Assalamualaikum semua. Pertama sekali, aku cuma nak ucapkan, “I am back!” selepas confession, Mulut Longkang Memang Kena Tumbuk, (https://iiumc.com/mulut-longkang-kena-tumbuk/). Agaknya la topik dia macam tu. Lebih kurang. Yang kedua terima kasih atas komen yang memberangsangkan. Tidak lupa juga yang panggil aku pakcik bawang… Heyyyyy… Awas.. Aku cili mulut kau… (sila baca dengan intonasi Azwan Ali)…
Tulisan aku sebenarnya adalah alter ego kepada diri aku yang membosankan saban hari. Sebab aku bos dan takde puak kalau hari-hari biasa memang aku makan sorang je. Ye lah aku pun tak nak makan dengan bos aku. Dah la awkward. Kalau kawan aku kat area2 berdekatan free boleh la jumpa makan sama-sama. Tapi selalu nya aku selalu makan sorang. Habis baik time lunch borak dengan akak ambil order. “Kak..bakpo teh o beng ni manih leting”…Dengan korang je la aku dapat menyireh…Sedih tak? Kahkahkah.
Kesinambungan kisah Wany dan Hasrita, dari maklumat informer aku dapat tahu aktiviti menyireh tetap berjalan. Tapi tak sedahsyat dan seterbuka dulu. Nampak dari jauh memang dah berdamai la. Tapi masa meeting kalau kena duduk sebelah sebelah boleh nampak la macam ada cas elektrostatik bzzzz bzzzz antara diorang…
Ok.. Aku nak bincang pasal topik kat atas ni… Surirumah : seseorang isteri atau/dan ibu yang memang sepenuh masa duduk kat rumah untuk melengkapi keperluan sesebuah perkahwinan atau/dan keluarga dia sendiri…Suri payslip/meniaga pulak isteri atau/dan ibu yang berkerja atau berniaga untuk memenuhi keperluan sesebuah perkahwinan atau/dan keluarga dia sendiri. Surirumah aku letak SR..Yang lagi satu SPM…
Korang mesti macam “Bakpo wi namo SPM. Kecek la ore tino yang berkijo”… No my dear friend…Nanti aku kena tembak dengan geng SR yang akan pegang sepanduk “Kalau SR bukan kerjaya, sila upah tukang masak, tukang cuci,cikgu dan babysitter”… Kalau pakai suri payslip /meniaga takleh lawan lagi kot. Aku belum jumpa SR ada payslip buat masa ni.
Aku cuma nak bagi point of view from a vantage point selaku seorang anak dan suami.
Masa aku dengar hujah SR kat atas aku macam watdepish. Sampai aku hampir murtad negari dengan menggunakan hujung ayat famous di negeri yang kena pakai passport iaitu “Ape siakkkkk”
Aku sendiri dibesarkan oleh mek aku yang memang SR. Masa aku 10 tahun mak aku berhenti kerja lepas adik no 3 aku lahir. Leaving my dad to be the sole breadwinner. Jadi dalam mata aku mak aku bukan lah tukang masak. Tukang cuci. Dan babysitter.
My mother is beyond that. She is the women who nurture me and my siblings. Kau upah la orang terrer masak macam mana pun. Kerja ngan Gordon Ramsey ke. Buka steakhouse Nate Brekwoks ke. Tak akan boleh lawan ikan aye masak singgang+ulam timun kecik2 dengan budu genyeh cili padi mek aku masak.
Pasal babysitter pulak, kau pernah kena rotan dengan getah paip dengan babysitter? Tak pernah kan. Kalau ye memang masuk kedalam babysitter kau. Orang bergelar mak, ibu dengan mama je ada priviledge tahu.
Pasal tukang cuci pulak, laundry hotel tak pernah lawan la cara mak kau lipatkan baju kau. Seluar kau. Dia timpa2 sampai menggunung. Lepas tu telinga kau kena tarik sebab mak kau suruh simpan kau malas pastu 10 kali cakap metta mek. Tukang cuci berani tarik telinga kau?
Selain daritu bab basuh pinggan, kemas dapur, sapu rumah, mop rumah, berkebun semua abah aku buat sampai la kitorang ni cukup besar untuk menerima arahan. Walaupun abah aku kerja dia bukan lah abah yang dekat mata aku balik kerja duduk depan tv sila panggung baca suratkahbar sambil minum teh o panas. Abah aku memang sangat hands on orang putih kata. Jadi benda tu turun ke aku jugak la sikit. Eh chewaaahhh…
Bab pendidik pulak toksah sebut la… Sampai harini aku ingat macam mana nak baca tab bad yada sebab aku pernah baca main-main. Sekali penyapu lidi hinggap kat belakang. Sejak tu tobat. Mak aku dalam masa yang sama dia lah guru besar, guru disiplin, dan guru panitia setiap subjek.
Membesar dengan seorang SR membuatkan aku ada cita cita nak tempatkan bini aku sebagai SR. Tapi bini aku yang budak silat memang SPM tegar. Dia membesar dalam keluarga ibu tunggal. Pak mertua aku ceraikan mak dia dan kahwin lain. Perhatian kewangan dan masa bapak dia memeng tertumpu dekat keluarga baru. Mujur mak dia independent dan dapat besarkan anak2 dia.
Jadi dari pahit jerih bini aku membesar macam takde bapak ni, hati dia keras sikit. Dia taknak bergantung sepenuhnya dekat lelaki. Dia ada trust issue. Kalau aku ada masa cerita pasal bini aku budak silat tu, nanti aku publish. Nanti korang komen “saya nak”… Kahkahkah.
Bini aku ni superwomen jugak pada aku. Dia m&e engineer untuk consultant. Jadi paham-paham je la nak kejar dateline. Kerja kat site. Bukan macam tiz zakiyah dalam cerita amenda ntah tak ingat. Pakai seluar palazo dengan blaus. Pakai hardhat kepit blueprint. Amenda do. Terselit celah bun pakai seluar macam tu kat site bila berpeluh. Unrealistic betul.
Ok back to my wife. Kerja dia boleh kata stress high level jugak. Dalam sibuk2 dia, dalam seminggu aku ngan anak memang makan apa dia masak. Dia akan siapkan dan pek. Aku tinggal masuk dalam microwave je. Kalau masa dia tak busy memang dia akan cuba masak fresh. Kadang makan luar. Tapi aku ni old school air tangan isteri ngan mek jugak paling terbaik. Biarla simple. Tapi puas makan. Harap aku masak? Hmmmmmm… Singgang pun boleh hangus. Kau rase? Takat potongkan bawang kupas kentang boleh la.
Lagi satu cabaran dia bila anak takde kat dia adalah bab menyusu. Aku ni tak sensitif. Nampak dia struggle nak pam aku suruh dia bagi formula. Terus tarik muka pastu nangis dalam bilik. Aduh. Sejak tu aku tak soal la lagi. Aku sokong je apa dia nak buat. Bila nak pergi masuk site mana ada peti ais. Duk usung coleman, beg pam dengan beg laptop. Macam ujang dah aku tengok kiri kanan ada benda bergayut. Dengan semua benda2 tu punya la berat. Investment lagi. Nursing cover je paw aku brand bebe au lait. Mahal menatang tu. Aku tengok macam apron je pun. Tapi berbaloi la kepayahan dia. Anak aku dah nak masuk 2 tahun masih dapat rasa susu mama dia hari-hari. Outstation ke balik lambat ke. Susu mama dia tetap ada.
Tapi mana2 yang tak dapat menyusu anak tu jangan terasa pulak dengan statement aku sebab macam wife aku boleh curi masa nak pergi pam. Kalau macam yang kerja restoran ke kerja kilang yg memang tak boleh pergi mana-mana tu nak buat macam mana kan.
SPM ni kena jugak buat benda-benda yg SR buat. Tapi dia macam matrik sains fizik dengan diploma sains. Matrik SPM. Kena crash course sebab masa dia singkat. Diploma ni long term sikit macam SR.
Dari segi komitmen pada rumah tu memang tak boleh compare ngan mek aku. Mek aku urusan rumah 70% dia lagi 30% abah aku. Tapi aku sekarang kens la 50% 50% sebab dari segi perbelanjaan pun bini aku banyak bantu. Dan memang tak de lah nak berkira.
Tak delah dia nak mengungkit ini tanggungjawab aku. Itu tanggungjawab aku. Dia larat buat. Mampu hulur. Dia buat. Dia hulur. Tak mampu minta aku direct.
Aku jadi stress bila orang ingat yang SPM ni lepas je semua tanggungjawab dengan babysitter. Macam SPM ni tak perlu masak mencuci semua tu. Pastu duk ungkit “Untung la. Hantar anak kat babysitter pastu cuti dating laki bini. Akak tak dapat pun buat macam ni. 24/7 berkepit dengan anak” Ikut hati aku nak lempang je jiran aku masa dia tegur aku nagn bini aku haritu. Spesis Wany wanita bersireh betul! Hey women, romance is dead for you. Too bad lah. Bini aku sampai kurus kering kerja. Urus rumah. Menyusu lagi. Aku nak bawak dia jalan2 kau dengki apesal?
Adik aku pun SR jugak. Tapi kadang2 dating je. Hantar anak bagi aku jaga kejap. Kau nak keluar take rest away dari anak salah ke? Habis lama 5-6jam. Bukan nye kau hantar anak kau duduk dengan serigala macam Mowgli. Apa nak di kesiankan budak tu selagi orang yang jaga tu waras, bertanggungjawab dan penyayang. Yang penting orang tu tak dipaksa ye. Kau jangan pakai campak anak kau. Kalau macam tu wajib disirehkan perangai hanjeng itu. (Inner Azwan Ali aku keluar lagi.)
Sudahlah. Sebelum aku bertambah merepek meraban lagi. Aku nak buat kesimpulan. Perdebatan SR vs SPM siapa paling hebat siapa paling stress siapa paling letih ni tak kan berakhir pah ceroh.
Dia macam Malaysia vs Indo lawan rendang siapa punya. Kau gila apa rendang siapa punya. Kita serumpun. Rendang yang ni banding yang itu mungkin lain bahan lain resipi. Tapi matlamat utama kau nak rendang yang sedap ikut selera masing2. Jadi terima la kenyataan. SR ke SPM ke korang tetap bini dan ibu yang berusaha berikan yang terbaik yang termampu. Jangan nak gaduh2 nak banding2 siapa terrer macam penyokong liverpool dengan arsenal. Eh? Sebab tak kemana. Gi mari gi mari mek aku kata.
Sekian.
P/s : Sila komen ‘saya nak’ kalau nak aku confess pasal bini aku budak silat tu. Hehehehehehe.
– ExStudentKedut
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit