Mulut Longkang Kena Tumbuk

Assalamualaikum semua. Beberapa bulan lepas aku ada keluarkan satu confession tentang professor Kedut, (https://iiumc.com/professor-kedut/). Jujurnya aku dah lama tak jumpa dia. Last masa aku balik universiti kejap jenguk-jenguk. Adalah dalam 8 tahun yang lepas. Tapi macam aku cakap dalam confession tu. Jasa dia aku akan kenang sampai bila-bila. Sorry lah, bahasa aku ni bercampur aduk sikit. Aku pun tak suka rojak-rojak. Harap demo demo pehe la.

Haaaa… Aku ada cerita pasal staff bawah aku yang kerja bagus tapi mulut longkang. Staff yang mengajar aku erti kesabaran dan professionalism. BTW, aku baru je buat yearly appraisal dia. Bahasa melayu dia penilaian akhir tahun. Macam exam zaman sekolah la pulak bunyi dia. Tak aku nafikan semua target dia meet. Yang tak meet tu memang benda yang bukan within control dia. Macam badan kerajaan lambat bagi approval. Tak kan nak suruh dia pergi bagi rasuah kot kan. Harooommmmm.

Aku panggil staff aku ni Wany (bukan nama sebenar) lah eh. Wany ni memang one of the high flyers. Kerja dia memang ikut dateline dan berkualiti. Tapi dia ada satu masalah. Masalah mulut longkang. Walaupun dia ni kalau sekali pandang macam wanita muslimah trendy di abad ini, tapi mulut dia tak ubah macam makcik makan sireh kat kampung aku. Dengan mulut merah-merah pergi dari rumah ke rumah cerita hal orang. Jenis yang kalau bercerita nak tepuk-tepuk kau sambil gelak dengan mata dia jegil-jegil nak emphasis cerita dia tu. Eh. Aku tepuk dahi kau sekali baru tahu.

Satu pagi yang hening ni. Aku tengah minum air milo panas yang aku buat kat pantry 15 minit tadi sebab perut aku sensitif ngan kopi. Ape benda ntah perut aku ni. Tak macho kot minum milo. Tengah belek-belek email. Aku dengar Tiba-tiba Wany datang dengan lipstick dia tertarik macam joker. Menangis sambil tunjuk kat pantry. Macam anak aku kalau kena buli dengan cousin dia. “Hasrita tumbuk saya!”

“Hah? Apa? HASRITAAAA” Aku terus panggil Hasrita (bukan nama sebenar) masuk. Hasrita masuk. Dia tertunduk. Tangan kanan dia genggam tangan kiri dia. Kau bayangkan lah. Dua-dua ni awek tudung pakai baju warna-warna lembut gitu dengan gelang Pandora sorang seutas. Dengan sorang kasut tinggi yang tapak dia tebal tu sorang lagi kasut tinggi yang halus. Eh tak terbayang dek akal aku lah perempuan macam ni bertumbuk.

Kalau macam bini aku yang makeup dia adalah vaseline, stock tudung warna hitam memanjang, seluar jeans lusuh, tshirt lengan panjang kalau tak hitam kelabu kalau tak kelabu navy blue kalau tak navy blue hijau tua(bini aku borong tshirt H&M dekat mens section semua warna gelap dia dah beli) pakai kasut Converse tak pun sandal Teva logik la jugak. Tambah pulak bini aku dulu budak silat layan lagu metal. Memang kena la dengan profile tumbuk menumbuk ni. Ni awek muslimah trendy. Aku tak boleh brainnnnn. Hey, aku sayang bini aku tau. Itu je. Bukan kutuk cuma cerita je.

Ok back to main story.

“Hasrita, kenapa awak tumbuk Wany?”
Harita menangis. Aduh. Dia teeee orang dia pulak nangis.

“Saya tak tahan Mr S. Macam-macam dia cakap pasal saya. Semalam saya ajak dia confront saya jumpa heart to heart. Tapi dia tak nak. Tadi kat pantry dia perli-perli saya lagi.”

Sekarang dua-dua menangis. Kalau dari luar bilik aku nampak macam aku tengah reject dua awek cun yang tergilakan aku sebab hati aku dah tertancap dekat awek brutal yang aku jumpa kat universiti. Nak aje aku laga kepala dua-dua macam yang aku selalu buat kat adik-adik aku dulu.

“Wany, apa awak cakap pasal Hasrita?”
Wany dia tak cakap apa. Dia tunduk je.

“Wany, saya pernah warning awak pasal mulut awak ni. Awak ingat apa awak cakap pasal saya tak sampai kat telinga saya? Memang saya kesian kat awak sebab kena tumbuk. Makeup ni dengan nak touch up balik lagi. Tapi awak pun kesianla kat diri sendiri Wany oi. Sabar manusia ada had. Harini awak kena tumbuk. Kalau awak kacau anak gangster ke, esok lusa tak bertuan nanti tudung limited edition awak ni.”

Nampak macam aku nak back up dia, si Hasrita ni pun buka mulut “Saya cuba sabar Mr S. Macam-macam dia cakap. Yang saya tak solat la. Saya selalu curi tulang la. Beg saya fake la. Semua benda dia tak puas hati dengan saya. Tadi dia perli-perli saya. Saya solat perluke saya tunjuk. Kerja saya perlu ke bagi dia. Beg saya tu, dia nak resit ke? Kalau fake pun kacau dia ke?”

Walaupun aku rasa macam nak high five Hasrita sebab meluahkan apa yang terbuku dihati, but ethically it is not the right thing to do. Aku pun mangsa Wany. Pernah kecoh kat office dia jaja cerita aku ada scandal sampai staff tu stress dan resigned. Hotak dia. Kalau aku jenis tak reti agama pun bini aku budak silat kot. Yang satu ni pun mencungap nak layan. Nak tambah sakit lagi. Aku tak boleh bayang ada family mertua sampai dua. Pengsan. Ini salah satu cerita yang dia bawa. Ada lagi.

“Awak pun satu Hasrita. Keganasan bukan penyelesaian. Kat rumah saya tu, anak saya kadang-kadang buat hal. Ini tak kena itu tak kena. Menangis non stop. Bagi makanan baling, mainan baling. Saya rasa macam nak cekik dia kadang-kadang. Tapi patut ke saya cekik dia?”

Hasrita geleng.

Aku tau korang rasa benda ni dark, tapi ini cuma analogi je. Aku sayang anak aku jugak OK. Tapi aku manusia. Kadang-kadang geram dengan perangai dia.

“Wany, saya nasihatkan awak tak perlulah awak buat report kat management pasal Hasrita. Selain gang awak, ramai yang jadi mangsa mulut awak ni akan buat report pasal mulut awak pulak dekat HR nanti sebagai balasan. Termasuklah saya. ”

“Tapi Mr S. Saya tak pernah cakap apa-apa pasal Mr S.” Berani kau nafikan.

“Saya ni tak pekak Wany. Port awak tu dekat pantry. Dekat tepi entrance toilet. Bisik-bisik kat cibicle kawan awak. Awak ingat saya tak lalu tempat-tempat tu. Apa awak cakap, saya kedekut sebab tu anak saya selekeh. Anak saya setahun setengah biar la dia nak main comot-comot. Setakat baju baby GAP (sengaja berlagak) kena aiskrim ke pasir, eh takde hal lah. Tak mati pun pakai baju ada stain. Banyak lagi benda saya dengar Wany. Yang membabitkan kredibiliti saya kat tempat kerja pun ada. Saya tak nak sebut depan Hasrita je ni. Management atasan pun pasal mulut awak ni.” Psycho sikittttt….

Tapi sebenarnya aku ada informer. Informer aku yang terdengar tanpa dia sedar. KAHKAHKAHKAH. Muka dia pucat lesi. Dia tunduk pastu angguk. Informer aku tu contact pakai whatsapp je. Jadi peninjau keadaan. Hahahahaha.

“Sekarang awak berdua salam dan bermaafan.”

Aku expect diorang akan salam gitu-gitu dan bermaafan sekadar cukup syarat. Sangkaan aku meleset. Diorang bantai berdrama pulak!Sambil berpelukan dan menangis. Eh menyampah pulak aku tengok.

“Wany..Aku minta maaf aku tumbuk kau. Aku stress harini macam-macam hal. Anak aku sakit dengan nak kejar dateline”

“Hasrita…Aku minta maaf jugak sebab bawa mulut. Aku akan cuba berubah. Maafkan akuuu”

Aku suruh diorang stop dan sambung kerja lepas nampak gaya meleret-leret sesi bermaafan diorang ni.

Procedure kat office aku kena buat warning letter kalau ada gaduh-gaduh macam ni. Makanya aku tengah draft letter untuk dua-dua ketul. Office nampak aman dua tiga hari ni. Makcik Sireh aka Wany dah kurang menyireh. Mungkin tak seopen atau seteruk sebelum dia kena tumbuk. Harapnya dia insaf la. Orang mulut longkang ni memang kadang-kadang kena tumbuk rasanya.

Sekian dari aku.

– ExStudentKedut

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *