Aku C, anak kedua dari enam adik beradik. Berasal dari keluarga sederhana, abah seorang kakitangan kerajaan, manakala mak pula suri rumah tangga. Kehidupan kami sekeluarga tidaklah mewah, tapi cukuplah kalau nak tampung makan setiap hari. Dulu masa kecik2, kehidupan kami agak susah, sampaikan mak ambil inisiatif untuk kutip tin & besi untuk dijual. Mak memang sangat banyak support keluarga kami, dan aku lah anak yang selalu dibawa untuk menolong. Mungkin ini titik tolak yang merubah peranan aku dalam keluarga.
Aku akui, aku agak lasak & aktif dari kecik, manakala adik beradik yang lain lebih bertatasusila dan bersopan santun. Dari kecik, akulah yang diajar untuk membaiki barang2 rosak, diajak mengangkat barang2 berat, dan seumpamanya. Kiranya kalau nak mintak tolong, akulah yang akan dipinta oleh mak & abah. Hatta untuk beli ikan sekalipun, aku dah belajar beli ikan seorang diri sejak dari darjah 3 (berjalan kaki ke pasar). Pasar taklah jauh, cuma 15 minit berjalan kaki & masih berada dalam kawasan perumahan kami. Masa tu mak dalam pantang adik yang ketiga terakhir.
Aku boleh dikatakan agak cemerlang dalam akademik, mendapat biasiswa sejak dari tingkatan 1. Biasiswa itulah yang digunakan untuk membayar yuran sekolah aku, & adik2 aku. Biasiswa itulah yang digunakan untuk membeli lauk pauk di rumah. Biasiswa itulah yang digunakan untuk membeli buku adik2 aku. Kadang cemburu tengok kawan2 simpan biasiswa sebagai persediaan perbelanjaan di universiti. Tapi, masa itu aku ikhlas, ya aku sgt ikhlas. Masih naif.
Berbekalkan keputusan PMR yang cemerlang, aku ditawarkan belajar di sebuah sekolah berasrama penuh. Ya, abah memang tak mampu nak hantar aku ke sekolah tersebut, tapi aku dapat ganjaran RM1000 tunai dari sebuah badan dek kecemerlangan PMR. So, aku merayu untuk berpindah ke sekolah tersebut, but guess what, duit itu digunakan untuk membeli pakaian & peralatan sekolah yang baru untuk adik2 aku.
Sekali lagi, aku cuba mengikhlaskan diri. Tapi seikhlas manalah anak nombor 2, yang memang suka memberontak ni. Aku memberontak & nekad tinggal di rumah sewa semasa tingkatan 5. Menggunakan duit sendiri. Tahap survival aku agak tinggi. Tapi lebih kepada membawa diri dari keluarga sebenarnya. Dan boleh dikatakan sejak itu, aku jarang berada di rumah. Mungkin 3 hari adalah yang paling lama.
Aku mula sedar, akulah anak yang diharap untuk menyenangkan keluarga. Anak yang tidak dipeduli melainkan mampu memberi untuk keluarga. Aku pernah give up untuk sambung belajar, memikirkan duit. Entah dari mana aku dapat ilham untuk mencari institusi yang dapat menyediakan makan & tempat tinggal percuma. Aku masuk sebuah matrikulasi, makan & hostel dijamin. Elaun pun dapat. Cuba teka ke mana elaun tu pergi? Ya, seperti biasa yuran sekolah adik2. Yang tinggal RM100 untuk perbelanjaan 1 semester.
Habis matrikulasi, aku gigihkan lagi pencarian untuk mencari universiti boleh minimise kan perbelanjaan aku. Ya, ada satu universiti nun jauh di utara memberi free accommodation to all the students. Kelakar kan, orang lain sambung belajar kerana kos yang diminati. Aku tak ada cita2 untuk kerja apa, tak kisah la apa pun, yang penting aku jadi kaya. Ptptn aku masih lagi digunakan untuk tujuan yang sama, bayar yuran adik2, baju sekolah adik2, lauk pauk di rumah, hatta belanja kahwin kakak aku.
Sekarang aku dah pun habis belajar dan bekerja di sebuah company hampir 2 tahun. Guess what make me choose this company? Of course free accommodation & meals. It is funny somehow I feel like mengemis demi kelangsungan hidup. Baru je kerja, gaji tak banyak, gaji bersih 2k yet 1.5k per month goes to my home. Maybe mak abah fikir makan tidur dah terjamin kan, duit banyak2 nak buat apa.
Ironi, pegang jawatan besar, baju seluar koyak pun tak mampu beli baru. Ada loan kereta, family pakai. Dipaksanya beli rumah, aku sengaja melengahkan. Lastnya, abah merajuk. Adik nak masuk mrsm, habis gaji aku. Adik baru nak start kerja, habis gaji aku. Susu pampers anak saudara habis, lagi habis gaji aku. Sofa dirumah koyak, koyak lagi gaji aku.
Aku tak cakap family & adik beradik aku jahat. Aku taw dorang semua baik. Tapi duit mana pernah cukup kan. Alasan kenapa aku? Katanya dorang tahu aku sentiasa ada jalan untuk cari duit. Ye lah, mana tidaknya, bersengkang mata aku buat kerja2 part time.
Aku ni almost 30, tapi aku takut nak kahwin. Macam mana kalau aku terpaksa hidup macam ni dan tampung husband & family dia plak? Itu yang paling aku tak sanggup. Tapi akhir2 ini, aku macam broken gila, rezeki aku rasa macam sempit sangat. Hari2 aku fikir sampai bila aku kena hidup macam ni. Aku serius lonely & broken tahap aku bawak motor entah sampai ke mana2 pon aku tak tahu. Aku tak ada sape2 untuk meluahkan perasaan. Tapi fikir2 balik, at the end aku still alone even selepas meluahkan perasaan. Nothing will change.
Dear readers, ajarkan aku ikhlas & redha dengan ibu bapa. I know, there are many sacrifices needed in being the eldest, ironically I am not the eldest. Apa yang aku perlukan, hanyalah mencoret di sini. They said people write the most when in sad.
– C
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit