatu achievement, dia akan cakap dia pun pernah dapat achievement macam tu. Bila Nasi dalam kesusahan, cari Shu untuk mintak tolong. Tapi bila Shu susah, Nasi cerita dia pernah lagi susah. Tolongnya tak pulak. So sebenarnya Shu jumpa aku, untuk luahkan perasaan penat dia. Katanya dia tak tau nak cerita kat siapa, sebab mesti orang takkan percaya sebab semua orang rasa Nasi baik. Shu pilih aku untuk dengar masalah dia sebab katanya dia nampak aku neutral dan tak berapa rapat dengan Nasi.
Sejak daripada tu, aku jadi pemerhati Nasi. Aku tengok apa dia buat, aku cuba kerap berborak dengan dia supaya aku nampak corak pemikiran dia, aku join dia berbual dengan orang, dengar topik apa yang dia cakap. Dan aku simpulkan, ya, Nasi seorang narcissist. Selalu up pasal diri sendiri. Orang lain tak berpeluang cerita pasal diri sendiri, dia je mencelah cerita tentang diri dia, kehebatan dia, apa yang dia dah buat, berapa ramai orang tertarik dengan dia. Sampai aku pun naik menyampah haha tapi aku dengar je. Tapi taklah dengar bodoh-bodoh gitu je.
Aku pun geram bila orang lain cerita, dia sibuk mencelah, jadi banyak kali jugak aku ignore kewujudan dia bila aku buat-buat tak dengar apa yang dia cerita, tapi aku tanya banyak soalan dekat orang yang mulakan cerita. Contohnya, Ali cerita pasal kucing dia seekor mati. Then Nasi mencelah kucing Nasi pun pernah mati, tapi haruslah tiga ekor yang mati. Yelah, kalau seekor juga, tak menanglah kan haha. Apa aku buat masa tu, Aku keep tanya soalan dekat Ali supaya cerita Ali tu tak bertukar ke cerita Nasi. Kucing Ali nama apa. Jantan ke betina. Warna apa. Baka apa. Sampai Nasi fed up nak bercakap sebab rasa tak dilayan.
Ada satu masa yang ditakdirkan aku perlu banyak buat kerja dengan Nasi. Makin jelas sikap Nasi ni. Bila ditugaskan untuk dia buat sesuatu, dia sub kerja tu dekat orang lain. Bila projek berjaya, dia up pasal dia dah banyak berusaha. Kononnya dia membantu mempercepatkan kerja sedangkan orang lain yang bertungkus lumus siapkan kerja dia. Ada satu tahap tu dah banyak kali sangat aku perasan perangai Nasi ni, masa aku perlu lead project, aku tukar tugasan Nasi kepada orang lain. Kaedah ni macam ignore kewujudan dia dan nafikan kebolehan dia. Aku rasa kejam sangat masa tu, tapi sebab aku rasa dia banyak susahkan orang dengan perangai dia, aku terpaksa buat lepas berbincang dengan beberapa orang (Btw sebenarnya selain Shu, ramai je yang dah fed up dengan perangai Nasi dan luahkan dekat aku, dan keputusan aku tu sebab aku ambil kira pandangan orang lain juga).
Masalah dia sekarang ni macam ni. Ni yang aku nak minta pandangan pembaca. Sekarang ni, Nasi dah memutuskan hubungan dengan kami. Sebelum dia ‘menghilangkan diri’ tu, dia macam tunjukkan simptom-simptom stress yang melampau. Dia macam dah perasan apa yang kitorang (terutamanya aku) buat dekat dia. Dan dia ambil keputusan untuk menjauhkan diri. Aku rasa aku jahat, sebab bila fikir balik, maybe Nasi up kan diri sendiri tu sebab memang cara Nasi dibesarkan macam tu dan dia tak tau cara lain. Tapi dia pun dan melukakan hati ramai orang. Tapi aku pun (maybe) dah melukakan hati dia.
Nasi ni ada sisi baik dia juga sebab dia pandai ambil hati orang dan orang ramai senang sukakan dia, so tak adil rasanya bila aku buat sampai dia dah tak nak join kami. Rasa berdosa memutuskan silaturrahim. Dia pun manusia yang berhak dilayan dengan baik kan. Aku contact Nasi ni memang tak berjawab lah. Bluetick pun takde, sama ada memang dia offkan, atau dia dah block aku dan yang lain. So sebenarnya, macam mana nak layan orang yang narcissist ni? Ada siapa-siapa tahu kaedah berkesan untuk support seorang narcissist?
– D
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit